Jitra – Seorang doktor pelatih berusia 26 tahun hilang sejak empat hari lalu selepas keluar untuk bertugas di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar dekat sini pada pagi Isnin lalu.
Dr. Mohd. Noor Azam Mohd. Nazri, 26, sehingga semalam gagal dihubungi dan kehilangannya merupakan satu misteri kerana tidak berlaku sebarang perselisihan faham antara dia dengan keluarga sebelum ini.
Graduan dari Moscow Medical Academy itu menjalani program latihan perubatan di HSB sejak Oktober tahun lalu.
Bapanya, Mohd. Nazri Wan Senik, 54, berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan Mohd. Noor Azam ialah ketika menghantarnya ke HSB kira-kira pukul 6.30 pagi Isnin lalu.
Katanya, anaknya pada hari tersebut memakai kemeja berkolar warna kuning air, bertali leher dan berseluar hitam serta mengenakan uniform pegawai perubatan.
“Bagaimanapun, ketika saya menghubunginya pada pukul 7 petang untuk mengambilnya pulang, panggilan telefonnya tidak berjawab menyebabkan saya terpaksa ke HSB kira-kira pukul 9 malam untuk mencarinya.
“Kami pergi ke wad tempat dia bertugas dan dimaklumkan oleh petugas wad berkenaan bahawa dia tidak datang bekerja pada hari tersebut dan usaha mencari di sekitar hospital juga gagal menemuinya,” kata Mohd. Nazri ketika ditemui di rumahnya di Taman Bunga Raya di sini semalam. -kosmo

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.