9 Mei 2011

Saya Puji Rais Jika Beliau Melakukan Sumpah Laknat Beliau Tak Rogol Amahnya - Mutalib

Nilai Saman Rais Hanya 1 Sen? Oleh: MUTALIB M.D

DAKWAAN Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Rais Yatim membuat ‘substitute servis’ kerana gagal menemui saya untuk menyerahkan saman peribadi adalah satu ‘pembohongan’ di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Amelia Tee Hong Geok Abdullah dan sekaligus menghina mahkamah.

Rais sedia maklum bahawa saya menghadiri Persidangan Blogger Malaysia-Asean di Kuala Lumpur pada 23 hingga 25 April 2011 di Kuala Lumpur, namun beliau mencari publisiti murahan dan enggan menghadiri Persidangan berkenaan sekalipun beliau adalah menteri yang bertanggung jawab terhadap warga ‘blogger’; sedangkan majlis berkenaan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak.
Berita kehadiran saya telah dimuatkan dalam blog Rocky Bru dan juga Sabahkini.net yang sering dipantau 24 jam oleh Rais dan kuncu-kuncunya, tetapi Rais mengelak untuk berhadapan dengan saya dan musuh ketatnya, Rocky Bru @ Datuk Ahiruddin Atan (Penasihat Blog House Malaysia selaku penganjur persidangan berkenaan).

HADIR... Saya berdiri di belakang Perdana Menteri, mustahil Peguam atau Rais tidak nampak saya untuk menyampaikan saman berkenaan?

Blogger seluruh dunia mengutuk Rais kerana enggan menghadiri Persidangan Blogger Malaysia-Asean yang julung kalinya diadakan di Malaysia sedangkan 300 blogger menghadiri persidangan berkenaan menunggu kehadiran beliau kerana kes saya mendapat liputan meluas media.

Memandangkan saya tidak menerima saman secara peribadi dan ‘substitute service’ tidak dimaklumkan kepada saya; sedangkan sebelum ini peguamnya telah menghantar salinan saman melalui email, maka saya tidak menghadiri perbicaraan berkenaan kelmarin.

Sebaliknya Rais telah menggunakan media dengan mengumpan ‘envelop journalist’ untuk menyiarkan berita tersebut dengan menggembar gemburkan akan memasuki penghakiman terhadap saya jika saya tidak hadir, tetapi Pesuruhjaya Kehakiman, Amelia Tee Hong Geok Abdullah menetapkan 23 Mei 2011 untuk pengurusan kes tersebut.

Setelah berbincang dengan Peguam, saya berpendirian tidak akan melayan saman Rais kerana pihaknya telah dibuat melalui ‘subtitute service’ secara salah sedangkan mereka boleh menemui saya di mana-mana dan pada bila-bila masa untuk menyampaikan saman berkenaan; termasuk pada hari Persidangan Blogger Malaysia-Asean di Kuala Lumpur.

Jika perlu, peguam saya akan memfailkan permohonan untuk mengenepikan saman pemula yang difailkan Rais melalui peguamnya, Norhani Nordin kerana kesnya masih dalam siasatan polis dan tindakan Rais menyaman saya dibimbangi subjudis kepada siasatan polis.

Memandangkan kes yang dihadapi Rais adalah kes jenayah iaitu Seksyen 376, Kanun Keseksaan, maka saya hanya akan melayan saman Rais jika Peguam Negara mengatakan hasil daripada siasatan polis, ekoran laporan yang dibuat Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebagai ‘No Case To Answer’ atau ‘No Further Action’; barulah akan berhadapan dengan Rais di mahkamah.

Tindakan Rais meremehkan proses mahkamah dan mengganggu siasatan polis menunjukkan beliau cuba mengalih perhatian dunia terhadapnya dengan menuding jari terhadap saya kononnya memfitnah beliau secara ‘solo’ dan bukannya Migrant Care, Tenaganita atau Rocky Bru.

Bagi saya, sama ada Rais berjaya dalam permohonannya untuk memasuki kehakiman di Mahkamah Tinggi pada 23 Mei kelak, tidak penting kerana bagi saya nilai Menteri ini hanya 1 Sen dan nilai itulah yang akan saya bayar kepada beliau jika beliau berjaya dalam permohonan liciknya kelak.

Walaupun syiling 1 sen tidak lagi laku di pasaran selepas 1 April 2008, namun nilainya masih diperakui Bank Negara kerana masih terdapat lebih 4.5 bilion keping wang syiling satu sen di pasaran.

Saya tertarik dengan kenyataan Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Mohd. Nor Mashor yang berkata, pemansuhan penggunaan wang syiling 1 sen dapat menjimatkan wang kerajaan sehingga RM14 juta setahun kerana kerajaan terpaksa menanggung kos sebanyak 4.2 sen bagi mengeluarkan sekeping syiling satu sen.

Oleh itu amat wajar bagi Rais menerima wang hadiah 1 Sen daripada saya jika beliau berjaya memasuki kehakiman kerana itulah taraf beliau sebagai ‘Menteri Kabinet’ yang meletakkan undang-undang ditangan sendiri dan menjadikan Mahkamah sebagai alat untuk melampiaskan ‘nafsu kabasi’ demi menyelamatkan kedudukannya sebagai menteri yang dituduh melakukan jenayah merogol amahnya empat tahun lalu.

Namun saya memuji tindakan Rais jika beliau sanggup melakukan ‘Sumpah Laknat’ bahawa beliau tidak merogol amahnya, Robengah; kerana trend berkenaan telah diterima secara meluas masyarakat Jahiliyah di Malaysia! -sabahkini


Rais Bakal Mohon Masuk Penghakiman

KUALA LUMPUR: Seorang penulis blog, Abdul Mutalib Mohamed Daud masih tidak memfailkan notis kehadiran di Mahkamah Tinggi di sini, setelah dinamakan sebagai defendan dalam saman yang difailkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Sehubungan itu, peguam yang mewakili Rais, Norhani Nordin memberitahu, pihaknya akan memohon untuk memasukkan penghakiman sekiranya penulis blog Sabahkini.net itu masih tidak memberi respon dan gagal menghadiri prosiding mahkamah.

Norhani menambah, Pesuruhjaya Kehakiman, Amelia Amelia Tee Hong Geok Abdullah telah mengarahkan pihaknya untuk menampalkan writ saman di alamat terakhir defendan sebagai usaha terakhir untuk menyerahkan saman itu secara peribadi.

Beliau juga memberitahu, pihaknya telah memfailkan notis penggantian penyampaian pada Mac lalu melalui mengiklankan di dalam akhbar harian Sabah selama tiga hari berturut-turut bermula 13 April lalu selain turut ditampal di papan kenyataan Mahkamah Tinggi di sini.

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan sebutan semula untuk mengetahui status kedudukan saman itu pada 23 Mei ini.

Rais, 69, yang juga Ahli Parlimen Jelebu memfailkan saman tersebut pada 10 Februari lalu, atas dakwaan Abdul Mutalib yang merupakan seorang penganalisi politi telah memfitnah beliau.

Selaku plaintif, Rais menuntut ganti rugi serta injunksi yang kerana didakwa telah memfitnah beliau dalam artikel bertarikh 1 Januari lalu yang bertajuk: Pak Lah halalkan rogol, UMNO halalkan zina? dan PKR cabar Rais sumpah laknat yang dipaparkan pada 3 Januari lalu.

Sementara pada 5 dan 7 Januari, defendan didakwa menyiarkan artikel berjudul: Rais Yatim seperti belut? dan Video pengakuan rakan Robengah di laman sesawang http://sabahkini.net/v1 bersama gambar plaintif. -mstar


Ulasan GB

Namun saya memuji tindakan Rais jika beliau sanggup melakukan ‘Sumpah Laknat’ bahawa beliau tidak merogol amahnya, Robengah; kerana trend berkenaan telah diterima secara meluas masyarakat Jahiliyah di Malaysia!

Itu bahananya UMNO tak mahu laksanakan qazaf tetapi lebih gemarkan sumpah laknat, bak kata blogger Mutalib, trend berkenaan telah diterima secara meluas masyarakat Jahiliyah di Malaysia!

Kini pemimpinnya sendiri terpentong ke batang hidung.

Kalau tak mahu jalankan qazaf, apa lagi, ikut cara Eskay, bersumpah laknatlah kamu kerana demikian kehendak dan tuntutan masyarakat jahiliyah yang menyokong kamu. Ada berani?


2 ulasan:

  1. ADALAH DISARANKAN AGAR DSU RAIS YATIM MELAKUKAN SUMPAH LAKNAT DIMANA-MANA MASJID SUPAYA RAKYAT TIDAK KELIRU. KENAPA DARI KALANGAN UMNO TIDAK BERKOKOK SUPAYA DSU RAIS ANGKAT SUMPAH LAKNAT? KALAU ORANG PR YANG TERLIBAT, HABIS DIPELUSUK TANAH AIR UMNO BERKOKOK SUPAYA ANGKAT SUMPAH LAKNAT.

    BalasPadam
  2. Pendokong UMNO/BN ibarat ikan piranha (pirana). Semasa sihat kuat merupakan regu yang kuat untuk membaham mangsa yang lebih besar untuk dijadikan makanan. Semasa kawan sakit dan tidak berguna maka kyang sakit itu akan dibaham pula. Begitulah dengan pendokong UMNO. Semasa ada kuasa akan disokong tanpa usul periksa dan secara membabi buta malah akan dipertahankan walau bersalah atau perbuatan yang tidak bermoral. Tunggulah bila sudah tak ada kuasa lagi, beliau akan dibuang terus kecuali jika masih ada kepentingan bersama. Inilah hakikatnya yang boleh dikaitkan dengan artikel ini dalam konteks semasa.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.