Apa salah Kristian jadi PM, kata Bernard Dompok
KUALA LUMPUR, 9 Mei — Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok berkata, tidak menjadi masalah jika perdana menteri Malaysia itu seorang beragama Kristian.
Dalam satu kenyataan lewat petang ini, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) itu menegaskan Perlembagaan Persekutuan tidak menuntut hanya perdana menteri yang beragama Islam yang boleh menerajui kerajaan.
“Bagi persoalan seorang perdana menteri Kristian, apa masalahnya, saya tidak nampak.
“Lagipun Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan soal agama dalam soal melantik perdana menteri, satu-satunya syarat adalah mendapat sokongan dalam Parlimen.
“Jika orang Iban, Bidayuh, Kadazan, Murut, Kelabit, Cina atau India yang memenuhi peruntukan Artikel 43 Perlembagaan Persekutuan, dia boleh menjadi perdana menteri negara ini,” kata Dompok.
Tambah beliau, kedudukan Islam sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan ia telah diterima semua pihak.
“Semua orang bukan Islam menerima Islam dalam Perlembagaan dan di Malaysia kita bebas untuk mengamalkan agama masing-masing,” katanya.
Bagaimanapun tegas Dompok, laporan Utusan Malaysia bertajuk “Kristian Agama Rasmi?” tanpa mengesahkan kesahihannya akan menjejaskan keharmonian dan perpaduan kaum dalam negara.
“Bagaimana sebuah akhbar boleh menyiarkan laporan dengan memetik daripada penulis blog? Ia tidak bertanggungjawab. Saya telah beberapa kali ke gereja dan selama ini mereka berdoa yang baik mengenai negara, pemimpin dalam kerajaan dan rakyat Malaysia.
“Sesungguhnya doa yang dibuat itu adalah untuk kesejahteraan negara dan pemimpin-pemimpin,” katanya.
Utusan Malaysia kelmarin dengan tajuk “Kristian Agama Rasmi?” mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri daripada kalangan penganut itu.
Utusan Malaysia juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.
Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini.
Blog-blog itu menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu.
Pertubuhan National Evangelical Christian Fellowship (NECF) bersama Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship menegaskan dakwaan terhadap komuniti adalah pembohongan dan telah pun menafikan dakwaan blogger berkenaan kelmarin.
Bagi pakar undang-undang Prof Abdul Aziz Bari berkata, Perlembagaan Persekutuan tidak menuntut hanya perdana menteri beragama Islam boleh menerajui kerajaan pusat dan keperluan seperti itu bertentangan dengan undang-undang sedia ada.
“Peruntukan bahawa perdana menteri mesti seorang yang beragama Islam tidak selaras peruntukan di bawah Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan,” katanya. -TMI
Ulasan GB
Apabila timbul isu Kristian, maka bergendanglah Utusan dan sekalian puak songkok tinggi dengan sekalian NGO Melayu membuat laporan polis kononnya ia konspirasi sekalian padri dan parti DAP untuk mengubah ugama rasmi negara kepada ugama Kristian.
Ia sebenarnya berhasrat untuk menakut-nakutkan orang Melayu/Islam disamping cuba menyemarakkan kebencian rakyat terhadap ugama Kristian, dalamasa yang sama menolak Pakatan Rakyat lantaran DAP adalah sekutu PR.
KINI, menteri dari BN sendiri mengucapkan bahawa tidak menjadi masalah jika perdana menteri Malaysia itu seorang beragama Kristian.
Apa pasal Utusan dan sekalian blogger pencacai UMNO berserta NGO berdiam diri?
Itu kebenaran yang terbentang nyata, bahawa senario yang berlaku di sebalik isu Kristian hanyalah sandiwara pihak pro-nasionalis untuk menimbulkan kekacauan dan perpecahan masyarakat berbilang kaum dengan menjadikan agenda perkauman sempit dan agama sebagai modal politik. Ia hanya fitnah nyata sepertimana isu video seks yang gagal itu untuk mendiskreditkan Pakatan Rakyat.

Untuk memastikan PAS akan kalah ditangan UMNO - biasanya kerusi PAS lawan UMNO bukan nak DAP kalah sebab UMNO tak lawan DAP.
BalasPadampanjang said
BalasPadamwayang UMNO... attack DAP supaya org marah PAS sbb bekerjasama ngan DAP.. tiap isu yang dimainkan oleh UMNO targetnya untuk pengundi atas pagar dan pengundi baru yang akal sempit dan kurang maklumat. satu isu fitnah dia dapat kepercayaan 5%sokongan golongan ini. kalau sepuluh isu fitnah di hebohkan mcm skarang 50% akan sokong UMNO.. so berjayalah agenda yg diajar oleh APCO pada UMNO. so ape tindakan PR? strategi ape yang nak dipakai untuk counter fitnah yang akan terus dimainkan sehingga PRU13?
tak jadinya asyik defend.
cadangan gua jangan respon dengan fitnah tapi fokus untuk hebahkan buku jingga.
"UMNO heboh ngan fitnah, PR heboh dengan buku jingga" slogan baru(buat banyak acara mcm sure heboh tp berlandaskan tatasusila yang molek kat 4 negeri yg PR pegang. 1 bulan 2 kali).. insyaallah hebahan cara ni lbh berkesan sbb org mesia suka aktiviti luar rumah masa weekend.
cuba pikir-pikirkan.
kenapa PR selalu terikut-ikut dengan isu yang ditimbulkan oleh UMNO respon sikit cukuplah ini setiap pemimpin pantang pencacai UMNO tanya pantang tengok mic. ada saja nak komen klu yang dijawab itu disiarkan tak apa ini lain pula cerita depa.Cubalah ubah perangai tumpukan kepada perjuangan untuk tewaskan BN cari penyokong turun padang jangan kt ceramah saja dah tentu orang ramai dan yang hadir itu dah tentu penyokong PR. Buatlah satu kelainan cari penyokong kt tempat tumpuan orangramai,promoter master kad boleh buat kat kedai minyak takkan YB nak segan kot! ini nak harap penyokong bawahan cari apalah sangat kami tak ada pengaruh.
BalasPadammana Geng2 SONGKOK TINGGI...PERKASA???
BalasPadam