20 Mei 2011

Kes Isteri Dilarikan Mat Indon: Suami Tak Percaya SMS Isteri Kahwin

Kuala Lumpur: ‘Saya sudah selamat berkahwin sekarang... tolong jangan cari saya,” demikian SMS pertama dihantar pegawai bank, Roslina Awang Kechik, 37, kepada suaminya, Jumaat lalu, sejak dilaporkan hilang pada 22 April lalu.

Bagaimanapun, sebaik SMS itu diterima, suaminya, Sabri Man, 38, cuba menghubungi semula nombor itu beberapa kali, termasuk menghantar SMS kerana mahu mendengar daripada mulut Roslina sendiri, namun tidak dibalas sebelum telefon bimbit isterinya itu dimatikan.

“Saya pasti SMS itu bukan daripada Roslina berdasarkan ayat digunakannya, sebaliknya saya percaya ditulis lelaki yang menculik isteri saya.

“Bagaimanapun, sekiranya perkara diungkapkan itu benar, saya mahu mendengar daripada mulut Roslina sendiri sebelum sesuatu tindakan diambil.

“Secara logiknya, kenapa perkara sebegitu penting hanya dimaklumkan menerusi SMS dan bukannya bersemuka. Saya tegaskan, kami masih pasangan suami isteri dan Roslina tidak boleh berkahwin lain,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Berita Harian sebelum ini melaporkan kehilangan kakitangan bank itu selepas keluar rumah menuju ke pejabatnya di Dataran Maybank, Bangsar.

Sabri berkata, sejak kehilangan isterinya sebulan lalu, kehidupan mereka sekeluarga sepi terutama anak bongsunya berusia lapan tahun yang sering memanggil ibunya.

“Suami mana tidak sedih, isteri hilang begitu saja tanpa sebab. Malah, rumah tangga saya sebelum ini tidak dilanda sebarang masalah yang boleh menjadi punca Roslina melarikan diri.

“Saya cuba menjalankan tugas sebagai suami merangkap ibu sebaik mungkin untuk tiga anak saya walaupun dalam keadaan tertekan kerana saya tidak mahu anak terasa kehilangan ibu mereka,” katanya.

Beliau berharap individu yang menjadi dalang kehilangan isterinya itu melepaskan Roslina segera supaya dapat kembali ke pangkuan keluarga bagi menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada anaknya. -BH

1 ulasan:

  1. Satu ketika dulu bila org.berjubah datang ke rumah,mengajak kita Sembahyang berjemaah di Masjid,ramai di antara kita menganggap mereka itu kolot dan menyibuk.

    Kita rasa diri kita sudah tahu dan cukup segala ilmu pengatahuan itu.

    Tapi malang nya kita tidak beramal dan mengabaikan Sembahyang.,apa lagi berjemaah.

    Ini lah kesan dari penolakan dan penghinaan itu.

    Kerana mati nya anak Adam pertama yg.di tanya ia lah Sembahyang nya.,

    Sempurna Sembahyang maka sempurna lah amalan yg.lainnya.

    Jgn maree!!!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.