Harga teh tarik naik mendadak
KUANTAN: Tidak sampai 24 jam harga gula dinaikkan 20 sen kepada RM2.30 sekilogram kelmarin, ada peniaga restoran di bandar ini mula mengambil kesempatan turut menaikkan harga minuman.
Tinjauan di sebuah restoran di sini mendapati segelas teh tarik dijual RM1.50, naik 20 sen berbanding RM1.30 sebelumnya.
Pengguna, Azman Hassan, 32 berkata, beliau terkejut apabila melihat bil yang menyatakan segelas teh tarik berharga RM1.50.
"Tidak sampai 24 jam, peniaga menaikkan harga yang dianggap tidak munasabah dan membebankan pengguna kerana ia hanya membabitkan kenaikan gula," katanya.
Rakannya, Mohd Ashraf Zulkifli, 25, pula mahu tindakan tegas dikenakan terhadap peniaga yang sengaja cuba mengaut keuntungan berlipat kali ganda.
"Setiap kali pengumuman kenaikan harga gula atau barang keperluan harian seperti tepung atau susu, harga makanan atau minuman naik. Sepatutnya, peniaga tidak menjadikan pelanggan sebagai mangsa keadaan," katanya.
Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah rasionalisasi yang akan membolehkan kerajaan menjimatkan RM116.6 juta.
Sementara itu, Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM), Datuk Mohd Firdaus Abdullah ketika diminta mengulas menganggap tindakan peniaga sebagai tidak bertanggungjawab.
Beliau berkata, PPPM membantah tindakan peniaga yang cuba mengaut keuntungan disebabkan kenaikan harga gula.
"Kita kesal dengan tindakan peniaga yang tidak prihatin dan menjadikan pelanggan sebagai mangsa untuk mengaut keuntungan," katanya. -BH
Ulasan GB
Kerajaan dah naikkan harga gula, jadi peniaga naikkanlah harga minuman dan makanan. PPPM tidak akan mampu membendungnya. Apatah lagi jaminan kerajaan kononnya kenaikan harga gula tidak akan menyebabkan kenaikan harga makanan dan minuman. Itu penipuan kerajaan terhadap rakyat sebenarnya.
Dalam ekonomi, ia dipanggil satu "putaran ganas" (vicious circle), kenaikan harga satu bahan akan dijangkiti dengan kenaikan harga barangan lain yang akan menyebabkan berlakunya "inflasi", satu keadaan dimana nilai wang akan menjadi rendah kerana harga barangan semakin meningkat.
Bersiap sedia untuk menghadapi lebih banyak kenaikan harga barang dengan kedatangan musim perayaan ini.

Kesal kerana peniaga menaikkan harga minuman...? Peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga...? Kenapa biarkan harga gula naik...? Dan apa tindakan untuk pastikan peniaga tidak naikkan harga...? Orang2 BN sekarang semuanya asal berjawab saja. Sama ada jawapan tu logik atau tidak, tu tak pernah difikirkan pun.
BalasPadammemang BN&UMNOpor pandi kutty
BalasPadamtak patut tak patut...napa jd begini ya allah...kasihani kami rakyat malaysia ya allah...gaji chiput brng makan mahal....takpe kita ada allahswt....makmurkan malaysia ya allah..mohon di tukarkan tampok pemerintah yg ada sekarang...kpd yg lebih baik lagi ya allah....insyallah
BalasPadam