22 Mei 2011

[Video] Keadaan 9 Mangsa Insiden Tanah Runtuh Stabil - updated

Sembilan Yang Terselamat Insiden Tanah Runtuh Stabil

KUALA LUMPUR 22 MEI : Semua sembilan orang yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Batu 14 Hulu Langat semalam, yang sedang dirawat di hospital, berada dalam keadaan stabil, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata enam mangsa kejadian di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Al-Taqwa itu ditempatkan di wad khas (bencana) manakala tiga lagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak diselamatkan semalam.

"Tiga di ICU kini stabil, dua lagi yang berumur 13 dan 33 tahun terpaksa dipotong kaki kerana kecederaan teruk manakala seorang lagi mengalami kecederaan di kepala," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat mereka di Hospital Ampang di sini beliau berkata, semua mereka berumur antara sembilan dan 33 tahun.

Sementara itu semasa merujuk kepada kesukaran wartawan mendapat maklumat tepat mengenai tragedi terutamanya ketika berlaku bencana dalam skala besar, Rosnah berkata keadaan itu berlaku disebabkan keadaan yang kelam-kabut susulan kejadian.

"Pihak hospital terpaksa menumpukan perhatian dalam merawat pesakit sehingga tidak mempunyai masa untuk menyalurkan maklumat kepada wartawan," katanya dan menambah perkara itu akan diperbetulkan supaya media mendapat maklumat tepat untuk disalurkan kepada orang ramai.

Kejadian tanah runtuh kira-kira pukul 2.30 petang semalam itu sehingga kini mengorbankan 16 nyawa.

Seorang mangsa yang terselamat, Mohd Alauddin Shafie, 14, yang ditemui di wad khas hospital itu semasa bercerita mengenai kejadian itu berkata ia berlaku dengan pantas, semasa dia bersama tiga lagi rakannya sedang menyusun kerusi di bawah khemah berhampiran rumah itu.

"Saya tengah susun kerusi, dan sedang mencari lagi rakan untuk membantu semasa saya nampak tanah dari lereng bukit jatuh menghala ke arah saya. Saya cuba berpusing tetapi pintu berhampiran tak boleh dibuka, tiba-tiba saya dihempap kerusi dan papan putih mengakibatkan tangan kiri patah," katanya.

Dalam tragedi itu, Mohd Alauddin kehilangan adiknya Mohd Hazim, 10, tahun yang meninggal dunia akibat tertimbus dalam runtuhan itu.

Sementara itu seorang lagi mangsa yang terselamat Muhamad Akmal Mohd Jefry, 11, ketika ditemui berkata kejadian berlaku semasa dia sedang mengemas untuk menyambut ketibaan tetamu bagi satu majlis rasmi apabila secara tiba-tiba dia melihat tanah yang datang dengan banyak secara tiba-tiba.

"Saya ingatkan khemah jatuh sahaja, tapi saya dengar bunyi kuat tanah runtuh. Ketika saya tengah lari saya terjatuh, tergelincir dan terhantuk dengan
dinding. Kaki saya tersepit," katanya kepada Bernama hari ini.

Menurut Marliza Sulong, 43, emak Akmal yang bekerja sebagai Pembantu Tadbir di SK Bandar Tun Hussein Onn 2, doktor memberitahu beliau bahawa anaknya boleh pulang ke rumah dalam sehari dua lagi.- BERNAMA



2 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    Blog anda dilihat telah berjaya menarik minat masyarakat untuk terus mengikuti perkembangan terkini mengenai isu2 panas dan penting untuk diketahui.

    KL POS mengucapkan syabas atas kejayaan blog anda pada tahap yg kami kira sangat hebat di dalam pentas Media Maya.

    Portal KL POS juga telah mengambil peluang untuk turut serta dalam memberikan informasi terkini dalam kesemua bidang termasuklah Politik, Hiburan, Luar Negara, Sukan, Automotif dan sebagainya.

    Namun, tidak dinafikan, Politik dan Hiburan merupakan keutamaan dalam Portal KL POS ini yang menjadi pilihan utama majoriti masyarakat di Malaysia.

    Namun, kami tidak memihak pada mana2 parti politik mahupun individu2 yang terlibat dalam politik. Kami hanya menyampaikan maklumat dari kedua2 pihak secara telus dan konsisten. Malah kami turut akan membuat liputan penuh Secara Langsung Muktamar PAS ke 57 PADA 3 HINGGA 5 Jun ini.

    KL POS meminta jasa baik anda untuk turut menyenaraikan Portal ini dalam senarai di blog pilihan di blog anda.

    Sila Copy URL di bawah jika anda berminat utk meletakkan Portal ini dalam senarai blog pilihan, jika tidak keberatan. Hanya menggunakan url di bawah ini sahaja Laman Portal KL POS akan dikemaskini selaras dengan senarai di blog2 lain.

    http://www.google.com/reader/view/feed/http://www.klpos.com/rss/news.xml?source=ignition

    Kami juga akan memantau dan sentiasa mempromosi artikel2 di blog anda dalam Kategori 'Dari Blog' di Portal kami sebagai tanda penghargaan dan kejayaan blog anda.


    Sekian, Jutaan Terima Kasih.

    KL POS MEDIA AND SERVICES


    http://www.klpos.com/

    BalasPadam
  2. T kasih KLpos.. menarik.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.