12 Mei 2011

Kazem: Berani Kamu Serang Iran, Kami Akan Hancurkan Israel

Teheran - Seorang anggota parlimen kanan Iran menyatakan bahawa Iran akan memberikan respons keras dan menghancurkan kepada rejim Zionis Israel, jika Tel Aviv berani menyerang negaranya.

Pelapor Kumpulan Keamanan Nasional dan Kebijakan Luar Negeri Majlis, Kazem Jalali menyatakan kepada Fars News Agency hari ini bahawa tidak ada jalan bagi Israel untuk melarikan diri, jika mereka melakukan serangan terhadap wilayah Iran. "Zionis sendiri juga tahu bahawa reaksi Iran akan tidak dapat diduga dan sangat keras," tegasnya.

Di tengah kebuntuan mengenai program nuklear awam Iran, Tel Aviv dan Washington telah berulang kali mengancam Teheran dengan serangan ketenteraan, didasarkan pada dugaan bahawa aktiviti nukeair Iran ditujukan untuk kepentingan pertahanan.

Pada awal Mei, jet-jet tempur Israel dilaporkan melakukan latihan di sebuah pangkalan militer di Irak untuk menyerang sasaran di wilayah Iran. Sejumlah besar pesawat tempur Israel terlihat di pangkalan al-Asad di Irak, kata sumber yang dekat dengan Muqtada Sadr.

Jet tempur Israel yang dilibatkan dalam latihan terdiri dari F-15, F-16, F-18, F-22, dan KC-10. Pesawat-pesawat tersebut melakukan latihan sepanjang pekan pada malam hari, tambah sumber yang sama.

Latihan itu bertujuan mempersiapkan diri untuk menyerang sistem pertahanan udara Iran, mengganggu sistem radar dan menyerang sasaran yang jauh di wilayah Iran.

Iran menyatakan program nuklearnya benar-benar bertujuan damai dan dalam kerangka Perjanjian Non-Proliferasi Nuklear (NPT) serta di bawah pengawasan penuh Badan Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Para pejabat Tehran memperingatkan bahawa setiap serangan oleh AS dan Israel terhadap program nuklear Iran akan diberi tindakan tegas dan dapat mengakibatkan perang yang akan menyebar di luar Timur Tengah.

3 ulasan:

  1. Syabas kepada rakyat Iran. Tidak macam negara Arab/Teluk yang lain yang telah dikasi oleh Amerika dan Israel.

    BalasPadam
  2. Benarkah Iran akan memberi respon keras akan menghancurkan rejim Zionis Israel jika negara yahudi itu menyerang Iran...?

    Sebelum kita condong menyokong Iran sebagai negara yang anti Israel, kita perlu membaca sejarah negara itu berkaitan pemimpin dan kepimpinannya. Siapa kawan dan lawan mereka dalam merealisasikan loji nuklear wujud dalam negaranya.

    Amerika, Arab Saudi, Israel, Yamen, Iran, Jordan, Mesir, Pakistan, Iraq, Afganistan adalah rakan kongsi dalam perniagaan senjata perang.

    Semua negara dalam dunia ini tahu bahawa Israel adalah negara yang dijaga oleh Amerika.

    Apabila salah seorang anggota parlimen kanan Iran mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak takut pada Israel... itu menunjukkan bahawa mereka mempunyai senjata canggih.

    Tindakan itu mengundang negara lemah untuk bertanya senjata apa yang Iran miliki sehingga mereka begitu berani mencabar rejim Zionis itu ? Tidakkah itu perniagaan pemula bahawa senjata akan dibeli ?

    Begitu juga peperangan antara Palestin dengan Yahudi Israel yang telah berlarutan berpuluh tahun lamanya adalah gimik permusuhan walaupun kita dihidangkan dengan berita kematian dan kerosakan pelbagai bangunan namun itu adalah strategi menguji senjata ringan dan menagih simpati warga dunia.

    Permainan itu sama seperti yang dilakukan oleh UMNO Baru dan BN dalam negara kita Malaysia boleh.

    Utusan Malaysia adalah penyalur berita fitnah dan propaganda, sekelumpok pencacai akan membuat huru-hara dengan pelbagai isu bodoh menjadikan masyarakat berbilang kaum dalam keadaan cemas dan takut.

    Anggota polis pula dilihat amat bertegas dalam menjaga keselamatan kepada siapa yang cuba bangkit melawan, jika perlu ISA kan mereka. Tapi polis membiarkan pencacai yang melanggar undang-undang berlegar menggangu masyarakat agar menjadi huru-hara.

    Kemudian datang pula sekelompok pencacai yang lain bertindak sebagai wira penyelamat, kelompok ini adalah kumpulan yang bersopan. Datang dengan wang ringgit yang banyak, dan memberi pelbagai bantuan. Sebagai balasannya sokonglah parti mereka kerana parti mereka adalah parti yang telah berjasa kepada masyarakat... ?

    Semuga kita tidak mudah diperbodohkan.....

    BalasPadam
  3. Tahniah IRAN. Hancur Israel. Begitu juga di Malaysia.Allahhuakhbar. Hancur UMNO.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.