Kristian-Islam: BN perlu pikul kesan laporan Utusan, tegas Guan Eng
KUALA LUMPUR, 9 Mei - DAP memberi amaran kepada Barisan Nasional (BN) hari ini bahawa ia perlu bertanggungjawab ke atas sebarang kejadian tidak diingini, yang kemungkinan menimpa komuniti Kristian ekoran tindakan parti itu memperakui dakwaan laporan Utusan Malaysia kononnya pihak berkenaan mahu mengubah status Islam di negara ini.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata perikatan itu sengaja enggan menghukum akhbar milik Umno itu, yang menyebarkan kempen membenci dengan pembohongan terhadap komuniti Kristian.
“Dengan kegagalan menghentikan kempen pembohongan Utusan Malaysia yang berterusan, akhbar milik Umno, kerajaan BN, (sebenarnya) mencetuskan kebencian ke atas komuniti minoriti Kristian,” katanya.
Kata beliau, DAP sangat bimbang kerana kempen pembencian terhadap Kristian oleh Utusan Malaysia kemungkinan tidak akan berakhir dengan serangan lisan yang disaksikan sekarang.
“Kerajaan BN perlu memikul tanggungjawab penuh ke atas sebarang kesan tidak diingini terhadap komuniti Kristian di Malaysia berdasarkan kempen pembencian bersifat berbohong Utusan,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang juga mengecam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berjanji akan laporan itu akan disiasat tanpa mengatakan bahawa tindakan akan diambil terhadap akhbar harian terbabit yang menyiarkan laporan palsu.
“Sangat jelas, kerajaan BN bukan sahaja telah gagal untuk menghentikan Utusan Malaysia daripada meneruskan serangan-seranganya tidak berasas sedemikian, malah memberi galakan kepada mereka dengan menjanjikan tindakan ke atas pastor-pastor Kristian dan DAP jika mendapati (laporan) adalah benar.
“Mengapa kerajaan BN tidak berjanji untuk mengenakan tindakan tegas ke atas Utusan Malaysia apabila pembohongan Utusan didedahkan?” soal beliau.
Justeru Lim mempersoalkan sama ada Utusan Malaysia kini menikmati kekebalan penuh untuk menyebarkan dakwaan-dakwaan tidak berasa tanpa berhadapan dengan kemungkinan dihukum kerana laporan palsu.
Katanya, adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab bagi Umno bermain api dengan menyebarkan pembohongan menerusi akhbar Utusan Malaysia hanya untuk menerima sokongan Melayu tanpa mempedulikan kosnya.
“Ramai pemimpin Kristian telah melahirkan rasa tidak senang mereka ke atas pembohongan-pembohongan provokatif dan menafikan sekeras-kerasnya bahawa kumpulan pastor Kristian bekerja dengan DAP untuk mewujudkan negara Kristian dan melantik perdana menteri (dari kalangan orang Kristian),” katanya lagi. -TMI
Ulasan GB
Isu Kristian - yang mula dicanangkan oleh "seekor anjing" bigdogdot.com yang kemudian disebarkan oleh akhbar penyebar fitnah blogger UMNO, Utusan Malaysia, telah menjadi api yang membakar di sana sini.
Kini, isu tersebut telah menikam UMNO BN. Mata masyarakat bukan-Islam terbuka luas sikap hipokrit Najib yang kononnya membawa obor 1Malaysia. Maruah UMNO BN penuh terpalit dengan najis anjing tersebut
Lepas satu-satu fitnah cuba ditaburkan oleh UMNO BN ini, selepas video seks yang gagal, kesemuanya kini menjadikan UMNO BN sebagai parti pemfitnah terunggul negara.
Jika esok pilihanraya UMNO BN pasti berkubur! Dan kalahnya UMNO BN adalah kerana anjing besar itu bersama si Luncai bernama Utusan.

Kristian-Islam: Pastor Pulau Pinang kecam laporan Utusan
KUALA LUMPUR, 9 Mei — Pastor-pastor Kristian Pulau Pinang menafikan sekeras-kerasnya laporan Utusan Malaysia kelmarin mendakwa pihaknya berkonspirasi dengan pemimpin DAP untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara dan perdana menteri pula dilantik daripada kalangan penganut agama itu.
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini, Pastor-pastor Kristian Pulau Pinang berkata DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak pernah meminta pastor-pastor Kristian untuk berdoa meminta keberkatan Tuhan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian ataupun memiliki pengikut Kristian sebagai perdana menteri.
“Pastor-pastor Kristian dan gereja-gereja sentiasa berdoa untuk kebaikan, keamanan dan kemakmuran, perpaduan dan keharmonian di kalangan semua kaum dan juga kepimpinan yang jujur dan adil,” kata kenyataan bersama itu.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan pastor-pastor Kristian Pulau Pinang dan Ketua Menteri negeri itu.
Justeru, pastor-pastor Kristian dan Gereja berkata mereka tersinggung kerana pembohongan sedemikian disiarkan dalam media massa.
“Kami dengan tegas dan ikhlas menggesa Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia kerana menerbitkan dan menyebarkan pembohongan yang bahaya, yang telah mengganggu keharmonian masyarakat, mencetuskan kebimbangan dan rasa tidak senang di kalangan rakyat Malaysia,” kata kenyataan itu lagi.
Kata kenyataan itu, mereka risau kerana Utusan Malaysia menyebarkan pembohongan-pembohongan merbahaya, yang menjadikan penganut-penganut Kristian bahan kebencian dan menghasut perasaan membenci terhadap komuniti Kristian yang mungkin membawa kepada kesan-kesan tidak diingini.
Kenyataan itu menambah, Lim akan terus mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Kristian, biskop dan pastor sebagaimana beliau melakukan dengan pemimpin-pemimpin agama lain selaku kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. -TMI
Siasat Utusan, gesa GERAKAN
GERAKAN hari ini mendesak pihak polis menjalankan siasatan yang bebas dan profesional terhadap laporan Utusan Malaysia berhubung usaha menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan.
Presidennya Datuk Seri Dr Koh Tsu Koon berkata, ia penting bagi menjelaskan perkara sebenarnya yang berlaku.
Dr Koh yang berfahaman Buddha berkata, berdasarkan pengetahuannya dan kefahaman pemimpin Kristian, penganut agama itu sebenarnya memahami Perlembagaan Persekutuan.
"Walaupun seorang dua individu tampil dengan kenyataan yang boleh disalaherti, ia tidak boleh dianggap mewakili pendirian rasmi persatuan Kristian," katanya.
Dalam satu kenyataan hari ini, Dr Koh (kanan) berkata, adalah tidak benar bagi sesebuah akhbar melaporkan sesuatu berita hanya berdasarkan khabar angin.
Katanya, tindakan melaporkan sesuatu secara berlebih-lenih boleh mengakibatkan ketegangan antara agama, mengganggung keharmonian dan menggugat perpaduan rakyat.
Sehubungan itu, Dr Koh menggesa semua rakyat Malaysia memelihara Perlembagaan Persekutuan dan memegang teguh falsafah 1Malaysia yang menekankan sifat inklusif untuk mencapai "kesatuan dalam kepelbagaian".
Beliau turut meminta rakyat Malaysia bekerjasama dengan semangat patriotik untuk meminta Malaysia yang aman dan harmoni. -mk
Ulasan GB
Isu Kristian - yang mula dicanangkan oleh "seekor anjing" bigdogdot.com yang kemudian disebarkan oleh akhbar penyebar fitnah blogger UMNO, Utusan Malaysia, telah menjadi api yang membakar di sana sini.
Kini, isu tersebut telah menikam UMNO BN. Mata masyarakat bukan-Islam terbuka luas sikap hipokrit Najib yang kononnya membawa obor 1Malaysia. Maruah UMNO BN penuh terpalit dengan najis anjing tersebut
Lepas satu-satu fitnah cuba ditaburkan oleh UMNO BN ini, selepas video seks yang gagal, kesemuanya kini menjadikan UMNO BN sebagai parti pemfitnah terunggul negara.
Jika esok pilihanraya UMNO BN pasti berkubur! Dan kalahnya UMNO BN adalah kerana anjing besar itu bersama si Luncai bernama Utusan.
..pastor pun reti adab berdoa.. hehe.. moosidol slalu ikut emosi bila berdoa.. bila dah maqbul tak mau trima pulak.. susah ler rabun akibat kebencian tak bertepi ni..
BalasPadamJanganlah kita layan isu-isu yang membuang masa kita seperti isu kristian, isu sumpah laknat, isu liwat, isu seks, isu UMNO-PAS ke, isu UMNO-DAP ke dan macam-macam isu lagi. Semua isu itu direka supaya rakyat lupa pasal masalah-masalah negara seperti kenaikan harga minyak yang tinggi, kenaikan semua harga barangan, kenaikan harga rumah yang melampau dan macam-macam lagi kenaikan. RAKYAT SENGSARA!
BalasPadamItu belum diambil kira mengenai ketelusan badan-badan kehakiman, kepolisan, sprm, spr, kebebasan media dan lain2 yg sungguh mengecewakan.
sokong 100% anon2. Masaalahnya media2, tv depa pegang, depa tau masih ramai rakyat yg akan pecaya bulat2.
BalasPadamKalau nak berpolitik pun carilah isu-isu lain yang lebih releven yang tidak membakar perasaan orang ramai. Tak ada kelas sungguh politik di Malaysia ni.
BalasPadamdia buat kecoh... diam-diam gula naik lagi 20sen. Binawe betul..
BalasPadamSalam...jangan lupa juga HARGA GULA dah 4 kali naik tahun nie...kerja GILA.....
BalasPadamini suratkhabar najis. buat lap taik ayam berak atas lantai. kandungan busuk loya mcm longkang busuk. baca utusan sama mcm baca harian metro sesuai untuk melayu bodoh iaitu melayu umno yg suka tgk citer seram mentor, af, geng2 felda yg bodoh dan sedang diperbodoh dan rela diperbodoh tapi marah bila org kata bodoh. kitab depa ni utusan la.
BalasPadamsuratkahabr ni selain lap taik kegunaannya:
1) tutup muka hakim yg keluar dari keta.
2)alas kaki dlm keta umno
3)atau yg kencing tak basuh leh guna paper ni masa mudarat tapi ada syak juga sebab kertas dia dah najis
4)dan byk lagi kegunaan tapi jgn dibaca kerana ia mneybar fitnah,bohong sama mcm kitab sesat
5) kalau nak gaduh sama2 kaum leg gak baca utusan ni
kalau dulu mereka pemimpin umno akan berkata didepan orang cina;
BalasPadamjangan sokong pas ia akan laksana undang2 islam dalam negara ini sekiranya ia merentah,sekarang semua itu sudah berubah cina tak takut lagi dengan undang2 islam yang takut hanya umno,takut apa? takut kehilangan kuasa oleh itu umno terpaksa guna cara lain kali ini dengan cara menakutkan orang melayu dengan ura2 dap akan menjadikan kritian sebagai agama rasmi negara,
permainan seperti sangat jijik buleh membawa ketegangan kaum,mana pehak berkuasa seperti polis tidak berbuat apa2! adakah pehak polis yang mengeluarkan permit kepada mereka??? sehingga mereka berani mengeluarkan kenyataan seperti ini.
Najib kata nak siasat.Sana sini pencacai umporno berkokok "siasat dalang". Alahai....bukan susah sangat nak siasat. Arah saja pondan siam tu siasat utusan meloya panggil editoranya dan blogger lahka sat lagi keluar habislah cerita. Awat takut sangat .....takut nanti terlondeh habis strategi busuk taik umporno. Hangpa create lah apa2 isu pun...... rakyiat yang berakal dan berilmu tak mudah disogok macam pencacai2 umporno melayu bangang lagi bengong lagi baghal lagi bongok yang dah expired yang masih bernyawa di cerok2 kampong dan ulu.
BalasPadam