20 Mei 2011

Harga Susu Naik 5-6% Mulai Jun

Petaling Jaya – Dutch Lady Milk Industries Bhd. (Dutch Lady) akan menaikkan harga produk tenusunya di antara lima sehingga enam peratus secara berperingkat-peringkat menjelang Jun ini ekoran peningkatan harga bahan mentah.

VAN DEN BERG menunjukkan sebahagian daripada produk keluaran Dutch Lady

Menurut Pengarah Urusan Dutch Lady, Bas van den Berg, peningkatan itu adalah suatu yang tidak dapat dielakkan dengan harga bahan mentah dijangka meningkat sebanyak 29 peratus pada tahun ini berbanding 27 peratus pada tahun lalu.

Peningkatan kos ini dapat dilihat secara signifikan dengan kenaikan harga bahan mentah seperti susu, gula, minyak dan tenaga buruh.

“Kami di Dutch Lady mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi perkara ini tetapi ia suatu yang tidak dapat dielakkan, oleh itu kami terpaksa meningkatkan harga sebanyak lima hingga enam peratus dalam portfolio produk kami," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan ke-48 Dutch Lady di sini semalam.

Turut hadir ialah Pengerusi Dutch Lady, Datuk Zainal Abidin Putih.

Van den Berg menjelaskan, sebagai persediaan ke arah fenomena berkenaan pihaknya telahpun menaikkan harga sebanyak lima peratus bagi beberapa produk susu yang baharu dilancarkan pada awal tahun ini.

“Kami harus mengambil langkah berjimat-cermat dan efisien dengan harga material bahan mentah yang tidak menentu ini,” katanya.

Beliau bagaimana pun tidak melihat bahawa peningkatan harga tersebut akan menjejaskan jualan rangkaian produk tenusu Dutch Lady di pasaran.

Syarikat itu menghasilkan dua rangkaian jenama produk tenusu yang terdiri daripada susu segar, minuman yogurt, susu untuk membesar dan susu suhu ultra tinggi (UHT) serta Friso yang meliputi susu tepung yang dirumus untuk kanak-kanak dan golongan ibu mengandung dan menyusu.

“Matlamat kami pada tahun ini ialah untuk melepasi prestasi keuntungan memberangsangkan yang dicapai pada tahun lalu walaupun akan menghadapi tahun yang mencabar,” jelasnya. -kosmo

Ulasan GB

Kenaikan harga gula menyebabkan harga susu juga meningkat. Sekali lagi pembohongan kerajaan kepada rakyat terdedah apabila sebelum ini menyatakan tiada kenaikan harga barangan lain ekoran kenaikan harga gula.

Dengan penghapusan subsidi secara berperingkat, bererti harga gula juga akan menigkat disamping akan diikuti dengan kenaikan harga barangan keperluan yang lain. Ia mewujudkan satu putaran ganas yang menyebabkan berlakunya inflasi.

Keta-kata menteri untuk membendung kenaikan harga barang yang lain hanyalah usaha untuk menipu rakyat yang tak faham ekonomi, yang tak mengerti peranan mekanisma harga pasaran.

2 ulasan:

  1. susu ibu adalah yang terbaik..

    BalasPadam
  2. susu ibu mmg terbaik utk anak2 sehingga berunur 2 thn ...habis saya yang dah berumur 20 tahun ke atas ni..tak kan la nak minum susu ibu jugak..cube ler fikir..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.