4 Mei 2011

Ditahan Polis Kerana Cuba Tunjuk Samseng

Kecoh depan DUN Pulau Pinang

MOHAMED GHANI bersama tiga ahli Pertubuhan Suara Anak Malaysia Pulau Pinang dibawa ke balai polis selepas enggan bersurai di hadapan Bangunan DUN Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN - Usaha kira-kira 40 ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di depan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menyerahkan memorandum ketika persidangan berlangsung menjadi kecoh apabila empat daripada mereka ditahan polis.

Perhimpunan selama setengah jam bermula pukul 12.45 tengah hari itu diketuai oleh Pengerusi Pertubuhan Suara Anak Malaysia Pulau Pinang, Mohamed Ghani Abdul Jiman bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada kerajaan negeri.

Mereka telah diarahkan bersurai oleh anggota polis yang berkawal tetapi berdegil menyebabkan Mohamed Ghani dan tiga yang lain dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

Abdul Ghani sebelum itu dilihat cuba bertindak memanjat pagar di hadapan pondok pengawal DUN sambil meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

"Kami hanya ingin serahkan tiga memorandum kepada Yang Dipertua Negeri, Speaker DUN (Datuk Abdul Halim Hussain) dan Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan 10 isu mengenai orang Melayu.

"Kenapa kami tidak dibenarkan masuk sedangkan kami juga rakyat Pulau Pinang," katanya sambil menunjukkan kad pengenalan kepada pengawal keselamatan di situ. -kosmo


Ghani panjat pagar DUN, ditahan polis

Pengkritik paling lantang kerajaan Pulau Pinang, Mohammed Ghani Abdul Jiman dan tiga lagi ditahan polis hari ini selepas membuat kekecohan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah George Town Gan Kong Meng berkata mereka ditahan kerana terlibat dalam perhimpunan haram dan enggan bersurai apabila diarahkan berbuat demikian.

Mohammed Ghani yang datang bersama 10 penyokong sebelum itu berjaya menyerahkan sebuah memorandum kepada pegawai akhbar Ketua Menteri Lim Guan Eng yang menemuinya di pagar.

Bagaimanapun, memorandum itu ditujukan kepada Speaker Abdul Halim Hussein, Yang di-Pertua Negeri Abdul Rahman Abbas dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya tidak serahkan memo kepada Lim kerana saya sudah hilang kepercayaan padanya," kata Mohammed Ghani.

Mohammed Ghani bagaimanapun berusaha memasuki perkarangan DUN dengan cuba memanjat apabila pagarnya ditutup.

Beliau kemudian cuba mengadakan sidang akhbar berhampiran sebatang jalan di hadapan bangunan itu dan enggan bersurai apabila diarahkan oleh polis.

Akibatnya, beliau diheret je sebuah lori polis. Di lori berkenaan, Mohammed Ghani meluahkan kemarahannya dan menjerit bahawa semua ADUN Pulau Pinang adalah pengecut dan menawar membeli membeli skirt untuk mereka.

“Saya rakyat Malaysia, kenapa saya tidak dibenarkan masuk dewan?” jeritnya sambil melayangkan kad pengenalan bagi membuktikan kerakyatannya itu. -mk


13 ulasan:

  1. dah memang keturunan dia gitu.... dah lama sorok tapi tak tahan, kena tunjukla kemahiran memanjat!

    BalasPadam
  2. komen anonymous di atas berbau perkauman.. GB patut tapis..

    BalasPadam
  3. Mula-mula aku ingat ada pertunjukan sarkas kat padang kota.Pelancong pun terkejut depa ingat orang utan panjat pagaq rupanya malaun upahan lapaq.Dot sat depa boh masuk sankaq.Sebijik...nampak macam dokumentari filem nasional geography specis mamalia hampir pupus.

    BalasPadam
  4. mat ghani nie memang perangai mcm berok sbb tue dia suka pi waterfall. org pi la panjat bangunan KLCC ka..ni dak dok pi khabat pagaq DUN...hahaha kena la. baghu dia ada akai...limau purut punya mamu

    BalasPadam
  5. Anonymous hang jangan dok buat kurang ajar

    BalasPadam
  6. Nasib baik depa lempaq mat gani masuk dalam pagaq bawak pi melancong kebalai polis, kalu depa perosok masok dalam guni, pi lempaq dalam laut tanjung tokkong buat umpan kerapu macamana.

    BalasPadam
  7. mamak ghani hantar memorandum pasai orang melayu, ghani hang melayu ka mamak...

    BalasPadam
  8. DKK- ini banyak buat kacau la. Depa marah sebab masa gerakan perintah penang, depa yg mengaku melayu celup ini byk dpt projek kot.

    Tapi bila Pakatan perintah, yg dpt projek melayu asli. sebab tu depa marah sgt agaknya.

    BalasPadam
  9. satu perkara yang nyata tak yah nak suluh-suluh, Melayu P.Pinang dah dok merempat sejak zaman BN lagi.

    BalasPadam
  10. Mamak keturunan India mengaku jadi Melayu kerana masok UMNO. bila balik kerumah semua nak beranak cakap bahasa INDIA. itu lah kehidupan mereka seharian.
    Aku tak mau tipu diri sendiri.

    BalasPadam
  11. Huh, mamat ni bikin malu UMNgok jer ler. Kalau nak serah pun, panggil ler wartaWANG, suruh depa ambik gambaq byk2. Tentu polis malu nak buat lebih kurang.
    Tapi pasai akai takdak, nak buat macam mana.
    BIAQ PI KE DEPA LA.

    BalasPadam
  12. Hilang kepercayaan pada Lim Guan Eng? Siapa dia nak cakap macam tu? Najib pun tak berani tegur Lim Guan Eng secara terbuka sebab dasar-dasar yang dibuat Lim Guan Eng jelas tidak bertentangan dengan perlembagaan Malaysia dan tidak menyentuh perasaan, adat resam dan kebudayaan orang Melayu. "Orang Melayu" yang ni AKU tak tahu pulak?
    Dasar berok, berok juga. Bagi pisang, diamlah dia.

    BalasPadam
  13. tu dia...org melayu. Buta mata tak pa lagi, org boleh pimpin, tapi kalau dah buta hati, serupa macam hampa lah. Hampa tengok la.. sikit sikit hak hampa depa dok kilas, lepaih ni satu pulau la depa sapu. Jadila mcm jiran selatan.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.