27 Mei 2011

Baju Pelajar Berlumuran Darah, Telinga Cedera Akibat Serangan Dalam Kelas

Kuala Terengganu: "Saya hampir pengsan melihat darah berlumuran pada telinga kiri dan baju sekolah dipakai anak bongsu ketika dia pulang ke rumah," kata Fatimah Ngah, 54, dari Kampung Bukit Kandis, Bukit Tunggal, di sini berhubung kecederaan telinga anaknya dipercayai dipukul seorang pelajar, petang kelmarin.

Fatimah berkata, anaknya, Abdul Rahman Abdul Ghani, 13, pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah menengah di kawasan itu, pulang ke rumah kira-kira jam 2.30 petang bersama abangnya, Mohd Khairul, 25, dalam keadaan berlumuran darah di telinga kiri untuk mengambil kad pengenalan bagi mendapat rawatan.

Beliau berkata, Abdul Rahman memaklumkan dia dipukul dan ditendang seorang daripada sekumpulan pelajar yang datang ke kelas sementaranya sebelum waktu persekolahan sesi petang bermula.

“Tendangan itu menyebabkan Abdul Rahman terdorong ke belakang dan ketika hendak terjatuh, bahagian kiri mukanya tersangkut pada bucu cermin tingkap, menyebabkan luka besar pada telinga kirinya,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Mangsa bagaimanapun, tiada di rumah ketika itu kerana ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan susulan selepas difahamkan menerima tujuh jahitan di telinga kirinya.

Difahamkan polis sudah menahan seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun pagi semalam untuk membantu siasatan.

Bapa mangsa, Abdul Ghani Ismail, 64, berkata pengurusan sekolah perlu mengambil tindakan wajar supaya masalah disiplin di sekolah itu dapat diperbaiki. -BH

Ulasan GB

Nampaknya, mutakhir ini gejala samseng di sekolah semakin menjadi-jadi.

Kenakalan para pelajar sudah di tahap serius dan ianya tidak boleh dibiarkan begitu sahaja sehingga sekolah tiba-tiba menjadi "neeraka" bagi kaum pelajar yang innocent.

Kementerian Pelajar perlu memikirkan langkah-langkah bagi membendung gejala ini.


4 ulasan:

  1. anti zul-noording alghuyub27 Mei 2011 pada 2:34 PTG

    selagi x der kes mati...mesti sisembab tu kata "Kes terkencing"...opsss silap " Kes Terpencil"

    BalasPadam
  2. Alangkah baiknya jika hukuman merotan pelajar oleh guru displin / guru besar diperkenalkan semula dan mendapat sokongan ibubapa.

    Tapi tu laa... masalahnya ibubapa yg lebih sudu dari kuah, tak boleh anak mereka di marah dan dicuit sikit oleh guru mula la nak serang guru dan ugut nak saman...

    Jadi tak boleh salahkan guru semata atas masalah displin. Ingat tak dulu seorang guru diugut utk dicampak dari tingkat 2 bangunan sekolah oleh pelajar yang kurang ajar... silap2 bukan guru pukul murid tapi guru pulak yg kena belasah... nasib la..

    BalasPadam
  3. Zaman aku sekolah dulu...cikgu rotan pelajar selanber jer...berbiratt bontot...pelempang cikgu biasa jer...tak der plak sampai nak bagi mak bapak...kalau bagi tahu sure kena tampang lempang ngan bapak aku....tp skrang alhamdulillah...kamceng ngan semua cikgu yang rotan dan bagi penampar dulu....tak ada rasa demdam pun...dia orang memang mendidik....tq cikguu.....

    BalasPadam
  4. Samalah aku... masa dulu aku lah paling hero kat sekolah sbb sekolah aku dekat dengan rumah aku... aku jadi hero sbb selalu cover guru atau pelajar yang kena buli oleh pelajar-pelajar samseng kat sekolah..tu la hero aku...walaupun aku samseng tapi aku tak buli orang.. aku buat hal aku.... aku merokok luar pagar depan cikgu.. cikgu just tengok saja sbb merokok luar sekolah...tapi zaman sekarang pelajar ni lagi hebat.... boleh bunuh orang sbb keluarga cover balik pelajar samseng2 kat sekolah..silap2 cikgu yang bersalah....
    mujurlah aku dah lama tinggal zaman sekolah...kalau tak pasti aku tayang cerita blue dalam kelas ajak tengok2 ramai2... sbb sekarang dah tak ada akta untuk menangkapnya....hahahahahaha

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.