PAS wajar tinggalkan pembangkang demi kepentingan Melayu
KETUA Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata demi kepentingan bangsa Melayu dan rakyat secara menyeluruh adalah wajar untuk PAS meninggalkan pakatan pembangkang dan menyertai Barisan Nasional (BN).
Ahmad berkata, perpecahan di kalangan Melayu tidak akan menguntungkan bangsanya sendiri sebaliknya perpaduan itu pula tidak akan merugikan mana-mana pihak.
"Sebagai seorang umat Islam dan Melayu, hasrat saya adalah untuk melihat semua kaum di negara ini maju menjelang 2020 serta menganggap satu sama lain sebagai rakan dan bukannya lawan.
"Sebagai Ketua Penerangan UMNO, hasrat saya adalah untuk melihat PAS masuk BN, saya cuba mengusahakan perkara itu..., Melayu harus berhenti bergaduh semasa sendiri..., cukuplah ia hanya membuang masa.
"Sudah lama kita bergaduh, di masjid kita bergaduh, di luar masjid kita bergaduh, di surau kita bergaduh, di kedai kopi kita bergaduh..., tiada gunanya PAS dan UMNO bergaduh lagi..., marilah kita bersatu," katanya ketika berucap pada Forum 65 Tahun UMNO di sini, semalam.
Turut hadir Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Dr Hasan Mad dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO, Fathul Bari Mat Jahya.
Ahmad berkata, jika sebelum ini bapa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein membawa PAS menyertai BN dan kemudian terpaksa keluar, apa salahnya PAS kembali semula kepada BN sebagai kemuncak kesepaduan dan kesepakatan yang boleh memanfaatkan bangsa melaluinya.
"Kebaikan juga bukan hanya membabitkan bangsa Melayu tetapi juga rakyat Malaysia keseluruhannya kerana perpecahan itu tak menguntungkan dan perpaduan juga tidak sedikit pun merugikan," katanya.
Sementara itu, Hasan berkata, PAS tidak semestinya menyertai BN tetapi parti berkenaan perlu lebih kepada menjauhi DAP yang hanya akan membawa banyak kebinasaan dan merosakkan perjuangan parti itu.
Katanya, PAS perlu wujud sebagai pembangkang kerana perbezaan ideologi dan dasar, tetapi masih menjadi parti yang memperjuangkan Melayu Islam yang boleh menjadi penimbangtara terhadap kepemimpinan yang dibawa oleh UMNO.
Bagi Fathul Bari, UMNO perlu lebih menampilkan imej yang lebih Islamik dalam menarik masyarakat untuk terus mendekatinya dan bukan menjauhkan masyarakat dengan mengelak pengisian yang berbentuk agama.
Ulasan GB
Oh rupa-rupanya ada pemimpin UMNO yang dah hanya tinggal seluar dalam, tu yang mengelitik sangat nak kan Kerajaan Perpaduan, nak ajak sama pemimpin PAS supaya hanya tinggal seluar dalam jugak seperti mereka. Banyak cantik.
Ada pemimpin UMNO sekarang lansung dah tak berseluar dalam, pun ada. Kemaluan semakin terdedah satu demi satu... fitnah tak menjadi, malah backfire kepada diri sendiri. Berniaga dengan fitnah, tidak akan beruntung malah akan sentiasa rugi. Utusan gigit jari, begitu juga UMNO dan BN punya pak menteri.
PAS tak akan tertipu lagi.

Ulama Umno: Tak patut aibkan Anwar
Dakwaan fitnah ke atas pemimpin politik melalui penyebaran rakaman video seks tidak sepatutnya dilakukan kerana ia bertentangan dengan prinsip Islam, kata ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya dalam satu forum hari ini.
Fathul Bari berkata, hukum mengaibkan seseorang seperti itu merupakan salah satu daripada dosa besar di sisi Islam dan dan tidak sepatutnya dilakukan oleh Umno.
"Kita sepatutnya menutup keaiban manusia dan bukan membukanya," katanya dalam satu forum yang diadakan sempena ulangtahun Umno ke-65 di ibu pejabat parti itu hari ini.
Jelasnya, sekalipun pihak pembangkang pernah bertindak mengaibkan pemimpin parti itu, Umno tidak sepatutnya mengambil tindakan serupa.
Katanya lagi, kesahihan berhubung pelaku di dalam video seks berkenaan juga sepatutnya diserahkan kepada siasatan pihak berkuasa.
"Saya tidak tahu video itu benar atau tidak. Saya tidak tengok, kita serahkan kepada pihak berwajib," katanya lagi dalam sesi soal jawab di forum anjuran satu gabungan NGO Melayu itu.
Pandangannya itu disambut oleh seorang lagi anggota panel, Datuk Ahmad Maslan yang berkata isu rakaman video seks itu tidak melibatkan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, parti BN ataupun Umno sendiri.
Katanya, Umno adalah "dua kali bodoh" jika menggunakan kaedah sama dengan mengaibkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi, memandangkan Umno telah menghadapi kesannya dalam pilihan raya umum 1999.
Hinggakan, sesetengah pemimpin Umno "tinggal seluar dalam sahaja" kerana undi yang tidak memihak kepada mereka di kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu yang besar.
Jelasnya, pengundi Melayu pada masa itu memilih pembangkang kerana marah dengan tuduhan liwat yang dikenakan ke atas Anwar.
Namun, isu sebenar berhubung dakwaan melibatkan Anwar sumpah laknat yang dilakukan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang mendakwa turut berada di lokasi rakaman video aksi seks tersebut, kata Ahmad.
Tuduhan melibatkan Anwar juga melibatkan sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan berhubung kes Liwat II yang kini sedang dibicarakan, tambahnya.
Maka, cara terbaik bagi Anwar untuk menepis dakwaan tersebut adalah dengan turut membuat sumpah laknat bagi menafikannya, kata Ahmad lagi.
Seorang lagi ahli panel dalam forum yang dihadiri kira-kira 100 orang itu ialah seorang wakil NGO dariapda Majlis Perundingan Melayu, Hasan Mad. -mk
Ulasan GB
Oh rupa-rupanya ada pemimpin UMNO yang dah hanya tinggal seluar dalam, tu yang mengelitik sangat nak kan Kerajaan Perpaduan, nak ajak sama pemimpin PAS supaya hanya tinggal seluar dalam jugak seperti mereka. Banyak cantik.
Ada pemimpin UMNO sekarang lansung dah tak berseluar dalam, pun ada. Kemaluan semakin terdedah satu demi satu... fitnah tak menjadi, malah backfire kepada diri sendiri. Berniaga dengan fitnah, tidak akan beruntung malah akan sentiasa rugi. Utusan gigit jari, begitu juga UMNO dan BN punya pak menteri.
PAS tak akan tertipu lagi.
dah d belasah kiri kanan depan belakang cakap pasal perpaduan panddy kutty betul
BalasPadamJangan dilayan talam 2 muka nie ... habih madu sepah dibuang....depa kena masuk PAS... tarbiah depa balik bagi ada nur islam baru betui ...
BalasPadamTak gheti bahasa betul juak-juak UMNO nie... yang sekor nie menyalak ke hulu ke hilir .. dah la tu ...
BalasPadamdi masjid kita bergaduh, di luar masjid kita bergaduh, di surau kita bergaduh, di kedai kopi kita bergaduh..., tiada gunanya PAS dan UMNO bergaduh lagi..., marilah kita bersatu," ....ptui(sapa suruh gaduh kalau bukan umgok)
BalasPadamtukar dasar sekolar umno(baru)kepada islam munkin dalam sedikit masa pas akan dibubarkan tapi kalau masih sekolar jangan mimpi pas akan bersatu dengan umno(baru).
BalasPadamUmno dua kali bodoh sekiranya mengaibkan anwar seperti yang dilakukan dulu..... Kata ahmad maslan.. Akhirnya ada pemimpin umno mengaku mmg kerja diorang masa fitnah 1.
BalasPadamUMNO MASUK PAS
BalasPadamKalau tidak pas kena keluar perangkap 2 kali
Klau nak tegak kan islam biarlah ikhlas kerana Allah
bukan sebab nak cari sokongan
manusia
Kenapa perlu ajak PAS masuk UMNO.. ?? per kater UMNO yang masuk PAS...
BalasPadamUMNO yang sepatutnya masuk PR kerana dalam PR ada dua parti besar orang melayu iaitu PKR dan PAS.Jika orang melayu bersatu bawah umno beerti kita membenarkan rasuah dan penyelewengan yang sekian lama diwarisi oleh orang melayu UMNO.UMNO jgn mendabik dada mereka memperjuangkan melayu, selama 50 thn mana pergi tanah orang melayu? mana pergi saham bumiputra? mana biasiswa? kenapa anak melayu ramai jadi mat rempit? kenapa ramai melayu miskin? dan yang lebih parah moral org melayu merosot teruk.Tak lain tak bukan kerana kita dipimpin oleh melayu UMNO.masanya telah tiba melayu PAS pula jadi pemimpin,jika PAS menang banyak kerusi dlm PR dah tentu yang jadi PM adalah presiden PAS yang Islam dan melayu tulin.Wahai bangsaku berubahlah kepada pemimpin yang lebih faham panasnya neraka Allah mudah-mudahan negara kita terpelihara dari bala Allah
BalasPadammasa kat pr..pas berjaya suruh adun dap puasa hehehehe...hebatlah pas...layak memerintah negara..thumb up please....
BalasPadamKalau inilah pemimpin yang ajak berdamai, rasanya tak payahlah, sila ke http://www.youtube.com/watch?v=5GGrxQeVxm8
BalasPadam