29 Apr 2011

Video Seks Versi Tanpa Edit Dimuat-Naik, Kerja Siapa Sebenarnya?

Video seks: Rakaman tanpa edit di YouTube

KUALA LUMPUR, 28 April — Rakaman video seks yang tidak diedit menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dimuat naik di YouTube awal hari ini, langkah yang dilihat sebagai usaha mengenakan tekanan ke atas Ketua Pembangkang itu yang sejak sebulan lalu menafikan beliau sebagai si pelaku dalam aksi seks terbabit.

Rakaman video itu dibahagi kepada empat segmen dan berlarutan kira-kira empat minit dan 28 saat.

Dalam video itu, seorang wanita pada awalnya dilihat mengadakan seks oral dengan seorang lelaki mirip Anwar.

Kedua-dua mereka kelihatan mengadakan hubungan seks kira-kira lima minit.

Rakaman tidak diedit ini yang disebarkan hari ini termasuk sedutan klip yang telah pun dimuat naik dua lali termasuk yang terbaru semalam.

Video seks 21 minit itu buat kali pertama dipertontonkan kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara di sini, 21 Mac lalu oleh “Datuk T”.Tindakan muat naik ini merupakan perkembangan terbaru hari ini selepas petang tadi ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah — salah seorang “Datuk T” mengumumkan bahawa beliau akan melakukan sumpah laknat selepas solat Jumaat esok.

Bagaimanapun kandungan tersebut telah digugurkan kerana tindakan memuat naik bahan itu melanggar syarat penggunaan ruang YouTube.

Dua “Datuk T” yang lain ialah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Pada sidang media 24 Mac lalu, Rahim berkata rakaman video seks itu didedahkan untuk membuktikan “lelaki yang mahu menjadi perdana menteri itu tidak layak.”

Sementara Shazryl mengadakan sidang media mengenai sumpah laknat itu, Anwar memberi keterangan tambahan, kali kedua, kepada polis dan kemudian memberitahu pemberita bahawa Datuk Seri Najib Razak menggunakan rakaman video seks sebagai senjata utama untuk memastikan Barisan Nasional (BN) kekal berkuasa.

Pemimpin kanan Pakatan Rakyat itu berkata demikian ekoran kegagalan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu yang mendedahkan rakaman video seks itu yang didakwa beliau sedang melakukan aksi seks dengan seorang pelacur warganegara China.

Kata Anwar, ia menunjukkan Perdana Menteri itu akan menggunakan “semua kuasa yang ada” untuk menjatuhkan beliau.

Anwar juga menegaskan tidak akan menyahut cabaran Shazryl untuk melakukan sumpah laknat bagi membuktikan beliau bukan lelaki dalam rakaman video seks itu.

“Boleh anda tunjukkan ia hukum syarak yang mana? Tidak tahu? Jadi tidak perlu,” katanya kepada pemberita ketika mahu meninggalkan balai polis.

Polis menyiasat “Datuk T” di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Abdul Khalid Abu Bakar berkata pihaknya masih menjalankan siasatan dan yakin akan menyerahkan hasil siasatan kepada pejabat Peguam Negara minggu ini.

Beliau juga berkata akan “mendedahkan” identiti pelaku pada masa yang sesuai.

Khalid berkata polis telah memulakan siasatan terhadap penyebaran sedutan klip kedua video seks oleh beberapa portal dan blog sejak tengah hari semalam.

Khalid berkata pihaknya dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mengenal pasti pihaknya yang bertanggungjawab memuat naik bahan itu di YouTube.

Satu rakaman klip video hitam putih aksi seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin tertinggi pembangkang telah dimuat naik dalam laman Internet semalam.

Sedutan klip video dengan durasi satu minit 47 saat itu menampilkan seorang lelaki dan wanita dalam keadaan bertuala dan kemudian berbogel sebelum lelaki itu memakai seluar.

Klip video tersebut dimuat naik dalam laman YouTube dan blogger Papagomo, www.papagomo.com kira-kira 1.30 tengah hari semalam.

Sebelum ini pada 4 April lalu, satu klip video berdurasi yang sama tersebar luas di Internet. -TMI


Akhirnya klip papar aksi seks muncul di Internet

Lebih banyak klip video seks yang didakwa memaparkan lelaki mirip ketua pembangkang dan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul di Youtube.

alleged four full sex videos on youtube 290411Empat klip tersebut - sepanjang antara 4 minit hingga 4:24 minit - serupa dengan video 22 minit yang ditayangkan kepada wartawan pada 21 Mac di hotel Carcosa Seri Negara.

Ini adalah bahagian ketiga daripada video seks tersebut yang dibocorkan di internet, tetapi tidak seperti dua klip sebelum ini, empat klip terbaru itu memaparkan aksi seks.

Bagaimanapun, video yang dimuatkan oleh "rabiaab11" telah dikeluarkan dari Youtube kerana ia melanggarkan polisi lamanweb tersebut berhubung kandungan berunsur seks.

Berdasarkan maklumat pada Youtube, empat klip tersebut dimuatkan antara jam 2 petang hingga 6 petang semalam.

Video memaparkan beberapa aksi sek termasuk aksi wanita terbabit melakukan seks oral ke atas lelaki dalam klip tersebut.

Tidak seperti klip-klip yang muncul pada 4 April dan pada hari Rabu, yang sepanjang 1:45 saat, empat klip yang dimuatkan 'rabiaab11' semalam adalah lebih panjang. -mk


Ulasan GB

Penyebaran video edisi tanpa edit semalam itu benar-benar satu CABARAN kepada pihak polis yang menurut Timbalan IGP, Datuk Abdul Khalid Abu Bakar berkata polis telah memulakan siasatan terhadap penyebaran sedutan klip kedua video seks oleh beberapa portal dan blog sejak tengah hari semalam.

Khalid berkata pihaknya dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mengenal pasti pihaknya yang bertanggungjawab memuat naik bahan itu di YouTube.

Tiba-tiba kita dikejutkan ada lagi klip video seks itu yang dimuat-naik.

Jadi, rakyat melihat ini sebagai satu perolok-olokan terhadap usaha polis mengesani pihak yang memuat-naik video berkenaan dan tidak boleh dpersalahkan rakyat jika mereka berpersepsi bahawa polis bekerjasama dengan pihak yang terlibat memuat-naik video berkenaan atau polis sendiri yang melakukan, kerana seperti yang semua orang tahu hanya polis sahaja yang memiliki salinan asal video seks berkenaan.

Pihak media arus perdana, cetak dan eletronik, terus-menerus memberi liputan besar-besaran terhadapnya tetapi tidak ada satu pun media arus perdana berani untuk mendedahkan rakaman dekat wajah-wajah yang dikatakan mirip Anwar tersebut seperti yang blog ini pernah dedahkan sebab memang ternyata apabila dilakukan sedemikian, tidak ada persamaan lansung dengan Anwar. Betapa besar PENIPUnya mereka semua itu.

Pembesaran imej-imej akan membuktikan DENGAN JELAS bahawa lelaki itu BUKAN Anwar Ibrahim.


Lihat:



Jika dilihat dari jauh gambar dari video itu hitam putih itu nampak seolah-olah ia mirip Ketua Pembangkang. Disebarkan bertujuan untuk mengaibkan Anwar. Tetapi penelitian yang lebih rapi dengan apa kaedah sekalipun akan menjurus kepada rumusan bahawa ia bukan Anwar.

Hanya si bengong yang mabuk, yang tembel matanya dan yang busuk hatinya akan menyatakan ia Anwar Ibrahim!



6 ulasan:

  1. Ya Allah.. sesungguhnya Malaysia kini dikuasai oleh makhluk-makhluk zalim, gila dan perosak. JANGANLAH DEK KERANA KEZALIMAN, KERAKUSAN DAN KEGILAAN yang mereka lakukan engkau timpakan bencana kepada kami yang daif ini.

    Untuk mengelakkan daripada kami ditimpa bencana yang bakal engkau turunkan, maka kami berharap engkau berilah kekuatan dan keberanian kepada kami dan izinkanlah kami bersatu hati bersama-sama jemaah PAKATAN RAKYAT menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang zalim, rakus dan gila itu dan berilah ruang kesempatan kepada kami Rakyat Malaysia untuk hidup aman damai dalam pemerintahan yang adil dan saksama.

    BalasPadam
  2. Ya Allah penguasa sekelian alam, selamatkanlah negara ini drp puak munafik yg sedang menguasai pentadbirannya. Ya Allah engkau maha tahu bantulah golongan yg mahu menegakkan kebenaran dan keadilan berteraskan hukum Islam yg syumul.Hancurkanlah puak munafik yg menggunakan kuasa hingga sanggup mempermainkan perintah dan laranganMu...Amin!!

    BalasPadam
  3. Akhbar B Harian 2 muka surat pertama penuh dengan cerita video seks. The Star muka surat 10 baru ada.

    Sebabnya, B Harian akhbar orang kampung, the star orang educated - middle class yang baca.

    Konklusi - Fakta2 lebih menunjukkan pelakunya bukan DSAI. Mid class people nak tengok fakta, tak mainle tuduh2 atau sumpah.

    BalasPadam
  4. pemasaran video seks telah membudaya. undang-undang dah diketepikan!

    BalasPadam
  5. Sudah sampai masanya Umat Islam melakukan sesuatu utk menamatkan Pelaku-pelaku yang menyebar fitnah ini...Kepada semua Umat Islam yang mengaku mencintai dan akan memastikan kesuciannya tidak tercemar ayuh BANGKIT!!!!! kita tamatkan Episod ini diMUKABUMI MALAYSIA YG TERCINTA INI....LENYAPKAN GEROMBOLAN2 INI...

    BalasPadam
  6. rakyat tak percaya nanti BN boleh siar dalam TV3 pula?

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.