1 Apr 2011

Video Seks: KPN Kata Ia Tulen. Persoalannya....

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata rakaman video seks yang didakwa memaparkan seorang pemimpin pembangkang adalah tulen.

Ini adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes itu, katanya kepada pemberita hari ini, lapor Bernama.

Beliau berkata kertas siasatan akan diserah kepada Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan seterusnya.

Baru-baru ini, rakaman video seks yang dikatakan menunjukkan aksi seks seorang pemimpin kanan pembangkang, dipertontonkan kepada beberapa editor media.

Ia didedahkan pada 21 Mac lalu oleh trio Datuk T yang terdiri daripada bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim. -mk


IGP: Video seks didedah ‘Datuk T’ tulen

KUALA LUMPUR, 1 April — Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pakar-pakar tempatan telah mengesahkan bahawa rakaman video seks, yang didedahkan oleh “Datuk T” awal minggu lalu, bukan sesuatu yang direka atau dipalsukan.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti ahli politik yang didakwa terlibat dalam adegan seks dalam rakaman video seks itu.

Ismail berkata ia adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes tersebut dan kertas siasatan akan diserah kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.

Pada 23 Mac lalu, ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengaku bahawa beliaulah yang mempertontonkan video itu kepada media terpilih di Carcosa Seri Negara.

Shazryl juga mendedahkan bahawa gelaran ‘‘Datuk T’’ merujuk kepada tiga sahabat yang membuat pendedahan rakaman video seks itu, yang sebenarnya bermakna ‘‘trio’’ iaitu beliau sendiri, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Polis telah menubuhkan satu pasukan khas di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk menyiasat rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Polis mengklasifikasikan kes itu mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Siasatan itu dibuat ekoran laporan polis oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa yang menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video berkenaan. -TMI


Ulasan GB

Keputusan itu tidak menghairankan. Keputusan yang diumumkan sempena pilihanraya negeri Sarawak.

OK. Rakaman mungkin boleh dikatakan tulen sebab ia hitam putih - tidak dapat dikesan sebarang "superimposed" kerana yang melakukannya adalah juga "pakar" di dalam teknologi.

Pakar teknologi boleh pada bila-bila masa mengalahkan pakar perfileman.

Jika demikian, persoalan kini: Siapa pula "pelakon" itu? Seperti yang didedahkan sebelum ini, tidak mustahil wujud wajah seiras tetapi tak serupa.

Kedua setakat mana "kepakaran" mereka yang dikatakan "pakar" yang telah menyiasat kes tersebut? Apa kelulusan dan pengalamannya di dalam bidang teknologi? Ianya perlu didedahkan untuk ketelusan.

Ketiga, bagaimana pula kesalahan mereka yang merakam, memiliki, menyimpan dan mempertontonkan video seks berkenaan?

Ia semuanya dibebankan kepada pihak Polis dan Peguam Negara jika beliau ingin meneruskan kes tersebut.

15 ulasan:

  1. apapun bentuknya manusia yang terlibat membikin perkara tersebut atau merancang perkara tersebut untuk dikenakan terhadap seseorang.... tunggulah perancangan Allah akan mengatasi semua perancangan manusia. Manusia yang kena zalim tiada hijab doanya. banyakkan munajat dan doa. nak lawan dengan orang fasik memang kita tak ada daya dengan kekuatan yang ada. Sedarlah usia kita semakin bertambah. sepatutnya usia extra yang Allah beri ni, gunalah dengan sepenuhnya untuk taubat dan muhasabah diri. Jika hidup panjang melebehi 100 tahun pun jika tak ikut syariat Islam.... apa untungnya. insaflah cepat-cepat sebelum pintu hidayat serta taubat tertutup. InsyaAllah semua kelakuan kita akan dihitung semula di Mahsyar nanti. Jika tiada keadilan...Allah akan memberi keadilanNya nanti...hatta kambing yang tidak bertanduk pun akan dibangkitkan di akhirat untuk menanduk semula kambing yang bertanduk di hadapan Allah di Mahsyar nanti...

    BalasPadam
  2. Mamat ni sedang melabur saham dalam firma fitnah yang bakal menerima dividen lumayan di Padang Mahsyar nanti.

    BalasPadam
  3. Salam MSO
    Sepatutnya samada Video itu tulin atau tidak, itu bukan persoalannya.Yang sepatutnya disoal siasat dan diselidiki, siapa pelakonnya, pembuatnya, pengedar atau penerbitnya? Itu yang harus ditekan siasat oleh pihak polis.

    Laporan pakar kepada sesuatu kajian, kita tidak menafikan. Tapi apakah pakar itu adalah yang benar-benar pakar dan tidak 'double standard'? Memandangkan pakar-pakar pun boleh dijual beli.

    Merujuk siasatan kes-kes yang lalu pun oleh pakar-pakar banyak tidak telus dan tidak adil terhadap
    Anwar.

    Harap-harap jangan jadi polis dalam filem bollywood ..

    BalasPadam
  4. GB, apabila disebut pakar, samada hitamputih atau warna..semuanya TERAMAT mudah dikenalpasti jika superimpose...

    terus terang pakteh katakan...jika superimpose....tak perlu pakar...kita yang ada sedikit keinginan untuk mengenalpastinya juga akan menemui kejanggalan dan penipuan.

    Soal pelakon tu, kita tuntut agar diwujudkan suruhanjaya diraja. Panelnya perlu diambil dari semua pihak seperti suhakam, wakil pembangkang, wakil BN, wakil NGO malah sesiapa sahaja yang dicadangkan agar keputusannya tidak dipertikaikan.

    Kesalahan yang merakam?...erm...rasanya orang yang merakam video VK Lingam kini bertitle YB...please jgn double standard dalam mencari kebenaran...

    Dalam blog hanya khabar angin mengatakan Anwar. Belum dibuktikan itu adalah Anwar....jadi jangan bertindak seperti memang Anwar pesalahnya. Jika tak buat mengapa takut.

    Langkah awal yang boleh diambil Anwar ialah
    1. Bersumpah
    2. Tunjukkan jam Omeganya
    3. Berikan alibi dimana beliau semasa kejadian itu berlaku...

    Pasti...rakyat akan bangkit menyokong beliau...

    BalasPadam
  5. betul lah video tu tulen. tapi bila dah confirm video tu video lucah tulen, penayang nya patutlah otomatik kena dakwa. dia tayang kat hotel depan ramai orang, dah jadi public screening in public place. dah tentu salah tu.

    soal pelakon dia sapa, dah jadi isu lain. tapi bab ni, rang yg tengok pun dah kata pelakon dia buncit tak macam anwar.

    BalasPadam
  6. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata rakaman video seks yang didakwa memaparkan seorang pemimpin pembangkang adalah tulen. <<<<kenapa belum jelas dah cakap pemimpin pembangkang..belum sahih dan teda bukti..tak kah ini di namakan Fitnahh..adooii..

    WAKE Up Guys..

    BalasPadam
  7. Rakaman Video Memanglah Tulen...Mana Ada Rakaman Yang Tak Tulen..Tapi Pelakon Dalam Video Itu Mungkin Tak Tulen Atau Pelakon 'Camera Trick' Pelakun Pakai Topeng Mungkin Ada...Fikir Fikirkan

    BalasPadam
  8. Pak Teh ni letihlah... VK Linggam bukan kes yang jika ditayang menjadi kesalahan di dalam akta....lainlah jika VK Linggam berbogel. Ini masalahnya menayangkan video lucah, menjadi kesalahan di dalam perlembagaan.

    UMNO ni tak habis-habis... yang dia reti BERSUMPAH, BERSUMPAH, BERSUMPAH. Come onlah, jangan ikut perangai orang kafir, bersumpah pada suatu yang tidak tepat.... Sepol bukan bini DSAI, pelacur tu pun bukan bini dia - dia nak bersumpah macam mana?

    Lainlah kalau contohnya Najib (bukan PM UMNO)mencurigai isterinya Rosmah (bukan FLOM) berbuat sesuatu yang curang melalui keadaan bilik tidur seperti orang yang melakukan penzinaan selain beberapa perlakuan Rosmah yang mencurigakan. Namun Rosmah bermati-matian menafikan bahawa dia curang. Oleh yang demikian, Najib bolehlah bersumpah laknat di depan hakim menyatakan kebenarannya, dan begitu juga Rosmah turut bersumpah laknat menafikannya. Kemudian kedua-duanya akan bercerai, jika tidak salah tidak boleh dirujuk selama-lamanya. Kemudian tunggulah balasan Allah.

    BalasPadam
  9. KPN juga main politik.......yang penting isu ini sentiasa diperkatakan dalam media. Media pula kena highlight perkataan "mirip ketua pembangkan".

    BalasPadam
  10. lawak april fool.....satu malaya terkena

    BalasPadam
  11. Ades,,, manusia manaa la dok men men APRIL FOOL ari ni,,,?? Adaa ka dalam agama surO kita 'FOOL'-'FOOL' sesama kita,,?? Ni mesti manusia yg tak belaja agama dan tak belaja sejarah. Dalam sejarah ISLAM,, 1 APRIL ialah tanggal hari kejatuhan 1 kerajaan islam(di zaman silam) kerana di tipu oleh org bukan islam. Kisah selanjutnya silaa lah buat rujukan. Terima kasih, Wassalam...

    BalasPadam
  12. Benar.....itulah video tulen..video porno, video lucah asalnya... yang dilakunkan oleh para porno........ iatwlah dipergunakan bagi menjertat Anwar Ibrahim....dengan mengeditkan sedikit imbasan Anwar...imbasan sepertri yang telah saya perkatakan dari awal lagi......mereka telah mengeditkan sedikit imbasan anwar itulah sebabnya ianya hitam putih.!!!!

    BalasPadam
  13. Dalam Islam tak ada April Fool. Tapi di Malaysia ada say foaol untuk meperbodohkan rakyat. Itu agenda Tuanku Rosmah.

    BalasPadam
  14. Kenyataan KPN yg berniat jahat, benarlah video tersebut tulin ttp takkanlah untuk mengenal pasti pelakunnya memerlukan masa yg lama.....fikir2 kanlah wahai rakyat M'sia...kita tumbangkan kera jaan BN dlm PRU 13 nanti...insyaAllah

    BalasPadam
  15. video tulen pelakon UMNO, perakam UMNO, penyiasat UMNO, yang jatuh hukum UMNO

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.