Eskay buat sumpah laknat dengan pakaian kalis peluru
KUALA LUMPUR, 29 April — Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks — di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul sekitar 4 petang ini — selepas dibatalkan dua jam sebelum itu ekoran kekecohan.
Shazryl Eskay Abdullah (tengah) melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks dengan ditemani Abdul Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim (kanan). — Foto oleh Choo Choy May
“Datuk T” itu menyempurnakan niatnya dengan mengenakan baju kalis peluru kira-kira 4.15 petang.
Turut hadir dua lagi “Datuk T”, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.
Dua rakannya itu juga memakai baju kalis peluru, dipercayai bimbang diserang ekoran kekecohan selepas solat Jumaat tadi.
Sebaik sahaja berada dalam ruang solat, ketiga-tiga “Datuk T” menunaikan solat sunat sebelum melakukan sumpah laknat.
Mereka yang turut memakai baju kalis peluru, dipercayai bimbang diserang penyokong Pakatan Rakyat yang turut berada dalam upacara itu tiba di Masjid Amru al-As pada pukul 4.10 petang sebelum meninggalkan masjid kira-kira 4.25 petang, sebaik sahaja upacara itu selesai.
Kesemua mereka bagaimanapun tidak memberikan komen ekoran nasihat polis yang meminta mereka beredar.
Sumpah yang dibacakan Shazryl berbunyi:
“A’uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahma nirrahim (diucap tiga kali), Wallahi, Wabillahi, Watallah. Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: ‘A’uzubillahi minal syaitanirrajim, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut’.”
“Sekiranya aku berlaku fitnah maka Allah akan melaknat akanku,” kata Shazryl ketika melafazkan sumpah laknat itu dengan memegang al-Quran.
Bagaimanapun proses tersebut sedikit terganggung dengan kehadiran seorang individu dipercayai penyokong Pakatan Rakyat yang menyamar sebagai imam masjid.
Individu itu meminta agar Shazryl tidak melakukan sumpah laknat itu.
“Proses angkat sumpah ini tiada dalam syariat Islam, apa yang ada proses sumpah yang membabitkan pasangan suami isteri sahaja.
“Jadi proses ini tidak ada dalam syariat Islam, jadi anda pilihlah,” kata individu itu sebelum diminta agar beredar oleh polis.
Sebaik sahaja proses itu selesai, ketiga-tiga “Datuk T” itu bergegas meninggalkan Masjid Amru al-As dengan dikejar penyokong Pakatan Rakyat yang mengecam tindakan itu.
“Tolak, tolak, tolak fitnah... ia satu fitnah... ia fitnah... kenapa tidak dikenakan tindakan qazaf? Kenapa dibenarkan mereka melakukan sumpah laknat?
“Kenapa Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) dan polis membenarkan perkara ini berlaku? Mengapa melindung orang yang buat fitnah,” kata penyokong Pakatan Rakyat itu dipercayaai ahli PKR.
Bagaimanapun, mereka kemudiannya dibawa keluar dari ruang solat masjid itu oleh anggota polis.
Turut hadir menyaksikan upacara itu Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin, timbalannya Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan naib ketua Azmizam Zaman Huri.
Sepanjang proses itu berjalan, polis mengawal ketat keselamatan kerana dikhuatiri bimbang insiden yang tidak diingini.
Terdahulu, Masjid Amru al-As yang dipilih Shazryl untuk melakukan sumpah laknat, bertukar menjadi kecoh ekoran tindakan sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat membantah tindakan “Datuk T” itu.
Sejurus selepas solat Jumaat, mereka melaungkan takbir dan mendesak Jawi mengambil tindakan qazaf terhadap “Datuk T” sebelum membenarkan sumpah laknat dilakukan.
Bagaimanapun ketika protes itu, dipercayai dilakukan oleh berpuluh-puluh orang, Shazryl tidak berada di masjid tersebut. -TMI
Ulasan GB
Mengikut Ustadz yang memberikan tazkirah sebelum upacara sumpah laknat oleh Eskay:
1) Eskay ditegur kerana pegang Al-Quran terbalik.
2) Sumpah untuk menuduh orang lain berzina, tidak ada dalam hukum syarak Islam, tetapi jika nak juga bersumpah maka ia pilihan sendiri
3) Orang yang menuduh orang lain berzina (tanpa mendatangkan saksi) hendaklah disebat sebanyak 80 sebatan, kesaksian tidak diterima selama-lamanya dan jadilah penuduh orang yang fasik.
Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik.” (Surah an-Nur:4)
Terus terang GB katakan juga di sini, dengan melihat dan mendengar lafaz Eskay itu, kita boleh meragui samada beliau mengucap syahadah dengan betul, belum lagi jika disuruh membaca Al-Quran yang beliau pegang dan cium itu.
Dan kaedah sumpah yang dilakukan (memmegang Al-Quran) bukan di dalam peraturan syarak.
Persoalan kini juga, siapa bekalkan baju kalis peluru kepada 3 orang Datuk T ini jika bukan pihak polis?
Dan dari video itu juga dapat disaksikan para polis seperti menjadi orang suruhan kepada ketiga-tiga orang Datuk T ini.
Itulah tahap dan darjat PDRM yang ada kini!

samalah puak2 umno tu, termasuk blogger umno, papagomo ker parpukari ker, atau mana-mana pencacai umno, termasuk polis sekali, suruh mereka baca quran.... hancussss!
BalasPadamsaya dah sampai speechless...
BalasPadamtak tau nak komen cemane lagi dah...
takde kalimah dah nak diucap betapa lahanatnya puak2 pmfitnah nih...
ha ha..munafik bertemu fasik buat sumpah laknak atas diri sendiri krn DUNIA
BalasPadamEskey baca bismillahpun tak betul. Dia lafaz bismillanirrahmannirrahim. Bangang betul dia. Tupun nak kata kat Anwar. Desperate sangatkah UMNOPORNO
BalasPadamdia sumpah dia pelakaon filem lucah?
BalasPadammanusia2 yg durjana... mungkin dia rasa ada org yg akan melindungi dia.. tapi dia tak tau... di dalam kubor nanti dia bakal kehilangan kawan2.. yg akan menjadi kawan dia ialah ular2 dan cacing2 masa tu nanti.. tak siapa pun akan tolong menyelamatkan dia dari azab Allah...
BalasPadamboleh percaya sumpah orang fasiq?
BalasPadamkita tunggu dia sumpah najib dan rosmah orang alim pula?
BalasPadamkalau penyamun bersumpah imam masjid negara samun dia adakah kita percaya?
BalasPadamTak guna cakap mcm mana pun pd org2 seperti tu. Mereka dah tak takut pd Allah, apatah lg pd manusia. Yg penting matlamat mesti dicapai
BalasPadamMana muftix dan alim ulama' 1Malaysia?Guru agama tersebut telah terangkan dengan sejelasxnya pada
BalasPadam3 ekor tu tentang hukum sumpah ini
tapi 3 ekor ni nampak sangat jahil
tentang islam.Apakah mufti dan ulama'
1malaysia nak umat islam kita keliru
dengan tindakan 3 ekor ini?Perhatikan
bagaimana RTC menyambut AL QURAN
dengan tangan kiri.
YA ALLAH YA TUHANKU SUNGGUHNYA KAU MAHA ADIL DAN SAKSAMA, KAU BERILAH PERMOHONAN MEREKA INI DENGAN SEGERA ....KAU TUNJUKKANLAH KEBENARAN KEPADA MEREKA...KAU TAMATKAN KES FITNAH INI SEBELUM KAMI BERPECAH...YA ALLAH JANGANLAH KAU HUKUM KAMI YANG LEMAH INI......AMIN
BalasPadamFree Anwar Ibrahim From Slanders Groups
ni spesis sesumpah..,kusyuk ke solat sunat tu..,solat asar xtunggu pun,camne gamaknye
BalasPadamAl-Quran hanya diguna oleh golongan fasik dan munafik untuk bersumpah saja!!
BalasPadamHanya orang jahil guna Qur'an untuk kepentingan politik.
BalasPadamsaya rasa pelik laa sebutan(perkataan bahasa arab) datuk eskay tu.....macam muallaf baru masuk islam
BalasPadamDengan isu kekecohan dan kekeliruan hukum Agama Islam yang berleluasa ini di manakah suara Sang Payung Agama di atas takhta sana.
BalasPadamMasih lena dengan china doll atau masih mabok arak yang belum pulih.
Negara sedang dihidangkan dengan racun fitnah yang boleh membunuh umat Islam...malang sekali..Sang Payung Agama masih berkhayal.
ni la kerja org2 munafik!..jahil agama
BalasPadamIni adalah strategi perang saraf. Mereka peralatkan sumpah laknat kerana mereka percaya bahawa ramai penganut islam amat percaya bahawa orang yang berani sumpah laknat adalah orang yang berada dipihak yang benar.
BalasPadamDulu Saiful Bukhari yang disaksikan oleh bapanya begitu yakin melakukan sumpah laknat kononnya dia telah diliwat.
Hasil dari sumpah laknat itu dia mendapat simpati hampir seluruh umat islam dalam Malaysia.
Tapi hasil perbicaraan dalam mahkamah pula kita dapati percanggahan fakta dan bukti untuk menuduh seseorang bersalah menimbulkan pelbagai keraguan.
Pemimpin politik pro pemerintah juga melihat orang melayu yang beragama islam amat takut bersumpah laknat jika mereka bersalah. Takut terkena laknat dari Allah.
Apatah lagi kalau seseorang itu amat taksub terhadap undang-undang ajaran islam. Itu pasalnya mereka mencabar pihak lawannya untuk bersumpah sama.
Saiful Bukhari tetap kelihat ceria tidak ditimpa apa-apa musibah dari Allah kalau pun dia dilihat dengan jelas mencipta fitnah.
Ini membuatkan sumpah laknat adalah cara yang terbaik untuk menipu orang islam seperti mana yang dilakukan oleh kumpulan Datuk T.
Mereka amat yakin sama ada membuat sumpah laknat atau pijak alquran sekali pun tidak akan mendatangkan apa-apa kesan keatas mereka.
Mengapa mereka berani ? Apakah Allah tuhan orang islam itu buta, pekak, bisu dan bangang ? Sama-sama kita tunggu kesannya dalam masa 3 minggu bermula dari sekarang.
Mana nak pinjam baju kalis peluru? Boleh pinjam dari polis kah?
BalasPadamanwar beranie ker pegang Al-Quran cakap dier xbersalah...aper susah...
BalasPadamHanya orang munafik saja yang berani bersumpah dusta. Persoalan Anwar berani bersumpah atau tidak, tidak timbul. Beliau mendapat tunjukajar dari ulama tersohor yang melarangnya berbuat demikian kerana dikhuatiri mencemar kemuliaan Al Quran itu sendiri.Sama ada Anwar benar atau Eskay benar, Al Quran telah dijadikan alat demi sebuah cita2 politik. Ini sangat menyedihkan dan menghina kitab suci itu. Tidak ada walau satu nas menghendaki sesiapa jua bersumpah dengan memegang Al Quran. Jangan jadi jahil dalam soal agama.
BalasPadam