23 Apr 2011

Utusan Huru-harakan UMNO Dengan 1Melayu 1Bumi

1Melayu, 1Bumi tidak baik untuk negara, kata Dr M

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, idea gerakan "1Melayu, 1Bumi" yang dicadangkan oleh Utusan Malaysia dan disokong Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan adalah tidak baik untuk negara.

"Saya harap ia tidak berlaku.... Jika kita laksanakan juga, akan terdapat sistem dua parti dalam politik... jika satu dikuasai oleh Melayu dan satu lagi oleh Cina, ia akan membawa mala petaka kepada negara," katanya dipetik Bernama selepas melancarkan Perdana Global Peace Foundation dan Jelajah Keamanan 2011 di Kuala Lumpur hari ini.

Utusan Malaysia Rabu lalu menerusi Timbalan Ketua Pengarangnya, Datuk Zaini Hassan mencabar kerajaan supaya melancarkan gagasan 1Melayu 1Bumi untuk menyelamatkan masyarakat Melayu daripada ditindas masyarakat Cina.

“Apa yang Umno harus lakukan sekarang, di masa yang amat terdesak sekarang, ialah melancarkan gelombang perpaduan bangsa – 1 Melayu, 1 Bumi.

NONE“Tiada makna adanya 1 Malaysia, jika orang Melayu sendiri pun berpecah,” tulis Zaini.

Kemelut itu bertambah kusut apabila PERKASA semalam mengumumkan gerakan "1Melayu, 1Bumi" akan menjadi sebahagian daripada "Perhimpunan Melayu" yang akan diadakan pada 30 April ini di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar.

PERKASA cawangan Sarawak juga pada Rabu lalu mendesak kerajaan BN supaya jangan keterlaluan melayan tuntutan kaum Cina yang didakwanya sanggup “membalas susu dengan tuba”.

Dr Mahathir turut menasihatkan rakyat untuk memikirkannya secara mendalam mengenai sistem politik perkauman dan menegaskan bahawa ia akan menjadi mala petaka kepada negara jika berlaku. -mk

Ulasan GB

UMNO berantakan sendiri dengan idea yang dilontar Utusan dan disokong PERKASA.

TDM sendiri menganggap idea 1Melayu 1Bumi sebagai idea yang merosakkan sekaligus bakal membawa malapetaka kepada negara.

Najib menjauhkan diri dari diasosiasikan dengan idea sedemikian.

Apa lagi, tutup sajalah Utusan itu kerana memang selama ini ia akhbar yang membawa bencana kepada negara dengan fahaman perkauman sempitnya.


5 ulasan:

  1. nasib bkn pemimpin pembangkang yang cakap pasal benda ni, kalu tidak, ISA la

    BalasPadam
  2. Masing-masing nak tunjuk hebat demi cari makan.

    BalasPadam
  3. Isu perkauman sepatutnya dah selesai tahun 1990, selepas tamat DEB

    BalasPadam
  4. "Saya harap ia tidak berlaku.... Jika kita laksanakan juga, akan terdapat sistem dua parti dalam politik... jika satu dikuasai oleh Melayu dan satu lagi oleh Cina, ia akan membawa mala petaka kepada negara," katanya,Bukan Cina sahaja tetapi semua Bukan Melayu,semua bukan melayu akan bersatu untuk tumbangkan melayu..

    BalasPadam
  5. Melayu kalau mula bersuara semua orang terkecut termasuklah orang yang mengaku dirinya Meeeelayu. Malang nasib Pak Kaduk ayamnya menang kampung tergadai. Mengapa kita mesti hipokrit. Aku pernah hidup dizaman kominis.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.