16 Apr 2011

Terkini: BN Kekal Kuasa Tapi Hilang 8 Kerusi: BN 55, PR 15, Bebas 1

Keputusan rasmi: BN 55 kekal kuasa, Pakatan 15

Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006. DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching.

BN berjaya membentuk semula kerajaan dengan memperoleh majoriti mudah 36 kerusi pada pukul 9.30 malam.

BN secara rasmi memperoleh majoriti dua pertiga 48 kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak pada pukul 9.45 malam. Bagamananpun ia dianggap prestasi terburuk apabila BN hilang lapan lagi kerusi.

Kira-kira 9 malam tadi, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan BN telah memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

“SPR dengan ini mengumumkan keputusan pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10 (setakat ini), Barisan Nasional (BN) (dapat) 36, DAP lima, PKR tiga dan Bebas satu. Parti-parti lain setakat ini masih belum lagi,” katanya.

Bebas menang di Pelagus.

“Dengan ini saya isytiharkan BN memperoleh satu majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang diperuntukan dan boleh di bawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.

Limabelas kerusi Pakatan Rakyat disumbangkan oleh PKR tiga manakala DAP dua belas. PAS tidak memenangi sebarang kerusi yang ditandingi. Kerusi Pelagus dimenangi oleh George Ak Lagong yang menewaskan Stanley Nyitar dari BN yang menerima 2,903 undi manakala wakil PKR Edward Sumbang menerima 1,171 undi.

BN menang di Daro, Katibas, Bukit Saban, Jemoreng, Baleh, Beting Maro, Belaga, Batu Danau, Simunjan, Belawai, Pakan, Machan, Bawang Assan, Bukit Sari, Tebedu, Layar, Opar, Sadong Jaya, Meluan, Balai Ringin, Sebuyau, Simanggang, Semop, Ngemah, Dalat, Nangka, Tarat, Batang Air, Muara Tuang, Balingian, Pantai Damai, Engkelili, Tupong, Kalaka, Tanjung Datu, Demak Laut.

BN juga menang di Samariang, Kedup, Bekenu, Telang Usan, Asajaya, Bukit Begunan, Lambir, Bukit Kota, Jepak dan Marudi.

3 kerusi Krian, Ba'kelalan dan Batu Lintang dikuasai PKR manakala 12 kerusi lagi iaitu Pending, Batu Kawah, Repuk, Dudong, Kidurung, Meradung, Pelawan, Bukit Assek, Piasau, Kota Sentosa, Pujut, Padungan dimenangi DAP.

13 ulasan:

  1. BN kekal parti utk org2 kampung dan meLAYU hutan. Org bandar dah lama campak BN terutama umno

    BalasPadam
  2. Dah menang buat koje, jangan dok tidoq pulak. Pada KM udah-udah la bagi kat orang lain. Kasihan yang dok menunggu nak naik tu, takut-takut depa mendoakan yang tak elok aje kat KM. Lagi satu aku nak pesan, jangan dok nak melompat-lompat macam katak pulak jadi ahli politik yang sejati berkhidmat untuk rakyat tak kira parti mana anda sekarang

    BalasPadam
  3. Ini suatu kejayaan bagi PR kerana berlawan dengan BN tanpa 'pedang'. Dapat merampas 8 kerusi BN. Tahniah. Terus berjuang dan insyaallah, PR lebih berjaya.
    Memang susah nak ubah mentaliti orang Sarawak terutamanya puak asli Sarawak. Ada beza tak dgn orang Melayu semenanjung?

    BalasPadam
  4. Satu kesilapan besar.. sepatutnya Pas tak perlu bertanding.. PRK dalam 5 kerusi bolehlah bertanding yang lain bagi dekat DAP saja yang bertanding saya yakin PAKAYAN akan menang besar... tak payah berebut kerusi sedarlah siapa kita!!

    UNtuk lawan BN DAP saja yang boleh lawan kalau diSerawak dan Sabah!!!

    buatlah perubahan se3gera sebelum terlambat!!!

    BalasPadam
  5. Apa sudah jadi PAS??? Macam mana nak memerintah Malaysia tanpa berkabung dengan Pakatan Rakyat?? Imej DAP & PKR masih utuh di mata & hati rakyat Malaysia....Imej PAS????

    BalasPadam
  6. Pakatan Rakyat boleh menang leih banyak kerusi sekiranya Parti Keadilan tak tamak.Bertanding 49 kerusi,menang hanya 3 kerusi.Walau pun SNAP tak menang sebarang kerusi,namun undi pembangkang sudah pecah.Prestasi DAP jauh lebih baik.Ini suatu pengajaran kepada Parti Keadilan agar membuangkan sifat tamak bila berunding pembahagian kerusi dengan parti komponen Pakatan Rakyat.Perangai tamak ini wajar dikikis cepat agar pada PRU ke13 akan datang kesilapan dan kelemahan ini tidak berulang.BN menang bukan kerana depa kuat,tapi menang atas kelemahan dan kesilapan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.Rakyat Sarawak mahu berubah,mahu BN dijatuhkan dan sudah bosan dengan Taib Mahmud tapi perangai tamak dan sifat ego telah melemahkan Pakatan Rakyat.Kalau pemimpin Parti Keadilan tak faham dan tak mahu mengakui kelemahan ini,BN akan terus berkuasa seterusnya pada PRU ke13 akan datang.

    BalasPadam
  7. yang pkr tu rajin benar bertanding sampai 49 kerusi tu pehal??? dah hebat sangat ke? dah ramai sangat ahli ke???
    punya banyak bertanding, menang tiga je...
    macam haram!!!

    BalasPadam
  8. Betul kata cicak,sikap tamak terbukti merugikan.Persefahaman antara PR menyebabkan kekalahan terutamanya di kawasan luar bandar yang penduduknya masih lagi mengharapkan pembangunan berterasan. Untuk piliharaya yang akan datang2 diharapkan perkara ini tidak berulang terutama perebutan kerusi di antara PR.Kekalahan(secara keseluruhan)kali ini mmengajar kita tentang kelemahan yang patut ditanggani dan bukan untuk menuding jari antara satu sama lain.

    BalasPadam
  9. PKR macam konfiden boleh menang sampai memperjudikan peluang orang lain.SNAP pun 2x5,dah tahu tak laku jangan lah terhegeh-hegeh nak bertanding.Pilihanraya yang akan datang tak kira Parlimen maupun Negori..Parti SNAP tak payah ikut bertanding,kacau daun.Kalau nak bertanding juga kena minta maaf dulu dgn PR dan bertaubat.Sama juga la dgn calon bebas,kaya sangat sampai ramai yg hilang wang cengkeram..Kalau parti tak mencalonkan tak payah keluar parti dan stand sebagai calon bebas.Pucuk pimpinan parti tahu kelemahan dan peluang memenangi kerusi sesuatu kawasan.Lihat sendiri apa berlaku pada BN dan juga DAP.Muka tak famous(BN) pun boleh menang..umur semuda 27 thn (DAP) blh menang.

    BalasPadam
  10. susah nak komen PRN swk kerna pelbagai kaum dan etnik d swk, percaturan PKR DAP PAS adalah tepat tp tak mengena. beda dgn semenanjung cuma ada 3 bangsa yg mejoriti. sbb utama BN menang adalah PM bantu habisan smpai ke ulu kpg dan sanggup gadai nyawa naik heli dgn angin cyclon yg tak menentu.
    insaAllah akan dtg mgkin PR byk menang kerusi sbb rakyat dah kenal PR dan bukan asing lagi. Blog n anti BN byk bantu PR bg info semasa dan org swk dah celik media bkn zaman dulu. dr segi keseluruhan peningkat undi PR dah bertambah, cth ulu Bario yg tak pernah ada bendera keADILan tp kini terpacak megah..

    BalasPadam
  11. Perhargaan buat semua yg terlibat dgn pilihanraya negeri Sarawak..especially blogger2 yang bertungkus lumus update news dr sana.
    Tidak dinafikan banyak news cuma dr kawasan2 besar (bandar) dan keputusan memang jelas kita menang.TAPI...kita masih jauh kebelakang di kawasan2 luar bandar..walaupun undi ada yang meningkat tp dr segi "promosi" kawasan tersebut kurang..
    Harap kita ambil iktibar bagi menghadapi PRU akan dtg. insyaAllah

    BalasPadam
  12. Jika PAS tak bertanding macamana pimpinan PAS nak masuk ke Sarawak. sudah tentu Tok Guru NA dan AH tak dapat masuk ke sana. Inilah yang dikatakan jangka panjang. Dah ada hampir 10ribu penyokong walaupun tak menang. Inilah siasah. Tak kan nak biar PKR dan DAP sahaja kempen PR di sana. Tamak tak timbul, yang pasti mesej dapat di sampaikan walaupun tak semua orang sarawak dapat dengar.

    BalasPadam
  13. Nama pun bertanding. Jika tak dapat.. cari jalan bagaimana nak dapatkan target. Bukan komen melagakan PR. Bukan senang nak jelajah bumi Sarawak yang luas, bersungai dan jalanrayanya pun sekerat-kerat tak bersambung antara bandar-bandar utama. BN ada TV dan mereka arahkan jangan siarkan gambar ceramah PR di siarkan,,,nanti orang sarawak kat lain nampak...terpengaruh....walaupun gambar tu orang 'bisu' ceramah. sekarang ni kena cari jalan macamana nak tambah lagi 10kerusi atau lebih. Memanglah agak sukar di Sarawak nak kempen waktu yang terhad yang dibenarkan oleh SPR. Jika dia buat lama sikit... kena desak SPR. Pemimpin PR tak dapat pi semua tempat. OLeh itu calon PR kena mula dari sekarang walaupun tewas.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.