2 Apr 2011

RON97 Naik 20 Sen, Rakyat Sarawak Jadi Harapan Rakyat Seluruh Negara Tolak BN

Retaling Jaya: Harga petrol RON 97 sekali lagi dinaikkan dan kali ini sebanyak 20 sen - menjadikan harganya RM2.70 seliter sbermula hari ini.

Harga RON97 sekarang ialah RM2.50 seliter.

Kali terakhir ia dinaikkan ialah pada 4 Januari lalu iaitu sebanyak 10 sen. Sebelum itu ia telah pun mengalami kenaikan iaitu sebanyak 15 sen pada 1 Disember tahun lalu -menjadikan harganya mencecah paras RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari.

Bagaimanapun, harga minyak petrol RON 95 kekal pada paras RM1.90 seliter.

RON97 kini tidak lagi dikawal oleh kerajaan dan diapungkan mengikut harga pasaran. Walaupun ia tidak lagi di bawah kawalan kerajaan, namun kerajaan masih memberi subsidi antara 17 sen hingga 18 sen seliter.

Semalam (Khamis) dalam pertemuan dengan pengarang-pengarang kanan media, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak berhasrat menaikkan harga petrol RON95 pada waktu terdekat ini walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.

Katanya, tahun lalu sahaja jumlah subsidi yang ditanggung oleh kerajaan untuk petrol dan diesel sahaja mencecah RM7.61 bilion.

Untuk tahun ini katanya, jumlah itu dianggarkan mencecah RM10 bilion dan mungkin akan naik kepada RM14 bilion seandainya kerajaan pertahankan harga RON95 pada paras sekarang untuk tempoh sepanjang tahun.

Ulasan GB

Sekalipun dikatakan kerajaan tidak berhasrat menaikkan harga petrol RON95 pada waktu terdekat ini, tetapi diramalkan petrol RON95 akan dinaikkan jika BN memenangi pilihanraya Sarawak nanti.

Ini berdasarkan kepada beberapa siri kenaikan harga minyak dimana kerajaan hanya menangguhkan sementara kenaikan minyak RON95 sebelum pilihanraya tetapi akan menaikkannya sebaik saja BN memenangina.

Justeru itu, rakyat Sarawak adalah harapan rakyat seluruh Malaysia supaya memmpastikan kerajaan BN ditolak bagi menghalang kerajaan terus bertindak untuk menaikkan harga minyak.

4 ulasan:

  1. alah! 20 posen pun kecoh kat singapork lagi mahal. apsal tak naik sehengget ker? cepat seket bn turun.

    BalasPadam
  2. Tahniah pengundi BN,rakyat merana bila undi BN

    BalasPadam
  3. Dulu naik habaq juga, la i naik ikut dan aja. Dasar penyamun, dok habaq ekonomi meningkat tapi mentahkedarah duit rakyat. Kalau rakyat Malaysia dok sokong puak ni, memang bangang dan bahlul. Macam lembu yang boleh dicucuk hidung.
    Malaysia Boleh.
    Oh, lupa AKU ak ingatkan. Minyak kena naik harga, kalau tidak, siapa yang bayar pelakon filem lucah, producer dan penyuntingnya sekali serta pelakon-pelakon (salah seorang AG Polis)

    BalasPadam
  4. umno nie memang HARAMJADAH...nak mampus tak lama lagi.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.