Shah Alam: Polis tidak lagi menjalankan tugas secara bersembunyi dalam operasi melibatkan lalu lintas, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar.
"Kita tidak lagi menyorok balik tiang, kita saman terus dan kalau sudah kena saman jangan lupa bayar," katanya ketika mengadakan sesi dialog dengan 1,000 belia India pada Majlis Sehari Bersama Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini Sabtu.
Khalid membuat kenyataan itu apabila seorang peserta dialog mengutarakan mengenai kekerapan kehadiran polis di jalan raya sejak kebelakangan ini menyebabkan pemandu lebih berdisiplin berbanding sebelum ini di mana ada anggota polis yang menyorok di hujung jalan dan kemudian keluar dari persembunyian dan menahan pesalah trafik.
Khalid kemudian memberitahu sidang media bahawa kehadiran anggota polis secara ketara dalam operasi lalu lintas telah dimulakan tidak berapa lama dahulu.
"Jangan terkejut bila kena saman...kita tidak seharusnya menyorok, kita akan keluar dan menguatkuasakan undang-undang," katanya.
Selain daripada peningkatan kehadiran polis bagi meningkatkan disiplin pemandu, pemandu juga diingatkan bahawa polis juga menggunakan kamera dan beberapa alat lain untuk mengesan kesalahan mereka, katanya.
Mengenai usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) membanteras gejala samseng di kalangan masyarakat India di Selangor, Khalid berkata selain didakwa di mahkamah, polis juga melakukan tindakan pencegahan.
"Tahun lepas 300 orang telah kita tahan di bawah undang-undang pencegahan, tindakan terhadap gangsterism dibuat secara berterusan itu sebab tidak ada kumpulan kartel jenayah atau mafia yang berkuasa di negara ini," katanya.
Khalid juga berkata PDRM tidak lagi melihat belia dan persatuan belia sebagai pelanggan sebaliknya melihat belia sebagai rakan dan persatuan belia sebagai rakan kongsi.
Liputan media terhadap isu negatif yang melibatkan golongan belia seperti rempit, buang bayi, pergaulan bebas, penagihan dadah dan pil-pil khayal semakin menguatkan perasaan kurang senang masyarakat terhadap belia kita pada hari ini tetapi persepsi negatif ini perlu diperbetulkan, katanya. - BERNAMA
Ulasan GB
Sepatutnya sudah lama polis trafik melakukan kerja secara profesyenal.
Apa yang berlaku sebelum ini polis bersembunyi di celah tiang, dalam longkang, di celah pokok untuk melakukan apa yang dikenali sebagai "saman ekor" yang mana sekalipun kaedah itu dikatakan untuk mengurangkan kenderaan dipandu laju melebihi had, namun ia tidak pun berkesan.
Malah ia lebih dilihat oleh rakyat, polis sengaja melakukan demikian untuk mencari duit... melalui saman-saman ekor yang mereka keluarkan sehingga berjuta-juta ringgit banyaknya sedangkan kadar kemalangan jalanraya terus meningkat.
Dengan itu juga rakyat menuntut agar semua saman ekor yang dikenakan ke atas rakyat sebelum ini dihapuskan kerana ia menyalahi undang-undang.
GB telah mengulas sebelum ini. Petikan:
bawa berjuta-juta rakyat yang tak bayar saman ekor ke mahkamah kerana mahkamah yang berhak menentukan samada tindakan polis berkenaan betul atau salah.
Kita perlu hentikan salahlaku pihak polis dan JPJ yang menyenaraihitam pemandu kerana mahkamah telah membuat keputusan di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280 yang telah memutuskan bahawa tindakan JPJ menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan di bawah Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987) tanpa siasatan dan alasan yang wajar adalah salah di sisi undang-undang dan bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Malaysia.

duit aku yang bayar saman ekor pada kerajaaan UMNO baru baru ini, minta kerajaaan UMNO bayar bailk pada aku, kalau nak UNDI dari aku.. kalau UMNO tidak bayar balik duit itu aku seru pada semua rakyat Malaysia yang kena saman ekor tu JANGAN LAGI undi PARTI Barisan National (BN)yang sentiasa menipu rakyat dan memeras rakyat dengan cara paksa.
BalasPadamSyabas Dato Khalid.
BalasPadamhapuskan saman ekor, hapuskan BN, kalau BN terhapus automatik saman ekor terhapus
BalasPadam