5 Apr 2011

Pelatih Polis Diserang Virus Adeno, Tutup PUSASDA & Tamatkan Latihan Gelombang Biru!

Port Dickson - Kementerian Pertahanan semalam mengesahkan beberapa pelatih konstabel polis di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di Teluk Kemang di sini disyaki dijangkiti tiga virus berlainan iaitu Adenovirus, Influenza A (H1N1) dan Leptospirosis.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, seramai 10 pelatih di Pusat Latihan Polis Port Dickson yang menjalani latihan di Pusasda itu disyaki dijangkiti virus berkenaan.

"Daripada jumlah itu seramai tiga pelatih konstabel polis disahkan positif dijangkiti Adenovirus, seorang positif Leptospirosis dan empat lagi pelatih positif H1N1.

"Lima orang lagi perajurit muda tentera pula mengalami demam kerana suhu badan melebihi suhu 38 darjah celcius," katanya ketika melakukan lawatan mengejut ke pusat latihan berkenaan semalam.

Menurut Ahmad Zahid, wabak terbabit mula dikesan pada 30 Mac lalu apabila seramai 38 orang pelatih di pusat latihan itu jatuh sakit sebelum dirujuk ke Hospital Port Dickson (HPD).

"Kelmarin selepas ujian saringan awal dilakukan pihak hospital mengesahkan bahawa lapan pelatih berkenaan disahkan dijangkiti tiga virus terbabit.

"Semua mereka yang disyaki dijangkiti virus berkenaan kini dirawat di HPD menakala para pelatih yang menunjukkan tanda-tanda dijangkiti pula diasingkan di satu blok khas," ujarnya.

Jelasnya, ekoran masalah virus itu, para pelatih di pusat latihan berkenaan diberi cuti selama tiga hari bermula semalam manakala latihan untuk pelatih perajurit muda diteruskan. -kosmo


11 pelatih PULAPOL Port Dickson dijangkiti Adenovirus, H1N1

PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini mengesahkan 11 pelatih PULAPOL Port Dickson, Negari Sembilan dimasukan ke wad Hospital Port Dickson akibat jangkitan Adenovirus dan H1N1, sejak 31 Mac lalu.

Bercakap pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan kementerian itu di sini, beliau berkata 93 pelatih lagi diletakkan di bawah pengasingan di kem terbabit. -BH


Ulasan GB

Adenovirus telah menyebabkan kematian tiga orang pelatih PULAPOL bulan lalu.

Kini 11 pelatih lagi di Pusat Latihan Polis Port Dickson dilaporkan terkena jangkitan pelbagai virus sempena menjalani latihan "Gelombang Biru" yang hendak membantu kempen BN di Sarawak.

Sepatutnya, Pusasda ditutup, dan latihan dihentikan serta-merta untuk mengelakkan jangkitan terus berlaku. Tetapi nampaknya kerajaan teruskan juga latihan itu demi PRN Sarawak.

Nyawa para pelatih dijadikan taruhan menanggung risiko bagi meneruskan program Gelombang Biru.

Ulasan GB yang berkaitan sebelum ini:

Gelombang Biru: ATM Rela Jadi Kuda Tunggangan UMNO BN

4 ulasan:

  1. Allah taala telah menurunkan tentera kecilNya iaitu virus yang sangat kecil tapi boleh membawa maut... untuk membantutkan usaha BN dari terus menggunakan taktik kotor

    BalasPadam
  2. tentera allah akan menumpaskan BN,insyaallah

    BalasPadam
  3. kesian depa ni. orang lain yang buat kerja najis dan jelek, depa yang kena bencana pula. mana menteri dalam negeri yang bertanggungjawab tu?

    BalasPadam
  4. Peringatan Dari ALLAH....

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.