21 Apr 2011

Mati Ditikam Kerana Rakam Dan Edar Aksi Seks Jiran

Tikam mati jiran sebar aksi seks

SANDAKAN: Tindakan seorang lelaki merakam aksi hubungan seks jirannya dengan telefon bimbit dan menunjukkannya kepada anak pasangan terbabit serta jiran membawa padah apabila dia ditikam lapan kali hingga menemui ajal oleh tetangganya itu. Gambar hiasan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 malam kelmarin di Kampung Bukit, Jalan Batu 2 1/2, di sini, dan mangsa yang dikenali sebagai La Kampo, 47, mati dalam keadaan ngeri akibat enam tikaman di perut serta dua di lengan.

Difahamkan, pada kira-kira jam 12 tengah hari sebelum kejadian, La lalu di tepi rumah suspek dan ternampak dia melakukan hubungan seks dengan isterinya.

La mencuri rakam aksi itu menggunakan telefon bimbit.

Pada kira-kira jam 7 malam, La yang tinggal tidak jauh dari situ, pergi ke rumah suspek dan menunjukkan rakaman video seks berkenaan kepada anak lelaki suspek yang berusia 17 tahun.

Suspek berusia 44 tahun yang ketika itu berada dalam bilik menyedari perbuatan La, lalu segera keluar untuk menemuinya, namun La beredar.

8 ulasan:

  1. dahsyat...takde keje cari penyakit

    BalasPadam
  2. "La mencuri rakam aksi itu menggunakan telefon bimbit."

    "menunjukkan rakaman video seks berkenaan kepada anak lelaki suspek"

    Kesalahan:
    1. Mencuri rakam...
    2. Menunjukkan rakaman...

    Balasan kesalahan:
    "ditikam lapan kali hingga menemui ajal"

    Ring any bell????

    she

    BalasPadam
  3. pasangan itu melakukan aktiviti yang halal...

    Tapi kenapalah buat kerja tak da otak.... menghendap rumah orang
    apa nak jawab di SANA!!!!

    BalasPadam
  4. memang mati hukuman paling sesuai...

    BalasPadam
  5. Inilah contoh sebagai rakyat yang dengar kata kerajaannya.

    Kumpulam datuk t telah merakamkan dan menayangkan video lucah kepada wartawan dengan tujuan naikkan berahi dan tunjuk aib....

    Kini seorang lelaki di Sandakan meniru perangai yang ditunjukkan oleh kerajaan melalui datuk t dengan perbuatan yang sama iaitu merakam aksi hubungan seks jirannya dengan telefon bimbit dan menunjukkannya kepada anak pasangan terbabit... sama... hebatkan ?

    Inilah hasil pengajaran dari kerajaan pimpin Mohd. Najib.

    Masih nak sokong calon dari UMNO Baru jadi wakil rakyat dalam pilihanraya ke 13 ?

    BalasPadam
  6. mati x sempat nak buat tayangan kat carcosa...

    BalasPadam
  7. dato t pun patut kena macam tu juga

    BalasPadam
  8. Pertanyaan dan kemusykilan aku kepada GB..
    Para pekerja di media pecaci kerajaan UBN itu tak dianggap berdosakah pekerjaan mereka melibatkan penyebaran sesuatu yang belum jelas dan berkemungkinan menjadi fitnah dan keaipan orang dengan penuh gaya dan kesungguhan untuk mempengaruhi penonton..?? Tak dekah fatwa 'mufti' 1 Malayisa' berkaitan perbuatan sedemikian. Tak bolehkah dikiaskan dengan hukum berkaitan arak..!!??

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.