22 Apr 2011

Kes Sarbani: Keluarga Dakwa Polis Macam Nak Sorokkan Sesuatu

Kes Sarbaini: Keluarga tak puas hati, nak tahu ‘kisah sebenar’

KUALA LUMPUR, 22 April — Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed tidak berpuas hati dengan hasil siasatan polis sambil mendakwa ia tidak dibuat secara menyeluruh untuk mengetahui sebab-sebab kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu.

Gambar: Keluarga Ahmad Sarbaini tidak puas hati dengan hasil siasatan polis. — Foto oleh Jack Ooi

Sebaliknya, ketika dihubungi The Malaysian Insider, sumber yang rapat dengan keluarga Ahmad Sarbaini berkata pihaknya mempersoalkan hasil siasatan polis kerana ia tidak dibuat secara menyeluruh selain nampaknya mahu “menyembunyikan” sesuatu daripada diketahui umum.

“Keluarga mempersoalkan kenapa hasil siasatan tidak begitu menyeluruh, macam nak sorokkan sesuatu... bila sudah jadi macam ini, cuba pula nak sorokkan sesuatu.

“Kami sekeluarga tertanya-tanya adakah cerita ini akan habis begini sahaja, kami memang tidak berpuas hati dengan hasil siasatan dan kami tetap nak tahu apa yang terjadi, kami nak tahu kisah sebenar,”
katanya.

Kata sumber itu, keluarga Ahmad Sarbaini sedia maklum punca kematian adalah jatuh dari bahagian tinggi tetapi apa yang dipersoalkan adalah bagaimana dia boleh jatuh sehingga membawa kepada kematian bapa lima anak itu.

“Kami sekeluarga tetap mempersoalkannya, siasatan macam tak begitu menyeluruh... kami memang tahu Allahyarham jatuh dari tempat tinggi tapi atas sebab apa dia jatuh? Sebab apa dia mati, sebab apa yang saya tahu kebiasaannya kalau jatuh dari tingkat tiga dia mungkin hanya akan patah-patah sahaja tapi ini sampai mati (meninggal dunia) pula.

“Sebab itu kami nak tahu apa yang terjadi, sebab apa dia jatuh? Adakah benar dia jatuh dari tingkat tiga dengan sindiri atau ditolak dari atas?

“Kami nak tahu semuanya, kami memang tidak puas hati dan kami nak tahu cerita yang sebenarnya,” tambah sumber itu.

Ditanya mengenai kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan kelalaian serta mahu membersihkan dakwaan kononnya Ahmad Sarbaini membunuh diri sebagaimana dikatakan sebelum ini, sumber itu berkata, ia akan dibincangan bersama keluarga terdekat.

“Kami akan bincangkan dulu perkara ini, nanti akan dimaklumkan kemudian,” jawabnya ringkas.

Semalam polis berkata kematian Ahmad Sarbaini disebabkan kecederaan pada bahagian kepala selepas jatuh daripada bahagian tinggi bangunan SPRM.

Justeru kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah, kini terserah kepada Peguam Negara untuk menentukan tindakan susulan.

“(Dengan ini) saya minta semua spekulasi dihentikan kerana siasatan sudah dilengkapkan.

“Kertas siasatan akan dihantar kepada Pejabat Peguam Negeri minggu ini atau paling lewat minggu depan,” katanya.

Kata beliau, siasatan menunjukkan ia adalah kematian mengejut dan tiada elemen jenayah terlibat buat masa sekarang.

Zulkifli juga berkata punca kematian ditentukan selepas siasatan terperinci membabitkan pelbagai pihak termasuk polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Jabatan Kimia.

Minggu lalu, keluarga Ahmad Sarbaini memberitahu The Malaysian Insider bahawa berkemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM jika hasil siasatan polis tidak memihak keluarga pegawai kastam itu.

Ahmad Sarbaini ditemui mati di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan 6 April lalu.

Dia merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B kendalian SPRM dan beberapa agensi kerajaan yang lain.

Kematian Ahmad Sarbaini merupakan kejadian kedua dalam dua tahun ini membabitkan premis SPRM. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor pada Julai 2009, masih disiasat oleh suruhanjaya diraja. -TMI

Ulasan GB

Baru sebentar tadi GB mengulas mengenai isu ini. Petikan:


Ia memang sudah dijangka dan polis sejak dari hari pertama kejadian "sudah pun" membuat rumusan sedemikian.

Laporan yang dikatakan telah lengkap itu sebenarnya tidak lengkap. Tidak komprehensif. Ia mengulangi siasatan polis di dalam kes Teoh Beng Hock.

Ahmad Sarbani dikatakan "mati kemalangan". Tergantung. Kemalangan disebabkan apa? Tanpa sebab?

Apakah kerana tergelincir? Terjun sendiri? Ditolak? Dicampak? Itu semua kena ada di dalam kertas siasatan. Sekarang NIL.

Inkues dan Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan lagi. Sebab polis tidak lengkapkan siasatan. Kerana apa? Macam dalam kes Teohlah jugak.


Jika demikian sikap polis, bagaimanakah polis mahu diyakini oleh rakyat? Nampaknya polis lebih rela maruahnya menjadi hina daripada melaksanakan tugas mendedahkan kebenaran dan menegakkan keadilan untuk rakyat jelata.


5 ulasan:

  1. Tidak akan dapat siasatan yang telus selagi BN memerintah.. untuk mendapat pembelaan yang betul ..penghakiman yang Adil pendakwaan yang telus pastikan PRU13 ini BN dikuburkan .. SPRM perlu ditukar semua pegawai atasan dan digantikan dengan pegawai Kanan yang baru yang telus beriman dan bertaqwa.mana-mana pegawai kanan yang nampak condong kepada BN sekarang ini bersedialah untuk di dsingkirkan!!Kalau tidak pastikan jalankan kerja mereka mula saat ini dengan adil dan saksama. masa sudah singkat .... PRU13 suah menghampiri. Aanda mesti dapat mengagaknya contoh terkini Anwar Ibrahim , Beng Hock dan Sarbini yang akmio nak lihat bagaimana DatuK T di mahkamahkan dengan kadar segera dan Tohmaha dan fitnah kepada Anwar dihentikan sudah jelas terang lagi bersuluh ianya satu penipuan!! buang kes segera!! dan dihukum 80 sebatan kalau tidak PRU 13 pegawai kanan SPRM atau PDRM akan disingkirkan dan diganti dengan Pegaia yang baru!!!

    BalasPadam
  2. Salam,
    Ambo sedih atas apa yang menimpa arwah. Ambo juga tertanya-tanya istilah yang diguna iaitu 'mati mengejut' atau 'kemalangan'..

    Bukan niat menambah luka ahli keluarga arwah, tetapi ada baiknya pihak berkenaan guna terus perkataan 'mati mengejut akibat bunuh diri' atau mati mengejut akibat ditolak dari belakang.

    Kadang-kadang pihak berkenaan dengan berhematnya guna istilah lembut untuk elak aib kepada keluarga. Tetapi dek telah malu dan diambil peluang oleh sesetengah pihak terutama pembangkang, maka ahli keluarga tampil mendakwa kerajaan zalim.

    Terus-terang, ramai kakitangan awam terutama di post seperti kastam, imegresen, polis, JPJ terlibat dengan rasuah. Kastam? Urut dada ambo nak ulas. Ambo ada sedara yang baru keluar Pusat Tahanan Kemunnting. Pegawai lepasan SPM tapi milki harta banyak semasa kerja imegresen.. Wallahuaklam.

    BalasPadam
  3. apalagi nak kata....
    kalau mereka memang dah rancang nak hapuskan saksi....
    polis dah siasat tapi tak jumpa petunjuk....
    bukan polis tak bijak...tapi mereka pun bijak juga....
    lagipun siapa lebih berkuasa dia lah raja...polis tu siapa je....
    setuju dengan anon di atas.....
    kita kena tukar!!!!

    BalasPadam
  4. dah betul lah statement polis tu... depa cari punca kematian.. jabatan kimia semak punca kematian... pendarahan dalam kepala... kecedraan teruk pada tengkorak, leher sebab jatuh kepala dulu....

    masalah yang sebenar yg sengaja tidak dipandang ialah... bagaimana simati boleh jatuh atau terjun atau lompat... what ever la... itu yg patut disiasat... kenapa boleh jadi macam itu... jangan cari sebab kenapa mati... kan lebih baik polis cakap sebab kematian kerana ajal dah sampai...

    kalau tidak kes ini akan jd tbh2... bukan bunuh diri mau pon dibunuh... agaknya malaikat maut yg campak kebawah kot?

    BalasPadam
  5. zaes mana2 pegawai yang akan disiasat nanti oleh sprm tentu mereka merasa takut,mungkinkah aku juga jadi saperti mereka jatuh bangunan atau membunuh diri nauzubilah.jadi disini aku mencadangkan agar bangunan sprm tu ditukar pada bangunan yang tidak bertingkat,tiadalah lagilah orang2 yang jatuh dari bangunan lagi.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.