8 Apr 2011

Kenyataan Yang Tidak Bertanggungjawab Di Hari Pengkebumian Ahmad Sarbani


SPRM digesa kekal sifat tegas, berani jalan tugas

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa supaya terus mengekalkan sifat tegas, berani dan tidak bertolak ansur terhadap suspek serta penjenayah rasuah bagi mengelak negara hancur disebabkan gejala itu.

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah, berkata ketegasan SPRM menangani jenayah rasuah sudah mula menunjukkan kesan positif kerana ia memberi tekanan jiwa yang hebat terhadap penjenayah rasuah sehingga ada sanggup membunuh diri.

“Apabila suspek jenayah rasuah sanggup membunuh diri berbanding menghadapi tindakan di mahkamah, ia menunjukkan usaha dan kerja SPRM selama ini sudah mula menunjukkan kesannya.

“Ini juga menunjukkan SPRM tidak boleh dibeli oleh penjenayah rasuah. Ini adalah satu transformasi kerajaan yang boleh dilihat keberkesanannya,” katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.

Kelmarin, pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Ahmad Sarbani Mohamed ditemui mati di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini.

Ahmad, 56, penolong pengarah cawangan import eksport dan kawalan sempadan KDRM Selangor adalah antara pegawai kastam yang ditahan SPRM pada 1 April lalu di pejabat kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang.

Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebelum mayatnya ditemui di gelanggang badminton di tingkat satu. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. -BH

Ulasan GB

Tiada yang lebih biadab daripada berita di atas. Tiada yang lebih biadab daripada kenyataan dari seorang pemimpin NGO seperti di atas.

Ia dikeluarkan sewaktu jenazah Allahyarham sedang disemadikan semalam.

Mengaitkan berita kematian Ahmad Sarbani Mohamed yang ditemui mati di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane (sehingga ini belum diketahui punca sebenar kematian) dengan membunuh diri adalah satu tindakan keterlaluan lagi tidak bertanggungjawab.

Ia tidak memberikan kesan positif kepada usaha memperbaiki mutu perkhidmatan SPRM tetapi sebaliknya akan menyebabkan negara akan terus berdepan dengan kes-kes yang tidak diingini berlaku.

Kredibiliti dan integriti pasukan SPRM sudah tercemar dan usaha berdalih untuk mewangikannya dengan membuat kenyataan yang bodoh lagi mereng meminta SPRM supaya terus mengekalkan sifat tegas, berani dan tidak bertolak ansur.

Memang kita tidak bertolak-ansur dengan apa bentuk jenayah, kolar biru atau kolar putih, tetapi sesuatu siasatan sehingga menyebabkan kematian itu sendiri sudah merupakan satu jenayah.

Seluruh rakyat negara ini akan bangun menentang apa juga bentuk kezaliman dan kekejaman yang dilakukan ke atas rakyat.

Tubuh segera Suruhanjaya Siasatan untuk kes ini, jika berani dan jika ada kejujuran mendedahkan kebenaran!


20 ulasan:

  1. Jika dilihat dari segi sejarah semua bangsa di dunia sejak zaman berzaman, ini adalah petanda akan berakhirnya pemerintahan yang zalim dan kejam terhadap rakyat. Semoga Allah menamatkan pemerintahan UMNO/BN.

    BalasPadam
  2. itu kenyataan bengong boh...tranformasi kepala lutut dio..

    BalasPadam
  3. GB, Melayu ni ader bermacam2 kepercayaan?ugamer.Melayu sekor ni ugamer aper pon kiter tak tau.Nabi saw sendiri pon hormat pader mayat yahudi.Betoi ler kater org,Malaysia merupakan negare yg tak berakhlak sbb dibawah pimpinan org yg tak elok akhlaknyer.Mcmmaner kalau kener pader keluarge sendiri,beghani keluor perkataan mcm tu?Ader ker dier tengok arwah bunuh diri? Silerkan jadi saksi,silerkan.

    BalasPadam
  4. Tidak lama dahulu bekas menteri kewangan Singapura juga bunuh diri kerana disiasat atas kesalahan rasuah.

    BalasPadam
  5. Gua memang cukup bengang dengan JMM nih. Senang-senang je tuduh orang bunuh diri memang JMM ni jenis puaka spesis Rosmah. Jenis mulut jahat, hati dah hitam dan patut dipanggil Jalang Mahu Mampus.

    BalasPadam
  6. Tuan GB,
    Boleh tolong paparkan gambar si azwandin?

    BalasPadam
  7. Sokong ulasan bro GB..

    itulah kenyataan paling bangang untuk tahun 2011 ini.

    BalasPadam
  8. Memang biadap kenyataan tersebut, kalau benarlah beliau tertekan dan sanggup bunuh diri, beliau tak perlu pergi ke pejabat SPRM tu... Tentunya ada sesuatu yang berlaku disana...

    BalasPadam
  9. Jika diperhatikan kebanyakan pejabat2 kerajaan termasuk SPRM selalunya bertingkat-tingkat. Yang peliknya tiada tingkap/grill2 besi yang menutup tingkap2 kaca pejabat tsb. Memasang grill adalah satu kewajipan dari sudut keselamatan dokumen2 dalam pejabat. Dengan adanya grill2 tsb. dapat mengelakkan orang keluar masuk tingkap dgn. sewenang-sewenangnya.

    BalasPadam
  10. Ini seorang dari geng Ezam, menyalak sebab mencari makan. Ada saja isu yg dia menyalak.

    Dia tak kisah kalau menyalak tak kena tempat pun.

    BalasPadam
  11. BANGSAT punya meLAYU...

    BalasPadam
  12. Pemimpin yg baik tak minta org ikutnya ttp org yg nak ikut... media massa seharusnya adil dlam menyampaikan maklumat kpd rkyat spya rakyat sndiri yg membuat penilaian dan pilihan itu baru dikatakan demokrasi adil... elakkan rasuah yg blh merosakkan, itulah perpaduan yg abadi.

    BalasPadam
  13. Azwandin-siapa anda? Tuk Nujum ke? Dulu nakcaripengaruh di PKR Segambut-tapi tak laku-sekarang dok menjilat siapa saja yg bagi wang alfulussssss- John Kayatey

    BalasPadam
  14. Betina ni memang HARAMJADAH,tiada simpati langsung, kita belum tahu sebab kematian.

    BalasPadam
  15. Ulasan pencacai yang sedang mencari tempat dan makanan yang lebih sedap... dengan ulasan yg sebegitu di berharap untuk mendapat imbuhan yg baik dari pihak yg di sokongnya. itulah dunia akhir zaman, sepatutnya dalam keadaan apa jua siasatan yg telus perlu di lakukan dan tunggu keputusannya, bukan membuat spekulasi sebegitu.

    BalasPadam
  16. laa jmm ni memang barua pon...hari tu pemimpin dia yang nama farhana samakan tok guru nik aziz dengan ayah pin.....geng2 ngo mangkaq ni memang xda hati perut....kalo kena kat family depa baru tau........ulasan GB mantap..

    BalasPadam
  17. Seseorang tu tidak bersalah selagi mahkamah belum mensabitkan kesalahan.

    BalasPadam
  18. photo si bahalol Azwanddin
    http://2.bp.blogspot.com/_Jyuchz8VsHo/TT0eO_n--xI/AAAAAAAAAcA/bpKfU_TjAkQ/s320/azwanddin+jmm.jpg

    BalasPadam
  19. aku cukup meluat dgn NGO berpaksikan Melayu ni.
    baik jantan lahabau atau pun betina sundal siang dan malam farhana tu.Bagi statement ikut akal ker ikut kehendak seseorang agar perut dan bawah perut kenyang??? ni yg Umno nak sangat NGO2 pro depa nie...tobat aku x undi ngko BN....cukup2 la aku bagi menang Umno kat Bakri Muar dulu...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.