Eskay: Saya tanggungjawab tayang video seks, akan dedah di mahkamah
Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah berkata beliau merupakan individu tunggal yang bertanggungjawab mempertontonkan video seks — yang lelaki didakwa melanggan pelacur asing adalah mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau memberitahu The Malaysian Insider hari ini bahawa Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuiab Lazim tidak terlibat dalam keputusannya mempertontonkan kepada wakil media terpilih 21 Mac lalu.
“Saya bertanggungjawab dan memikul tanggungjawab penuh (ke atas tindakan) mempertontonkan (rakaman video seks). Mengapa saya memilih untuk menayangkan? Saya akan menjelaskan di mahkamah," katanya.
Rakaman 21 minit itu dipertontonkan oleh “Datuk T” pada 21 Mac lalu, dan dua hari kemudian Shazryl dan Abdul Rahim bersama Shuiab mengaku bertanggungjawab atas pendedahan video itu.
Laporan media semalam memetik Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata siasatan rakaman video aksi seks itu mengikut Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah telah siap.
Acryl berkata laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.
“Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah),” kata beliau.
Oleh itu kata beliau, terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula atas arahan Peguam Negara, “kita akan siasatlah.”
Jam tangan itu merupakan antara dua barang bukti, selain rakaman video seks, yang diserahkan kepada polis oleh Abdul Rahim, Shazryl dan Shuiab Lazim bagi tujuan siasatan berhubung video itu.
Dalam ulasannya hari ini Shazryl juga menekankan tentang kepentingan mengesan pemilik jam tangan Omega.
“Jam tangan Omega adalah sangat penting. Kita harus mengesan siapa pemiliknya. Saya merasakan ia bukti yang sangat penting, tetapi terpulang kepada polis. Saya tidak mahu terlibat,” katanya lagi.
Shazryl juga berkata, suruhanjaya diraja bagi menyiasat klip video seks juga diperlukan memandangkan pelaku aksi seks belum dikenal pasti.
“Kami akan lihat dahulu apa yang polis hendak katakan. Kami hendak tahu siapa pelakunya. Kami mahu polis mengenal pasti dan mengesahkan pelaku dan kemudian kami akan memutuskan apa yang kami hendak lalukan.
“Ia bergantung... saya akan biarkan kepada publik untuk putuskan jika mereka mahukan suruhanjaya diraja atau tidak. Ia adalah kepentingan awam,” katanya lagi.
Sehari selepas pendedahan video seks itu, Anwar membuat laporan polis dan menafikan beliau adalah pelaku aksi seks yang didakwa “Datuk T.” -TMI
Ulasan GB
Ketara sangat eskay ini seorang pendusta.
Pertama sewaktu mendedahkan isu video seks ini, belaiu berkata beliau "terjumpa" video seks ini di dalam laci di sebuah hotel tatkala mencari jam Omega.
Kemudian, sewaktu sidang media bersama Rahim Tamby Chik pula, beliau sendiri mengaku bahawa beliau yang berada di dalam video itu.
Sekarang beliau meminta pula Suruhanjaya Diraja menyiasat pelaku di dalam video berkenaan.
Mengenai jam Omega, jika benar ia milik Anwar, mengapa pula Eskay yang pegang kad pendaftaran yang diserahkan kepada polis? Kalau cari jam dan yang dijumpai jam sajalah, ni siap dengan kad pendaftaran. Kad Pendaftaran yang asli tentulah ada bersama pemiliknya. Tak da siapa pakai jam bawa kad pendaftaran ke hulu ke hilir kecuali eskay barangkali.
Punya dasyat pendusta bernama Eskay ini.

Puak UMPORNO ni, besok dia putar kata Anwar punya perancangan. Haritu pun dah ada bunyi-bunyi macam tu bila nak kantoi, lebih-lebih lagi lembu laga dari Kulim, si mat mental.
BalasPadamMamu Hang
ada isyarat (signal) bahawa pru13 akan berlangsung julai 2011. bn sudah teruk tercalar berikutan dengan video seks berkenaan. andai tidak dilakukan pembersihan, rakyat 100% akan menolaknya kerana mereka percaya telah diperbodohkan.
BalasPadamSemua persoalan yang timbul tidak mungkin diketahui umum melainkan diperhalusi di mahkamah atau RC.
BalasPadamHarap polis segera mulakan prosedur mahkamah supaya rakyat tidak membuat spekulasi dan fitnah dapat dibendung sekiranya Datuk T bersalah.
Kalau dah kena dakwa meengedar bahan lucah, atau menayangkan bahan lucah, dakwaan itu tidak ada kena mengena dgn isi kandungan filem tersebut. Atau sebab musabab apa pun.
BalasPadamSetakat ini, tiada pula OKT kes bahan lucah yg boleh beri sebab kenapa diorang mengedarkan bahan2 lucah tersebut?
Jika kes ni masuk mahkamah, dan boleh pula disebut kenapa dan bagaimana....lepas ni semua penjual CD blue senang2 saja boleh lepas, tokey2 porno pun senang hati, KPPDNHEP pun pening kepala boleh tutup kedai.
Eskay sengaja nak bela kumpulan rejimnya Rahim dan Shuiab walaupun sebelum ini mereka mengaku mempertontonkan video seks berkenaan.Yang pasti segala perlakuan mereka sehingga ketahap membuat press statement adalah saheh bermaksud serung dan fitnah untuk mengaibkan seseorang. Lebih jelas lagi batasan agama telah mereka langgari dan dari segi sivik tetap ianya satu jenayah.
BalasPadamLagi satu mereka bertiga yang asaln menyayang,mengedarkan sN MEWMPERTONTONKAN bahan lucah sekarang Eshkay pulak berkata yang dia seorang yang bertsnggungjawab... penipu.. jangan biarkan.. tangkap ketiga-tiga sekali jangan dibiarkan lepas!!!! depa ingat seorang ditangkap yang lain boleh meneruskan konspirasi lain pulak!!!! salah tetap salah.. tambahan contoh bukan calang orang kesemuanya Datuk!!!! Jadi hukumannya pastikan berat kerana ianya adalah sebagai satu contoh perlakuan seorang seorang pemimpin yang bergelar datuk !!!!!
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadammuko pun mcm musibat...
BalasPadamSegalanya kerana umnobn... serta ulamak umnobn... yang sentiasa diam demi perut
BalasPadamdia bikin filem, dia lakon filem arahan UMNO??
BalasPadamdah terang lg bersuluh. eskay bengang dgn DSAI. sendiri plan, sendiri berlakun, sendiri reka cerita.. tp tak sedar yg diri tu bodoh. akhirnya kantoi. Yang mamat 2 ekor tu nk tumpang glamour ingat boleh berjaya plan eskay dan akhirnya terpalit sama najis eskay yg berteraburan. Mklumat terbaru mngatakan rahim dan shuib bertegang urat dgn eskay ekoran perancangan eskay yg gagal.. padan muka korang. tuhan itu maha adil lg sebaik-baik perancang.
BalasPadamfakta yg mengukuhkan dakwaan bahawa eskay adalah dalang utama dlm isu penyebar video sex ke halaman youtube..
BalasPadameskay kata..
"saya terjumpa rakaman video sex ini sewaktu ingin mengambil jam tangan omega yg tertinggal atas permintaan DSAI" jelas menunjukkan bahwa beliau individu pertama memilikinya. kemudian dlm sidang media yg sama beliau ada menyebut...
"jika saya memperolehi rakaman video tersebut mungkin ada pihak lain yg juga memperolehinya.. think about it, think about it" ini juga jelas menunjukkan bahawa beliau juga mempuyai perancangan untuk menyebarkannya dgn alasan mungkin ada pihak lain yg memperolehi rakaman tersebut sedangkan beliau adalah individu pertama yg menjumpai rakaman tersebut seperti dakwaan beliau terdahulu..
maka adalah wajar jika beliau dijatuhi hukuman berat setimpal dgn kesalahan beliau iaitu memiliki, menayang dan mengedar video tersebut.
kesian kt org kampung yg xda internet kena tipu je dgn media prima dek angkara eskay ni.. sesungguhnya ALLAH itu maha adil lg sebaik baik perancang..
BalasPadam