30 Apr 2011

Awie Cuba Pertahankan Kehidupan Jahiliyahnya Hentam Bob Lokman

Bob usah hipokrit, riak’

KUALA LUMPUR: “Jangan hipokrit, jangan cari publisiti murahan dan jangan riak,” kata penyanyi kumpulan Wings, Awie kepada pelakon dan pengacara, Bob Lokman yang kebelakangan ini dikatakan kerap ‘menyerang’ dunia hiburan selepas bersara daripada bidang itu.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 43, berkata jika Bob mahu mencari ilmu akhirat, tidak perlu dia mencari publisiti dengan usahanya itu kerana itu bukan perbuatan yang baik.

Awie turut menegur Bob yang nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 47, supaya memberikan tumpuan terhadap dunia baru yang beliau cari dan pada waktu sama tidak menyerang dunia hiburan yang beliau ceburi sebelum ini.

“Dia (Bob Lokman) pernah menjalani kehidupan dalam dunia hiburan ini untuk tempoh belasan tahun lamanya dan memperoleh pendapatan daripada dunia yang beliau kutuk ini.

“Apa yang saya hendak ingatkan Bob supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh memalukan diri sendiri, bak kata pepatah meludah ke langit terkena muka sendiri.

“Kita pernah sama-sama ‘cari makan’ dalam bidang sama, tetapi apabila rasa nak beralih arah kenapa pula dia nak kutuk bidang yang pernah digelumangi,” katanya yang mendakwa mengenali Bob Lokman sejak 1985. -hm

Ulasan GB

Itu sajakah yang mampu dilkakukan oleh Awie di dalam serangannya kepada Bob Lokman?

Bob Lokman telah memperolehi hidayah Allah yang kemudian menyeru dan mengajak sekalian rakannya untuk tinggalkan dunia hedonistik tetapi Awie masih terbelenggu di dalam dunianya itu.

Bob Lokman melaksanakan kewajipannya sebagai umat Islam sesuai dengan bimbingan hidayah yang diperolehinya tetapi Awie pula cuba menjadi batu penghalang untuk kerja dakwah yang Bob lakukan.

Memang masing-masing pernah sama-sama cari makan melalui hiburan, cuma satu telah berjaya melepaskan dirinya dari gelombang syaitaniah sementara seorang lagi masih sayang untuk meninggalkannya.

Kenyataan bodoh Awie terletaknya di sini:

mahu mencari ilmu akhirat, tidak perlu dia mencari publisiti dengan usahanya itu kerana itu bukan perbuatan yang baik

Berdakwah bukan mencari publisiti. Di situ KEJAHILAN Awie yang ketara. Ia adalah tanggungjawab kolektif setiap Muslim dalam melaksanakan kewajipan itu. Ia adalah satu tuntutan di dalam agama sepertimana firmanullah:

“Dan hendaklah ada diantara kalian segolongan ummat (jemaah) yang menyeru kepada kebaikan, menyeru kepada yang Ma’ruf, dan mencegah kemungkaran, dan merekalah orang-orang yang beruntung.” (Surah Ali-Imran, ayat 104)

Kemudian Awie berkata lagi:

“Kita pernah sama-sama ‘cari makan’ dalam bidang sama, tetapi apabila rasa nak beralih arah kenapa pula dia nak kutuk bidang yang pernah digelumangi,”

Kita perlu jujur dengan diri sendiri. Perbuatan salah yang dilakukan masa lampau perlu ditinggalkan malah perlu dikutuk. Kalau dahulu jahiliyah, maka perbuatan jahiliyah itu hendaklah ditinggalkan habis dan membenterasnya sepertimana yang Rasulullah tunjukkan kepada umat Islam teerdahulu. Peminum-peminum arak zaman Rasulullah apabila turunnya ayat mengenai pengharaman arak, terus membuang semua arak yang tersimpan di dalam tempayan-tempayan dan kemudian menyeru orang lain tidak meminumnya lagi.

Sekarang saya ingin bertanya kepada Awie dan sekalian penyokongnya, kamu-0kamu masih mahu meneruskan amalan jahiliyah yang kamu telah lalui selama ini dan kemudian menjadi penentang kepada golongan yang menyeru ke arah kebaikan dan melarang kejahatan?

Awie perlu diheret masuk ke kelas Fardhu Ain segera supaya belajar ugama Islam dengan lebih mendalam dan jangan bercakap ikut sedap rasa sehingga mengumpul lebih banyak dosa sedangkan pahala belum sebanyak mana.

25 ulasan:

  1. Tak payah nak layan budak 3 line ni. Solat pun tidak, nak ajar orang. Kehidupan penuh dgn hipokrasi dan gengsterism melayu. Pooooodaaahhh!!!!

    BalasPadam
  2. Tu sbb org ssh nk berubah. Dh tahu salah, salahkan orang lain pula. Ambil Umar Al-Khattab sbgi contoh. Banyak benda jahiliyah yg dia buat sblum masuk Islam. Lepas masuk Islam, dia lar org nombor satu menentang adat jahiliyah. Nabi tk marah malah sokong usaha Umar. Tk kira lar kalo Bob nk cari publisiti atau tk, hanya Allah yg layak menilai. Kalo dah rase pedas, diam2 sudah.

    BalasPadam
  3. sudah ler..
    tuhan balikkan hati manusia ni jika dia hendak.
    Tak kira artis ker..orang ternama ker..orang biasa ker..disemua bidang di semua masa. Yang penting kenapa?
    Semua ada sebabnya.
    Ramai pemimpin PKR lari dari PR..bila berpolitik adalah sebab yang patut disebarkan lepada lawan/penyokong politik nya. Itu lebih utama kalau nak bincang sudut dakwah.
    Terbalik hati mereka tu lebih baik dijadikan tauladan di blog ni.Blog poitik. Lihat dari ajaran islamnya.Bukan lihat dari segi asal muat jer kekekekeeeeeee

    BalasPadam
  4. Salam Tn Blog,
    Dulu dia (Awie) pernah mengkritik Akhil Haiy atas sebab yang sama, dan kini Saudara Bob Lokman pula dikritik kerana berdakwah kepada golongan artis. Nampaknya bukan sahaja dipentas politik kita bertembung dengan puak2 jahiliyah tapi dalam pentas hiburan juga kita akan bertembung dengan puak jahiliyah. Berhibur tu tiada salahnya tapi Awie perlu ambil perhatian dari segi syarak, adakah dia (Awie) mahu terus hidup dalam kegelapan dunia artis yang berlandaskan hawa nafsu. Setiap perbuatan ada batasnya termasuklah didalam berhibur. Tak salah berhibur tapi ada batasannya....

    P/s:sudi kiranya Tn Blog muatkan link blog sy diblog saudara.

    BalasPadam
  5. bob.. makin bnyk berubah.. perubahan luar biasa!! akan datang pasti ada yg laebih luar biasa!! saksikan!!

    BalasPadam
  6. ALLAHSWT memberi hidayah kepada siapa yang ia kehendaki hak kita sebagai hamba hanya berusaha dan berihtiar kearah mencari keredhaannya.

    BalasPadam
  7. Salam, kita tegur dengan baik, manusia ni dia selesa dengan keadaan dia,klu nak berubah ambil.Kita buat kerja kita (dakwah ) orang nak terima/x terima hak mrk Moga Allah bagi hidayah kr depa

    BalasPadam
  8. ala apa kita nak heran awie cakap macamtu, dia kan artis yang jahil bab2 agama ni, dia budak 3 line, dia ingat dia dah terror, dia tak mampus

    BalasPadam
  9. jangan marah sapa2...insyaalah satu hari nan awie pun ikut berdakwah sama...

    BalasPadam
  10. minum arak itu haram,sama hukum dulu dan sekarang!

    BalasPadam
  11. ish,ape la awie tu merepek??dia xsedar ayat dia tu blh menruntuhkan akidah. mungkin dia xsenang duduk coz terasa yg apa yg dibuatnya ada yg xbetul n xbaik..cover line la tu kot~~~~ ^_^

    BalasPadam
  12. Teman dah lama beno idak mengomen maklum la baru balik dari USA, dua bulan kat sana beb ! Memang le betol kata Awie dulu Bob sama-sama cari makan dalam bidsang keartisan tu. Itu dulu dah Bob sedar bahawa bidang tu memang salah di sisi agama elok le dia berubah, mentelah dia ada pula bakat yang lain. Awie ada bakat mende lagi ? Udah tak de bakat lain tak nak berubah pulak. Teman saran ke Awie kome pegi le cari alim ulamak tanye mike tu betoi2... aii susah bebenor le kome ni...

    BalasPadam
  13. Kpd Sdra Bob Lokman.....teruskan istiqamah dgn jalan yg betul...bila nak jadi baik memang ramai setan yg akan mengganggu supaya kita jadi lalai dan lupa kpd perintah Allah..Jgn dgr cakap Awie yg hidup dgn pelbagai aktiviti maksiat hingga bangga dgn cara hidup yg jauh menyimpang drp ajaran Islam
    Allah pasti akan menolong org yg mahu menegakkan perintahnya.. moga Allah beri hidayah kpd Awie dan golongan artis utk kembali ke jalan yg benar...Amin!!!!!

    BalasPadam
  14. kalau org bukan islam yg cakap mcm tu xheran la kita dgr.. ini awie terkenal dgn org tiga line nye.. dgn selogan mereka.. Amal Maruf Nahil Mungkar nye.. tapi kalau tgk pragai budak2 3 line ni xtau nak habak la..

    BalasPadam
  15. awie, bob pernah melalui zaman gelapnya, jadi sekarang dia cuba mengingatikan rakan-rakannya tentang ape yang benar dan ape yang salah. Jika awie tak suka atau terasa, awie tak yah nak melenting, sebab benda nasihat ni bukan dituju pada awie seorang tapi semua rakan-rakan artis yang lain. Bob akan berbangga jika nasihatnya ini diterima rakan-rakan artis walaupun seorang aje kerana hajat dia telah kesampian.

    BalasPadam
  16. awie bila lagi nak ikut AC umumkan dalam media perdana dia dan isteri masuk UMNO

    BalasPadam
  17. Tengok ayahanda PUKIDA dah marah. Bukan senang nk dpt pangkat ayahanda, kalau x togok arak, x bersundal mmg susah dapat.

    BalasPadam
  18. walaupun aku minat lagu2 wings dengan awie tapi dalam bab ni aku sokong bob...bob dah berpuluh tahun dalam bidang hiburan jadi mesti dia tahu selok belok dunia glamor...banyak tipu helah, jatuh menjatuh, percampuran antara lelaki dan wanita dan macam2 lagi...apa yang bob buat adalah satu perkara benar dengan mengatakan yang haq walaupun tahu akibatnya kita akan dikeji dan dihina... Rasulullah sendiri suruh kita berkata yang benar walaupun kita tahu kita akan dibunuh dengan berkata yang benar... awie pula cuba mempertahankan bidang dia yang banyak terdedah kepada maksiat...dalam bab ni pun kita boleh menilai dari gaya orang yang bersuara... contoh seperti awie dengan tindik di wajah, bersubang, rambut diwarnakan... bukan kita tak boleh menerima pendapat orang seperti ini tapi sebelum kita menegur orang lain lihatlah dulu diri sendiri... awie ramai anak perempuan, dengan sikap dan gayanya bolehkah dia menjadi wali kepada anak2nya dikemudian hari???hanya orang yang berakal sahaja yang tahu mana patut disokong...syabas kepada bob lokman semoga anda terus istiqomah di dalam menegakkan agama islam yang tercinta...di akhir zaman memang orang yang menegakkan agama Allah akan ditentang dan dipandang hina manakala orang yang celaka disanjung sanjung..tepatlah sabdaan Rasulullah kita tentang peristiwa akhir zaman... Awie jangan lupa jika tak kerana bob lokman kumpulan wings takkan berjaya hingga ke hari ini... b0b lah yang menguruskan kumpulan wings ketika awal kemunculan mereka dan mencipta lagu2 hits untuk wings seperti taman rasyidah utama dan banyak lagi ...takkan awie dah lupa jasa baik bob???

    BalasPadam
  19. jawab awie...jangan tak jawab....

    BalasPadam
  20. elok masuk amno jer,,sesuai untuk org mcm ni..

    amno mcm2 spesis ada,dari bapak ayam sampai tokeh judi smua ada,,,sesuai untuk artis yang bermasalah mcm ni,ada anak bini semua tinggal,tegur suruh semayang dia tamau dengar,suruh tinggalkan maksiat dia templak balik tuduh kita pun sama,,cheh ada akai ka???..takan kita nak tuduh seorg pelacur yang insaf tu pelacur selamanya,,,last rumah tangga hancussssss.anak bini tah kemana..,nak tegur takleh nak nasihat lagi la takleh,,,,
    ikut jejak ac mizal lagi baguihhhhh...

    BalasPadam
  21. Kepada Awei teruskan sajalah aktiviti maksiat tu kalau awak rasa itu baik. Tapi eloklah awak cerminkan diri dulu sebelum komen orang lain. Bila lagi nak bertaubat? Jangan tunggu bila dah sampai ke pintu ajal kelak!!

    BalasPadam
  22. moga diberi hidayah buat awie n teman artis....
    bob lokman....teruskan perjuanganmu....moga Allah membantu...kuatkan semangat....balasan dan keredhaan Allah adalah matlamat kita

    BalasPadam
  23. Jangan marah kat Awie. Doakan moga2 beliau mendapat hidayah dari Allah S.W.T. Insya Allah ... Ini sebahagian dari kerja2 dakwah yg wajib kita laksanakan.

    BalasPadam
  24. JANGAN LAH KITA TUDUH AWIE yang bukan2,,,,ramai ulama yang tak betol sekarang,,,,,tak kisahlah pas ke umno yang penting hanya Allah....akil hayy dulu ceramah bukan main lagi,,,jangan berdua -duan
    di tempat gelap,,,last sekali kantoi gan wahedaa di tepi pantai berdua-duan...nie ke nak jadikan penceramah...bob kalau nak bagi ceramah kat artis jangan lah jatuhkan maruah mereka di media,,banyak cara yang boleh,,,,jumpa ke cakap face 2 face...mereka pun ada anak bini yang nak diberi makan....amalan kita belum tentu diterima ALLAH....BUAT BOB NAK JAGA TEPI KAIN ORANG TAKPE,,TAPI JANGAN BUKA KAIN ORANG LAIN,,SEMUA NAMPAK....

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.