Alor Setar - Masyarakat di negara ini diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan ubat-ubat herba yang dijual di pasar atau kaki lima kerana dikhuatiri mengandungi racun yang boleh menyebabkan sakit buah pinggang.
Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Marzukhi Md Isa berkata penyakit buah pinggang bukan terjadi dengan sendiri tetapi antaranya disebabkan pemakanan ubat herba yang dijual tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Sebenarnya dalam ubat herba yang dijual itu mempunyai banyak racun yang kita tidak tahu, mungkin kita selesa makan ubat itu, tapi tanpa kita sedari ubat itu menjadi penyebab sakit buah pinggang.
"Masyarakat jangan terlalu mudah terpengaruh dengan herba-herba yang dijual kerana ia akan mendatangkan penyakit, ada ubat-ubat herba itu berdaftar dengan KKM tetapi ia tidak mendapat kelulusan KKM, itupun perlu diambil berat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jalan Sihat Hari Buah Pinggang Sedunia 2011 Peringkat Negeri Kedah di sini Jumaat.
Selain itu, katanya cara hidup masyarakat sekarang juga mendorong kepada sakit buah pinggang.
"Cara pemakanan yang tidak sihat akan menyebabkan mereka mendapat kencing manis, dan secara tidak langsung ia turut melibatkan sakit buah pinggang dan jantung," kata Marzukhi.
Beliau berkata di Kedah terdapat 1,159 pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan dialisis di 35 pusat dialisis pada 2009.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 1,116 pesakit menggunakan mesin dialisis manakala 43 pesakit lagi menggunakan kaedah Peritoneum Peritoneal Dialisis (PPD) iaitu memasukkan air dalam perut selama empat hingga lima jam dan selepas itu perlu dikeluarkan semula untuk membuang toksin racun dalam badan tanpa menggunakan mesin hemodialisis," katanya.
Beliau berkata terdapat antara 3,000 hingga 4,000 pesakit baru yang menjalani dialisis setiap tahun.
"Kita jangkakan 10 peratus daripada jumlah penduduk di Malaysia mengalami sakit buah pinggang. Jadi, saya seru kepada masyarakat supaya menjalani cara hidup sihat untuk kesejahteraan hidup," katanya.
-- BERNAMA

Setiap ubat-ubatan yang telah disenaraikan sebagai herba atau ubat yang boleh membawa kepada penyakit buah pinggang atau lemah jantung perlu disenaraikan supaya orang ramai tahu supaya mereka tidak meneruskan dalam pengambilan ubat-ubatan itu.
BalasPadam