9 Mac 2011

Van Hospital Pula Terbakar, Jururawat Nyaris Maut

Dungun - Pemandu van Hospital Kemaman dan empat penumpang terdiri daripada jururawat Kementerian Kesihatan Malaysia nyaris maut apabila van yang dinaiki terbakar.

Saiful Bahari Ismail, 28 yang memandu van itu untuk membawa jururawat tersebut menghadiri kursus di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Bagaimanapun apabila tiba di Jalan Kuala Terengganu menuju ke Kemaman berhampiran Simpang Tanjung Jara, Saiful Bahari terdengar bunyi sesuatu dari arah belakang van. Sejurus itu, dia mendapati enjin kenderaan berasap.

Dia kemudiannya memberhentikan van dan mengarahkan jururawat berkenaan keluar dari kenderaan.

Bomba menerima panggilan pada jam 6.04 minit dan tiba di lokasi kejadian beberapa minit selepas laporan diterima.

Menurut jurucakap bomba. punca kejadian masih dalam siasatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Dungun, Penolong Penguasa, Suki Annuar ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian tersebut.

1 ulasan:

  1. Cuba tanya pemandu dia gunakan RON 95 ke 97.

    Sebelum harga RON 97 dinaikkan ada tak kita dengar cerita kenderaan terbakar.

    Terima kasih, pengundi BN undi mu akan dipertangungjawabkan di akhirat nanti.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.