20 gigit jari ditipu nyah
GOMBAK: “Kami hanya berikan minuman dan makanan ringan kepada tetamu,” kata seorang mangsa penganjur perkahwinan yang gagal menyediakan pakej dijanjikan menyebabkan pelanggannya bukan saja kerugian puluhan ribu ringgit, tetapi turut menanggung malu.
Mangsa yang meminta identitinya tidak didedahkan berkata, dia sudah membayar RM37,000 kepada penganjur perkahwinan terbabit untuk pakej perkahwinannya merangkumi khidmat katering, kad jemputan, baju pengantin, gubahan hantaran, pelamin dan katil.
“Malangnya, sehari sebelum perkahwinan saya pada September tahun lalu, dia menghubungi saya dan memaklumkan gagal menyediakan semua yang dijanjikan.
“Tiada apa yang dapat dilakukan saya dan keluarga ketika itu kerana masa terlalu suntuk. Akibatnya, pada hari perkahwinan saya, kami sekeluarga hanya memberi minuman dan makanan ringan kepada tetamu,” kata lelaki berusia lewat 20-an itu.
Tidak puas hati dengan apa yang berlaku, dia berjumpa ibu penganjur perkahwinan terbabit, namun wanita itu mendakwa tiada kaitan dalam aktiviti anaknya. “Malah, ibunya mendakwa sudah tiada hubungan dengan anaknya sedangkan sebelum itu semua wang dimasukkan ke dalam akaun ibunya,” katanya.
Penganjur perkahwinan terbabit yang juga seorang lelaki berpakaian wanita atau mak nyah berusia 37 tahun didakwa sudah mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit selepas memperdaya lebih 20 pelanggan sepanjang hampir enam tahun lalu. Selain bijak berkata-kata, dia hanya menggunakan sepasang pakaian pengantin dan satu sampel cenderamata bagi memperdaya puluhan bakal pengantin dan keluarga mereka.
Antara modus operandi mak nyah itu ialah meminta pelanggan memasukkan wang pendahuluan ke dalam akaun yang didaftarkan atas nama ibunya yang berusia lewat 50-an.
Mangsa terbaru mak nyah terbabit ialah Ab Wahab SH Salim, 57, yang merancang mengadakan majlis perkahwinan anak ketiganya, Mohd Fitri, 27, pada Sabtu ini dan sudah membuat bayaran pendahuluan RM21,000.
“Saya mengenalinya lima tahun lalu di pameran perunding perkahwinan. Apabila anak saya nak berkahwin, saya menghubunginya dan berbincang mengenai pakej perkahwinan yang dia tawarkan.
“Dalam kunjungan ke rumah saya Oktober lalu, dia menawarkan pakej perkahwinan lengkap katering, pakaian pengantin, hantaran, katil dan pelamin, selain kad undangan perkahwinan dengan harga murah,” katanya. Menurut Ab Wahab, selepas dia membuat bayaran RM21,000, mak nyah terbabit lesap sebelum menghantar SMS mengatakan gagal menguruskan majlis perkahwinan itu.
“Dia mengaku sudah menggunakan wang yang saya bayar dan berjanji akan melunaskan secara ansuran,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Gombak, di sini, semalam.
Ab Wahab berkata, dia tidak membayar wang yang diminta mak nyah terbabit secara terus, sebaliknya secara ansuran setiap kali diminta, namun transaksi itu dilakukan ke atas akaun ibunya.
“Selepas membuat laporan di Balai Polis Gombak, saya sekeluarga dimaklumkan terdapat beberapa mangsa lain yang turut berbuat demikian selepas ditipu lelaki terbabit,” katanya.
Seorang lagi mangsa, Syed Danial Syed Shaffri, 26, mengalami nasib sama apabila dia dan tunangnya kerugian RM11,000 selepas diperdaya lelaki terbabit untuk urusan sama.
“Saya yakin dia mengamalkan ilmu salah seperti penunduk kerana setiap kali dia meminta wang, saya dan pasangan akan memberikannya dengan mudah.
“Cara dia menipu sama dengan mangsa lain. Biarpun mustahil untuk mendapatkan semula wang yang dilarikan itu, kami mendedahkan perkara ini bertujuan menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya tawaran pakej perkahwinan terbabit,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit. -hm
KESAL...mangsa dan ahli keluarga masing-masing menunjukkan laporan polis yang dibuat dan dokumen yang digunakan suspek.
BUKTI...Mohd Fitri menunjukkan SMS yang dihantar lelaki terbabit.
BUKTI...antara dokumen dan perjanjian yang dibuat lelaki terbabit dengan mangsa.
Ulasan GB
Bukan sekadar kisah di atas.
Telah menjadi satu tren kebelakangan ini di mana di majlis-majlis perkahwinan, "tuanrumah" menggunakan khidmat maknyah untuk pelbagai upacara dari mak andam, penyediaan pelamin sehinggalah ke majlis jamuan.
Hal ini sudah menjadi semacam satu budaya yang diterima oleh masyarakat sehingga maknyah-maknyah ini diberikan kepercayaan mengandam dan mendandan pengantin perempuan bukan sahaja dari pemilihan pakaian, menyolek wajah tetapi sehingga ke tahap yang kadang-kala terlampau seperti pemakaian kostum-kostum pengantin termasuk "memakai bra dan seluar dalam pengantin perempuan" pun dipilih dan dipakaikan sendiri oleh maknyah-maknyah ini. Ia dilakukan di dalam bilik pengantin yang tiada siapa lain dibenarkan masuk sewaktu itu.
Malah ada maknyah-maknyah "menipu" pengantin perempuan sehinggakan terdapat laporan di dalam kes-kes yang ekstrim, nak mandi pun dilakukan oleh maknyah-maknyah ini dengan pelbagai alasan kononnya untuk membersihkan kotoran yang tak diketahui orang awam katanya, disamping untuk menyiram air mawar supaya pengantin tampak segar dan wangi sewaktu bersanding.
Kesempatan-kesempatan ini diambil oleh maknyah kerana telah terlalu diberikan kepercayaan penuh oleh tuanrumah (ibu-bapa pengantin) tanpa ada halangan dan tanpa menghiraukan batas-batas halal-haram lagi.
Kemudian kita dikejutkan dengan kisah di atas, satu sindiket maknyah yang menipu pelanggannya untuk pakej perkahwinannya merangkumi khidmat katering, kad jemputan, baju pengantin, gubahan hantaran, pelamin dan katil.
Bagi GB, kisah seperti di atas adalah seperti satu loceng amaran untuk seluruh masyarakat Islam bahawa fenomena penggunaan maknyah di majlis perkahwinan ini perlu dihentikan segera.
Masyarakat yang bersikap acuh tak acuh mengenai hukum-hakam Islam perlu berwaspada dan kembali menjunjung ajaran Islam dengan menghapuskan unsur-unsur yang membuka pintu-pintu kerosakan dan perkara-perkara haram yang semakin menapak kuat di dalam masyarakat Melayu ini lewat majlis-majlis perkahwinan.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Org melayu semakin jauh dari Islam, halal-haram tolak tepi janji nampak gah dimata dunia. Bersanding iaitu rukun hindu ke 8 jadi amalan biasa. Macam mana perkhawinan nak berkat & berpanjangan.
BalasPadamBelanja hangus puluhan ribu, perkhawinan artis jadi ikutan. Majlis bercampur halal-haram dgn karaoke hingar bingar tanpa arah. Baru 2-3 tahun kahwin dah perang besar. Melayu sedarlah! mari kembali menghayati Islam sepenuhnya selamat dunia-akhirat.
setuju sgt ngan ulasan GB n komen abuamir.....org melayu skrng tgk mcm xambik berat hal2 mcm ni....kadang 2 tgk mak pakai tudung labuh ayah pakai kopiah tp hal2 mcm amek mak nyah n bersanding ni tetap ada....mungkin dorang xbrani nk tegur anak2 yg kononnya bandar(padahal asal kg), urban, n keja besar.......melayu oh melayu!!!!....patot laa skng ni byk kes suami tangkap bini tgh maen ngn org lain, mcm2 ada.....kita cuma ada 1 option jer....kembali lah kepada islam yg sebenar insya allah selamat dunia akhirat
BalasPadampermudahkan perkara2 yg halal..jgn mnyusahkan..
BalasPadammasaalah org melayu ni, mereka mmg suka di tipu. Mak nyah goreng sket kata dia makeup artis, mulalah bakal pengantin teruija. Setiap kg atau daerah di Malaysia ni, akan ada makeup artis!. Maknanya, makeup artis ni lebeh ramai dari artis. Udah2 le. Cari je mak andam pompuan, bersepah. Nyah ni propa je lebeh....
BalasPadam