22 Mac 2011

Sudah Boleh Tayang Video Seks Kerana Menteri Kata Tak Salah

Nazri: Tiada yang tonton 'video lucah' di parlimen

Tidak ada sesiapa yang menonton 'video lucah' yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang di parlimen, semalam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Katanya, beberapa ahli parlimen cuba 'mencari video' berkenaan melalui internet tetapi menegaskan tidak ada seseorangpun yang berjaya menjumpai video tersebut sehingga sekarang.

“Saya ada di sana. Saya tanya mereka apa yang kalian sedang lakukan? Mereka memberitahu sedang mencari video itu tetapi tidak ada sesiapa pun yang berjaya menjumpainya,” katanya semasa diwawancara di pejabatnya di parlimen.

“Malah sehingga jam 9.30 malam, ketika saya berjalan di parlimen, tiada sesiapa yang jumpainya... Saya fikir ini dilaporkan dengan salah,” katanya.

Semalam, sebuah portal berita mendakwa sekumpulan ahli parlimen menonton 'pita lucah' itu pada komputer riba di kawasan merokok, lobi parlimen.

Komputer riba itu bagaimanapun didakwa dirampas apabila berita tersebar mengatakan video berkenaan sedang dipertontonkan di parlimen.
Tidak salah

Mengulas 'tayangan video aksi seks' di hotel Carcosa Seri Negara, semalam, Nazri bertegas tidak salah bagi penganjur di sebalik tayangan itu berbuat demikian.

“Awak bagi tau apa yang salah. Semua orang kata ia melanggar undang-undang, tetapi bagi tahu saya, undang-undang mana? Sesiapa yang tahu, perlu tampil dan maklumkan kepada kami,” katanya.

Menurutnya, jika tayangan yang diaturkan oleh seseorang individu yang hanya dikenali sebagai Datuk T dibuat untuk mencari keuntungan, maka ia satu kesalahan.


“Tetapi kita semua tahu beliau tidak ada niat untuk melaporkan (perkara itu) kepada polis dan mendapatkan editor sebagai saksi... tetapi itu bukan perkara pokok.

“Perkara pokok adalah video lucah itu dan pelakonnya (dalam video itu).”

Nazri juga mencemuh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat penafian bahawa lelaki dalam video itu adalah dirinya dan berkata tiada sesiapa yang menuduh beliau.

“Kenapa (buat penafian)? Ia sepatutnya tayangan peribadi. Siapa terlibat (dalam video)? Ia mungkin penasihat DAP Lim) Kit Siang, ia mungkin (presiden PAS Abdul) Hadi (Awang),” katanya.

Ulasan GB

Petikan:

Mengulas 'tayangan video aksi seks' di hotel Carcosa Seri Negara, semalam, Nazri bertegas tidak salah bagi penganjur di sebalik tayangan itu berbuat demikian.

“Awak bagi tau apa yang salah. Semua orang kata ia melanggar undang-undang, tetapi bagi tahu saya, undang-undang mana? Sesiapa yang tahu, perlu tampil dan maklumkan kepada kami,” katanya.

Menurutnya, jika tayangan yang diaturkan oleh seseorang individu yang hanya dikenali sebagai Datuk T dibuat untuk mencari keuntungan, maka ia satu kesalahan.


Ini bererti memiliki, menonton dan menyebarkan video lucah "asalkan tidak bermotifkan keuntungan," maka ia tidak menjadi satu kesalahan.

Sedangkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 jelas memperuntukkan :


Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998
Melarang penyebaran bahan berunsur kesat/lucah melalui kenyataan undang-undang tertentu (Seksyen 211 dan 233) dan penyelarasan industri di bawah Kod Kandungan (Content Code).
Klasifikasi Kod Kandungan
Forum Kandungan Komunikasi Multimedia Malaysia berdasarkan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998;• Kandungan lucah – perbuatan berunsurkan seks secara nyata, pornografi, pornografi kanak-kanak;
• Kandungan tidak bermoral – lucah, tidak bermoral;
• Kandungan berbentuk ancaman – propaganda menghasut, menanam kebencian, mengancam keselamatan negara, kesihatan dan keselamatan awam;
• Bahasa kesat – ucapan yang menghasut, keganasan;
• Kandungan salah/tidak tepat – salah, mengelirukan.


Nazri, sememangnya sudah bermusuhan sekian lama dengan Anwar sehingga Anwar digantung dari parlimen hasil perbuatan Nazri juga. Maka tidak hairan beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Beliau ialah seorang politikus yang opprtunis, mengampu Najib dan Rosmah untuk survival politiknya.

8 ulasan:

  1. Maka...Cikgu-cikgu...jangan suka hati nak rampas telefon bebudak yang ada klip pornografi. Itu semua tayangan peribadi ye...bukan nak dapatkan keuntungan. Nazri kata tak per...tak salah. Nak lawan cakap Menteri???

    SO lepas ni...sesiapa yang nak menganjurkan tayangan video lucah kat hotel-hotel ker...boleh berbuat demikian asalkan bukan memperolehi keuntungan!

    Hey.....apa nak jadi lah Mesia nih!

    BalasPadam
  2. Orang macam ini pun Najib bolelh jadikan menteri. Bangang sangat.... Undang undang pun tak tahu,,,,, agaknya otak dah beku,,,,

    NaJIB ,,,,,,,, JANGAN BIARKAN BODOH NAZRI BERJANGKIT ,,, BODOH DIA TU ADALAH PENYAKIT

    BalasPadam
  3. Salam Yob, ni dah jadi 1Horny Malaysia!

    BalasPadam
  4. Salam sejastra,,,,Siapa tak kenal nazri menteri ??? Siapa tak kenal sikap nazri, kadang2 baca tentang nazri pun org jemu dan mual ??? Inilah mentaliti menteri malaysia , lansung tidak menunjuk kematangan dan berwibawa ??? Kadang2 terfikirr juak bagai mana org dan rakyat di kawasan nazri itu masih menjadi nazri ahli parlimen ??? Dia seorang yg bongkak di sisi rakyat malaysia... Biarlah guna pendekatan yg berbeda dalam g13 nanti humban wakil rakyat yg sebegini rupa dan peil yg sangat busuk,,penuh dgn kegoan yg sangat kental...tq

    BalasPadam
  5. nazri adalah individu yg x layak d gelar menteri.............
    main cakap sedap mulut jer..........

    BalasPadam
  6. hahhahaha .... hahahhahaha...apa nak jadi dengan menteri malaysia ni... tapi komen-komen di atas adalah hahahahahaha

    BalasPadam
  7. Bagi BN, semua boleh. Haram atau tidak, ianya tidak penting. Menghalalkan cara tu yang selalu dibuat.
    Lepas ni kalau polis tangkap GRO, kita terajang depa. Kan Chua So Lek melakukan seks luar tabii pun boleh terlepas. APa sangat kalau nak banding dgn Datuk T yang tayang filem seks.
    Nak tangkap macamana? Yang berlakon tu depa. Yang mengarah tu pun depa. Yang mengedar tu pun depa. Faham-faham aja le. Mana ada di dunia ni, penjenayah suruh polis mai tangkap dia?

    BalasPadam
  8. Dengar kata Nazri berkelulusan undang-undang. Tapi pengetahuan undang-undang memang rendah. Rasanya pelajar undang-undang tahun pertama pun tahu bahawa memiliki bahan lucah, apa lagi menyebar/tonton video lucah adalah menjadi satu kesalahan disisi undang-undang Malaysia. Kalau macam ni lah pengetahuan Nazri dalam undang-undang, maka ianya layak atau sama taraf dengan menteri-menteri dalam cerita P. Ramlee iaitu Musang Berjanggut.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.