21 Mac 2011

Rumah Ghaddafi Musnah Dibedil Missil

Sebuah missil telah menghancurkan sepenuhnya bangunan kediaman pemimpin Libya Muamar Gaddafi di Tripoli, seorang wartawan AFP yang menyaksikan kejadian itu Ahad, melaporkan.

Bangunan yang berada sekitar 50 meter (165 kaki) dari kawasan tempat Gaddafi biasanya menemui para tamu itu telah rata dengan tanah.

Bangunan pemerintah itu dibedil dengan sebuah missil, kata jurucakap rasmi Libya Moussa Ibrahim pada wartawan yang dibawa ke tempat tersebut dengan sebuah bas.

Tripoli telah digoncang oleh ledakan yang sangat kuat Ahad malam, yang terdengar datang dari tempat sekitar kediaman Gaddafi.

Asap bergelombang dari kediaman dan barak di Bab el-Aziziya di selatan ibu kota Libya itu ketika senjata antipesawat menembakkan sejumlah tembakan.

2 ulasan:

  1. Penentang Ghadafi tidak ambil iktibar dari Iraq apabila Amerika dan sekutu campur tangan dalam konflik di Libya. Rakyat Libya akan merana dan politik Libya dikawal Amerika melalui kroninya.

    BalasPadam
  2. ini semua mainan amerika.. amerika akan sokong penentang kerajaan islam supaya huru hara dan kemudian masuk campur

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.