22 Mac 2011

Merungkai Penghasilan Video Panas - Najib, Hishamuddin, Polis, Datuk T

Teknologi video dan kempen jatuhkan seteru

Sekali imbas, ceritanya memang panas – tetapi tidak masuk akal.

Adakah seorang yang begitu terkenal dan menghadapi pertuduhan liwat akan nekad untuk mendapatkan khidmat seorang pelacur di sebuah hotel di tengah-tengah ibu negara?

Dan, apakah kemungkinan bilik hotel itu pula mempunyai kemudahan rakaman yang begitu canggih sehingga video itu diambil daripada beberapa sudut.

Itulah yang juak-juak Umno dan blogger upahan mahukan rakyat percaya dalam fitnah terbaru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam percubaan terbaru untuk memusnahkan kredibiliti Ketua Pembangkang berusia 63 tahun itu, seorang yang bergelar “Datuk T” hari ini menyewa kemudahan di Hotel Carcosa yang mempunyai kadar sewa paling mahal di Kuala Lumpur.

Beliau berbuat demikian kononnya untuk membolehkan wartawan menonton video itu sebelum ia dihantar kepada Anwar dan isterinya.

“Datuk T” menggambarkan dirinya sebagai ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mahu menegakkan kebenaran.

Jika itu tujuannya, mengapa tidak diserahkan video itu kepada pihak berkuasa, termasuk Jabatan Agama Islam?

Mengapa tidak terus “melepaskan” video itu untuk disebarkan kepada orang ramai supaya kesahihan video ini dapat dikenal pasti secepat mungkin?

Kenapa harus tunggu seminggu?

Kenapa harus tunggu seminggu atas alasan memberi peluang kepada Anwar berundur secara terhormat?

Jelas tujuan untuk “menyembunyikan' video ini daripada khalayak ramai adalah hanya untuk mendapatkan publisiti maksimum untuk memalukan Anwar, sebelum kesahihan video diperinci oleh golongan profesional.

Bagi mereka yang mengenali selok belok politik Umno dan NGO upahan parti itu, persoalan utama ialah sebagus mana kualiti video fitnah ini. Dalam erti kata lain, apakah teknologi yang digunapakai untuk menghasilkannya.

Pada perbicaraan Anwar yang pertama tahun 1998, pihak pendakwaraya menjanjikan bukti video untuk mensabitkan perlakuan seks Anwar.

Namun akhirnya pihak pendakwaraya sendiri sedar bahawa “video” yang dimaksudkan itu direkacipta dengan kualiti yang begitu buruk dan tidak akan dapat dipertahankan di mahkamah.


Justeru, tidak ada bukti sebegitu ditampilkan, sungguhpun ia dijanjikan.

Sejak itu, teknologi video sudah jauh beranjak ke depan untuk memanfaatkan sesiapa yang bercadang membuat video membabitkan personaliti tertentu.

Kepada mereka yang arif dalam teknologi video, teknik memasang wajah orang tertentu melakukan sesuatu yang haram bukan perkara mustahil, namun ia adalah sesuatu yang boleh dibuktikan menerusi aplikasi teknologi yang ada.

Di tangan polis

Jika Datuk T “ikhlas” menyelamatkan negara, video itu sudah tentu berada di tangan polis, dan Jabatan Agama Islam serta pakar-pakar yang boleh memperakukan kesahihannya.

Sebaliknya tidak. Datuk T akan “menyimpan' video itu untuk seminggu manakala polis dan pihak berkuasa Islam pula tidak menunjukkan sebarang inisiatif untuk menyiasat dakwaan beliau.

Jelas tangan musuh-musuh politik Anwar sekali lagi terserlah dalam satu lagi percubaan untuk mengaibkan beliau dan keluarganya.

Dengan bertindak demikian, seteru-seteru politik Anwar mahu merencat kempen beliau dan Pakatan Rakyat di Sarawak menjelang pilihanraya negeri di situ.

Lawan politik Anwar juga amat mengharapkan “pendedahan” video seks itu akan memberikan nafas baru kepada tuduhan liwat terhadap beliau yang kini terjejas selepas hakim memutuskan polis memperolehi bukti sampel DNA terhadap Anwar secara tidak sah.

Amat mencurigakan apabila Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein awal-awal lagi menafikan pembabitan polis dalam video berkenaan.

“Jadi jangan ada spekulasi bahawa polis yang buat (video) ini, saya belum tengok dan mungkin tidak akan tengok,” kata beliau.

Hanya Hishamuddin tahu kenapa beliau bingkas menafikan pembabitan polis walhal belum pun ada tuduhan sebegitu dibuat. -mk


Banyak persoalan mengenai video seks

Untuk kali kedua dalam tempoh kira-kira empat tahun, negara digemparkan dengan klip video seks yang didakwa membabitkan ahli politik terkemuka.

Kali ini, video tersebut didedahkan kepada pihak media di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur hari ini.

Manakala majoriti wartawan yang menonton video tersebut hampir pasti identiti ahli politik yang didakwa itu, namun masih banyak persoalan mengenainya.

Siapakah 'Datuk T'?

Orang yang menganjurkan tayangan video tersebut, hanya mahu dikenali sebagai 'Datuk T' dan dia amat berhati-hati untuk mendedahkan lebih banyak lagi tentang dirinya.

Bagaimanapun, yang pasti ialah Datuk T telah dengan teliti merancang pendedahan hari ini dan telah menempah sebuah bilik berharga RM1,350 di hotel mewah Carcosa Seri Negara untuk mendedahkan video tersebut.

Dia sentiasa diiringi dua pengawal peribadi dan enggan mendedahkan apa-apa ketika ditemui, dan hanya mengulangi apa yang dinyatakan dalam kenyataan bertulis kepada media, atau mendedahkan apa kaitannya dengan ahli politik yang didakwa terbabit dalam klip video tersebut. -mk



Najib: Polis tak rakam video seks didakwa libatkan pemimpin Pakatan

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Datuk Seri Najib Razak menegaskan pihak polis tidak terlibat dalam kes rakaman video seks – yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat – melanggan khidmat seks pelacur di hotel di sini akhir bulan lalu.

Dalam mesej Twitter malam ini, ketika isu terbaru ini hangat dibahaskan dan menarik perhatian ramai, Perdana Menteri berkata beliau mahu mengesahkan apa yang diperkatakan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Bukit Aman tengah hari tadi.

“Saya suka mengesahkan apa yang Datuk Hishammuddin mengatakan bahawa polis tidak terlibat dalam rakaman video seks yang didakwa,” kata Najib sekitar pukul 9 malam tadi.

Bagaimanapun Najib tidak menyebut sama ada pihaknya sudah diberi taklimat mengenai kes itu.

Pada sidang media di ibu pejabat PKR petang tadi, Anwar menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah individu yang didakwa dalam rakaman video seks, yang mendapatkan khidmat seks pelacur.

Beliau menegaskan penyebaran video seks tersebut adalah satu strategi Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan imejnya sebagai tokoh pemimpin negara.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya, ia berniat jahat dan fitnah, saya nafikan secara keras saya adalah individu dalam video tersebut.

“Saya mengecam konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan saya serta keluarga, video yang ditayangkan merupakan satu taktik jahat yang dilakukan musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat,” katanya.

Hishammuddin juga meminta individu yang rasa dirinya “teraniaya” ekoran penyebaran video seks, yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, agar membuat laporan polis.

Beliau berkata tanpa laporan polis, pihaknya tidak boleh melakukan siasatan.

Menurut Hishammuddin, beliau baru hari ini dimaklumkan mengenai video seks tersebut dan tidak mempunyai butiran lanjut mengenainya.

“Sama ada dia daripada pemimpin pembangkang (Pakatan Rakyat) saya tidak tahu, sama ada ia tulen atau palsu saya juga tidak tahu, saya belum tengok dan mungkin tidak akan tengok,” katanya.

Naib Presiden Umno itu juga meminta semua pihak agar jangan membuat spekulasi bahawa polis terlibat dalam penyebaran video seks itu. -TMI


Ulasan GB

Ada seperkara yang aneh di dalam kenyataan Najib, bagaimana beliau boleh membela dan mempertahankan polis dengan menyatakan polis tidak terlibat sedangkan siasatan belum dilakukan?

Ia adalah premature untuk Najib berbuat demikian.

Jika demikian, Najib tahu seolah-olah tahu siapa sebenarnya pembikinnya atau perakamnya - atau satu konspirasi baru sama seperti kudeta Perak, tetapi ternyata tak berapa menjadi kali ini?

Apa tah lagi, Datuk T yang mempertontonkan video klip itu telah dengan teliti merancang pendedahan hari ini dan telah menempah sebuah bilik berharga RM1,350 di hotel mewah Carcosa Seri Negara untuk mendedahkan video tersebut.

Dia sentiasa diiringi dua pengawal peribadi dan enggan mendedahkan apa-apa ketika ditemui, dan hanya mengulangi apa yang dinyatakan dalam kenyataan bertulis kepada media, atau mendedahkan apa kaitannya dengan ahli politik yang didakwa terbabit dalam klip video tersebut.

Polis tidak pula menghalang sidang tontonan berkenaan sedangkan ia jelas menyalahi undang-undang.

Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998
Melarang penyebaran bahan berunsur kesat/lucah melalui kenyataan undang-undang tertentu (Seksyen 211 dan 233) dan penyelarasan industri di bawah Kod Kandungan (Content Code).
Klasifikasi Kod Kandungan
Forum Kandungan Komunikasi Multimedia Malaysia berdasarkan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998;• Kandungan lucah – perbuatan berunsurkan seks secara nyata, pornografi, pornografi kanak-kanak;
• Kandungan tidak bermoral – lucah, tidak bermoral;
• Kandungan berbentuk ancaman – propaganda menghasut, menanam kebencian, mengancam keselamatan negara, kesihatan dan keselamatan awam;
• Bahasa kesat – ucapan yang menghasut, keganasan;
• Kandungan salah/tidak tepat – salah, mengelirukan.


Cacatnya skrip sandiwara ini bilamana Najib sendiri bersuara membuat kenyataan "polis tak terlibat", yang memberi impak masyarakat merumuskan keadaan sebenar adalah disebaliknya.

21 ulasan:

  1. kekeliruan sudah timbul..usah menegakkan benang yang basah.... bukan satu je yang kta dengar..banyak dah...saya x heran jika video itu betul..

    BalasPadam
  2. Satu yang jelas.. kamera dijumpai kononnya dari saTU tempat..tapi dapat merakamkan dari beberapa sudut. persoalannya nya bagaimana bisa kamera yang berada dibelakang meja boleh merakamkan dari beberapa sudut tanpa dipegang atau dirakamkan dari beberapa sudut berlainan. satu persoalan yang perlu dikaji dan diteliti... terntang kedudukan kamera.. itu sendiri...

    BalasPadam
  3. Pembangunan hotel di Malaysia perlu dihentikan seketika memandangkan industri perlancongan akan mengalami kelembapan seketika memandangkan pelancong bimbang aksi honeymoon mereka terakam di bilik hotel.

    BalasPadam
  4. memang tak masuk akal pun sebab video tu dihasilkan khas buat pengundi-pengundi sarawak yg iq rendah. dapatlah bn lonjakan beberapa % lagi undi di sarawak hasil daripada video ni. org sarawak memang penyokong tegar bn.

    BalasPadam
  5. Datuk T ? T for "Temberang".

    BalasPadam
  6. Ya Allah Ya Tuhan Kami. Engkaulah Penguasa Yg paling Agung dan yg Paling Berkuasa. Kami hamba2 Mu memohon perlindungan dari segala fitnah dan kezaliman oleh golongan yg sesat ini. Berilah kami Ketenangan dan Istiqamah bermunajat kepada Mu dalam menghadapi dugaan Mu ini Ya Allah. Sesungguhnya hanya dengan izin Mu Ya Allah segala fitnah dan kezaliman ini terjadi. Oleh itu Kami memohon agar kami dan keluarga kami diselamatkan dari segala bala ini.

    Kembalikanlah segala fitnah dan kejahatan ini kepada mereka yg bertanggungjawab agar menjadi pengajaran supaya mereka tidak kembali kepada Mu dengan dosa besar ini. AMIN YA RABBAL ALAMIN..

    BalasPadam
  7. Biasalah Kalau Dah Dekat Nak Pilihanraya Ini...Macam2 Keluar...Hello Bro / Sis...Ingat ALLAH ingat TUHAN sikit...Jangan Ingat Dunia Ana Yang Punya

    BalasPadam
  8. hanya monyet saja yang percaya apa yang monyet lain buat.

    BalasPadam
  9. sesungguhnya dosa fitnah itu lebih besar dari membunuh...tp yg bestnye dalam buletin utama semalam ade sorang ulama ala2 ustaz tu bg komen dah macam sah2 si anwar ni terbabit suruh bertaubat la apela padahal hitam putih pun belum tahu lagi, memalukn seorang yg beridentitikn mcm ustaz blh buat kenyataan mcmtu, dah2la memperalatkn media...rakyat zaman cyber sekarang semua berpendidikan tinggi2 belaka dah blh berfikir dgn logik akal

    BalasPadam
  10. aku nak tunggu apa tindakan pihak berkuasa terhadap penyimpan video lucah itu (datuk T)? apakah akan ada sikap double standard? lu orang pikio lah sendri.

    BalasPadam
  11. Barangkali gambar superimpose dan lelaki itu pakai topeng muka (mask) menyerupai yang ditohmah. Kalau tak ada agenda jahat mengapa tidak terus laporkan kepada pihak berkuasa. Nampak gembira sangat mengaibkan orang lain sudah pasti ada agenda tertentu. Hentikanlah kerja kotor ini kerana bagi orang yang berakal dan rasional tohmahan tersebut tidak akan diterima bulat-bulat. Yang pasti mereka hanya mahu menyekat yang ditohmah daripada memegang tampuk pemerintahan di Malaysia. Itu saja.

    BalasPadam
  12. Persoalan>

    1. Kenapa polis tak ambil tindakan?
    2. Kenapa Hotel benarkan tayangan itu?
    3. Kenapa Ketua Agama Islam Malaysia Jamil Khir diam menikus?
    4. Kenapa LPPFM tak ambil tindakan?
    5. Kenapa Mr T masih bebas dan polis tak tahan beliau?

    BalasPadam
  13. salam,

    aku ada tanya banyak jugak ustaz dan ulamak (bukan ulama komersil) dan depa kata tahun ni memang tahun 'azab'. banyak akan berlaku bencana dan laknat akan turun atas muka bumi ni.

    aku sangat-sangat berharap para pembuat fitnah akan kena azab Allah, amin.

    BalasPadam
  14. Kalau lah dgn kesungguhan begini, kenapakah TIADA walau satu pun video curi yang berjaya merakam Anwar melakukan liwat pada Saiful atau mangsa2 lain?

    Kenapa pula jika dengan mudah Anwar berjaya dirakam berhubung seks dengan perempuan, tiada pula setakat ini walaupun semasa Mahathir dulu, walau satupun pendakwaan salah moral terhadap Anwar?

    Najib ni memang lah bodoh. Sudah sepatutnya Najib ni ditolak oleh UMNO jika mahu ada secebis peluang dalam pilihanraya nanti.

    BalasPadam
  15. najib tu kan PM paling bodoh. sebab takda kelulusan apa2.jadi dia memang bodoh.

    BalasPadam
  16. mentang-mentang ds anwar ketua pembangkang..puak-puak umnoo akan bermati-matian hendak lingkupkan ds anwar dengan apa cara sekalipun dari kerjaya politic beliau.ingat tak kes en.rais orang jelebu,cepat-cepat umnoo tutup kes.cuba kita bayangkan najib razak ditempat ds anwar sekarang...najib boleh ke.sabar sesabar ds anwar?????

    BalasPadam
  17. Mengapa? kerana anwar semua boleh..... tidak menjadi kesalahan.... sedangkan peyebaran bahan lucah, menayangkan, mempamerkan, memamparkan pun salah apatah lagi menyewa bilik 5 bintang dan mengajang orang ramai menyaksikannya-tayangan umum...diHotel pulak tu!! apakah hotel dibolehkan menayangnya kerana sebab anwar?

    BalasPadam
  18. Anon 12.45pm....PM paling bodoh Pak Lah la....Najib paling bodoh juga tapi utk tahun 2011 hingga kini. Pasal tu ahli UMNO bawahan kekal bodohnya kalau ada yg upgrade bertingkat bodohnya ahli UMNO bawahan dari Johor???

    Senang citer...pada yg rapat dgn Anwar...atau GB sendiri maklumkanlah supaya Anwar bersumpah dgn Al Quran nak nak kat Masjid. Perkara nie tak dituntut dalam Islam....Tapi tak berdosakan??? Bersumpah ini saya yakin akan menghilangkan rasa tidak yakin 70% org melayu terhadap Anwar bagi kes-kes yg Anwar hadapi.

    Cadangan nie terhasil bila saya bercampur dgn melayu-melayu yg parti UMNO & PR...malah yg atas pagar juga mahukan begitu. Nak buat mcmana....melayu malaysia memang jenis nie??? Lebih adat dari ajaran Islam. Yang ada kuasa dalam islam pun cakap sering kali mengkonfiuskan org islam ....seperti kes bernikah di masjid??? ada kali tak OK ada kata OK???

    BalasPadam
  19. sudah potong ke belum? eh tak potong lagi. potong berbaloi baloi. baik potong terus, siapa lagi yang berani nak tuduh.

    BalasPadam
  20. Saya seru kepada rakyat Malaysia Mala'on2 mcm ni perlu direjam ngna batu jer supaya fitnah tidak menjadi-jadi di bumi Malaysia..Jika pihak berkuasa tidak mampu melakukan vtindakan yang sepatutnya maka kita rakyat perlu bangkit dan menyelesaikan masalah yang mnejadi barah ini agar tidak menular kepada anak-anak bangsa kita.. MEMALUKAN SAJA MALAYSIA DI MATA DUNIA....

    BalasPadam
  21. malaysia akan di timpa bala bencana.Insyallah selagi ada orang2 soleh yang mendoakan semoga tanah air kita dan orang2 islam selamat selagi itulah kita akan selamat.Amin.Semoga orang yg memfitnah itu bertaubat segera.Nyawa akan di cabut bila2 masa shj.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.