20 Mac 2011

Libya: 48 Terkorban, 150 Cedera, Cina Kecam Serangan Ke Atas Libya

Serangan udara peringkat pertama tentera perikatan kuasa Barat di beberapa bandar di Libya telah mengakibatkan 48 orang terbunuh dan 150 lagi cedera di kawasan “orang awam”, dakwa televisyen kerajaan hari ini.

Libya menyifatkan serangan itu pencerobohan musuh.

Perikatan lima negara melancarkan serangan ke atas negara utara Afrika itu lewat semalam dan awal pagi ini (waktu Malaysia).

Kenyataan pihak tentera Libya berkata ibu negara Tripoli dan Sirte, Benghazi, Misrata dan Zuwarah terjejas ekoran serangan ketenteraan yang dinamakan Operasi Odyssey Dawn.

Lebih 110 peluru berpandu dilepaskan dari kapal perang dan kapal selam Amerika Syarikat dan Britain.

Turut menyertai kempen itu yang diperakui PBB ialah Perancis, Kanada dan Itali.

SEMENTARA ITU, Kementerian Luar Negeri Cina mengecam serangan udara yang dilakukan pasukan perikatan terhadap Libya, Minggu (20/03/11).

Dalam sebuah pernyataan Cina menyatakan terus mengikuti perkembangan di Libya dan menyebut serangan tersebut mengganggu hubungan antarabangsa.

Rusia juga mengeluarkan pernyataan serupa dan meminta agar ada gencatan senjata secepatnya.

Bagaimanapun pernyataan Cina tidak menyebutkan perihal gencatan senjata dan menekankan kalau Cina menghormati "kedaulatan, kemerdekaan, persatuan dan integriti kawasan Afrika Utara."

"Kami mengharapkan Libya dapat segera membangunkan kestabilan dan mencegah adanya korban orang awam akibat peningkatan konflik bersenjata," demikian isi pernyataan tersebut.

Seperti yang dilaporkan sebelumnya pasukan perikatan AS, Perancis dan Britain menyerang Libya dengan misil dari udara maupun laut guna mendesak pelaksanaan larangan bebas terbang dan perlindungan bagi pemberontak dari serangan pasukan Muammar Gaddafi.

Cina dan Rusia merupakan negara terkuat yang menyampaikan pendapat yang bertentangan dengan aksi militer di Libya diantara 15 anggota Majlis Keselamatan PBB.

Meski demikian, keduanya tidak menghalang resolusi PBB untuk melaksanakan operasi tersebut melalui mekanisme hak veto. Keduanya hanya tidak memberikan suara ketika resolusi dijatuhkan.

Perancis dan Britain sebelumnya mendorong pelaksanaan larangan terbang dan Presiden Perancis Nicolas Sarkozy menulis kepada ketua pemerintahan semua anggota Dewan Keselamatan untuk mendokong tindakan tersebut.

Cina menyatakan tidak memberikan suara kerana menganggap tindakan tersebut mencampuri urusan dalam negeri negara lain.

3 ulasan:

  1. kebangkitan rakyat Libya memang baik.. tapi dari awal lagi saya meragui daripada mana para pemberontak mendapat senjata yang canggih sehingga berjaya menawan beberapa buah bandar.. berbeza sekali dengan Mesir dan Tunisia dimana demonstrasi berjaya menumbangkan kerajaan..

    BalasPadam
  2. Sekali lagi manusia yang menggelar diri mereka Jaguh hak asasi manusia telah melanggar hak asasi manusia lain.
    Apa hak US, British dan sekutu berbuat keputusan untuk rakyat negara lain? Haram jadah punya pakatan perikatan.
    Ini gara-gara minyak mentah yang ada kat Libya. Satu lagi "Iraq" yang akan dijatuhkan dan di"pam" habis minyak mentahnya.
    Haram jadah punya kufar. Tindakan depa tu sebiji serupa seperti BN di MalaysiaKu. Habis kekayaan negara diperhabiskan tapi masih bermuak tembok dengan menyatakan RAKYAT DIDAHULUKAN.

    BalasPadam
  3. sama ja

    peristiwa mesir dan tunisia terlampau ringkas dan mudah

    walaupun cara berbeza

    tema dia pertukaran rejim baru

    maknanya ada perubahan strategi dan polisi depa di timur tengah (dan dunia islam?)

    maknanya kita kena start tanya soalan "apa sebenarnya sedang berlaku?"

    kaji bang jangan tak kaji

    dan adakah "sejarah" berulang lagi?

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.