Kangar — Polis sukar untuk menyiasat kes kehilangan sebuah rumah di Kampung Bakau dekat sini kerana maklumat lengkap penyewanya tidak diperolehi.
Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Abdul Rahman Mohd Noordin, pemilik rumah pusaka berusia 60 tahun itu, Zuria Ali, 30, gagal memberi maklumat lengkap mengenai penyewa rumah tersebut.
“Penyewanya sudah lama tiada, dipercayai sejak banjir besar melanda Perlis pada November tahun lalu. Sementara pihak yang mencuri juga belum dikenal pasti,” katanya kepada Bernama.
Tapak rumah berkenaan adalah milik Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs).
Suri rumah tersebut yang kini menetap di Kampar, Parak terkejut apabila diberitahu Khamis lalu bahawa rumah pusaka milik arwah ibunya yang disewakan kepada individu tertentu lesap dinding dan bumbungnya dan hanya tinggal tapak rumah sahaja.
Beliau yang kemudiannya pulang mendapati rumah itu benar-benar hilang.
Zuria berkata rumah itu telah lama didirikan di atas tanah PKENPs namun tiada pihak memaklumkan mengenai sebarang pengambilan tanah di situ.
“Saya terkilan kerana rumah itu hilang bersama perkakas di dalamnya,” katanya.
Beliau berharap polis dapat meneruskan siasatan bagi mengenal pasti pencuri rumah tersebut kerana beliau turut kehilangan pelbagai harta pusaka milik arwah ibunya di rumah itu.
Jurucakap PKENPs pula berkata tanah tersebut memang milik perbadanan itu tetapi ia tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak merobohkan premis itu kerana belum ada perancangan pembangunan di tapak itu.
“Sekiranya PKENPs ingin mengambil alih tanah tersebut, kami akan memaklumkan kepada pemilik rumah terlebih dahulu dan kerja merobohnya hanya boleh dilakukan oleh MPK (Majlis Perbandaran Kangar),” katanya.
Satu sumber berkata kes kehilangan rumah boleh berlaku kerana kini banyak rumah yang dibina oleh ibu bapa terpaksa ditinggal tanpa penghuni dan dipantau setelah ibu bapa tersebut meninggal dunia.
Anak-anak mereka telah berhijrah ke tempat lain termasuk yang bekerja dan menetap di bandar-bandar besar.
“Dengan ketiadaan penghuni, ada pihak yang turut mengambil peluang seperti mencuri bumbung zink rumah untuk dijual termasuk oleh golongan penagih dadah,” katanya. — Bernama

Salam GB,
BalasPadamsaya mohon pautkan Sistem-Dunia di blog tuan. Add: http://zulkifli-salleh.blogspot.com/
Sila ke SD untuk perbincangan intelektual