Unit FLOM di bawah JPM tidak wujud, kata Nazri Aziz
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini menafikan kewujudan unit Wanita Pertama Malaysia (FLOM) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Justeru katanya, persoalan mengenai kewujudan pegawai-pegawai khas kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sewajarnya tidak timbul.
“Saya ingin menjelaskan soalsan ini telah dijawab saya pada 25 Disember 2010
"Tiada kontrak atau kakitangan tetap ditugaskan khusus kepada isteri perdana menteri, sebaliknya pegawai dari jabatan itu dari semasa ke semasa ditugaskan bagi membantu beliau.”
Beliau mengulas soalan tambahan daripada Anthony Loke (DAP-Rasah) berhubung mengapa divisyen FLOM disenaraikan jika tiada divisyen seumpama itu ditubuhkan.
Loke ingin tahu fungsi unit FLOM, jumlah kakitangan dan peruntukan kos operasi unit itu bagi tahun 2011.
Menjawab soalan Loke yang ingin tahu bahawa sebelum ini tertera nama serta jawatan enam pegawai yang ditugaskan membantu Rosmah dalam laman web JPM, Nazri berkata pegawai itu merupakan kakitangan JPM yang ditugaskan membantu Rosmah dalam menjalankan tugas-tugas beliau selaku isteri Perdana Menteri.
"Direktori dan laman web Jabatan PM sedang dalam proses kemas-kini, untuk elakkan kekeliruan,” katanya di bangunan parlimen hari ini.
Katanya, antara tugasan pegawai yang dipinjamkan itu termasuk menguruskan surat menyurat dan dan mengendalikan jemputan rasmi dari dalam dan luar negara.
Kos lawatan Rosmah lebih RM134,000
Tambahnya, mereka yang ditugaskan itu bagi kerja-kerja sementara itu adalah kakitangan yang telah diambil bertugas di pejabat perdana menteri.
"Tidak timbul elemen elemen kos tambahan kerana mereka yang ditugaskan itu adalah kakitangan pejabat PM,” katanya lagi.
Dalam jawapan bertulisnya, Nazri juga berkata kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.
Dalam penjelasan itu, Nazri berkata rombongan yang diketuai Rosmah itu turut disertai menteri wanita, isteri-isteri menteri-menteri, menteri besar-menteri besar, ketua menteri serta beberapa pegawai kerajaan.
Rombongan ke bandar Riyadh, Muscat dan Dhaka itu juga mendapat kelulusan jemaah menteri. -mk
Ulasan GB
Bagaimana boleh dikatakan Unit First lady of Malaysia (FLOM) tidak wajud sedangkan di lamanweb Pejabat Jabatan Perdana Menteri JELAS memaparkan senarai kakitangan FLOM sebelum ianya dibuang selepas ia hangat dipersoalkan?
Ia bukan sahaja menimbulkan kekeliruan seperti didakwa Nazri, malahan yang nyata ia satu penipuan, satu salahlaku yang melibatkan JPM yang tidak pernah berlaku di dalam era PM-PM sebelum Najib, menyediakan unit khusus untuk isteri PM.
Kedua, Nazri berkata "Tiada kontrak atau kakitangan tetap ditugaskan khusus kepada isteri perdana menteri, sebaliknya pegawai dari jabatan itu dari semasa ke semasa ditugaskan bagi membantu beliau.”
Bukankah itu penyalahgunaan tenaga kerja kakitangan awam yang sepatutnya bekerja untuk tugas-tugas rasmi PM dan bukan isteri PM?
Ketiga, beliau menambah, "Tidak timbul elemen elemen kos tambahan kerana mereka yang ditugaskan itu adalah kakitangan pejabat PM,” tetapi beliau juga berkata "kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76".
Bukankah itu jelas satu penipuan?

Di luar menipu rakyat.Di dalam dewan menipu ahli parlimen.Apa ni Nazri? Ingat rakyat Malaysia ni bodoh ke??Cukuplah kamu memperbodoh ahli UMNO dan penyokong2 UMNO.Kami rakyat Malaysia yg tak sokong UMNO tak boleh terima itu semua.Kalau kamu kalah nanti jangan marah kami kerana telanjangkan semua pembohongan kamu itu dan jangan kata ISLAM tak boleh aibkan sesama muslim.
BalasPadamKonsep 1 Malaysia, tak tipu tak sah bagi BN/UMNO. Lagi terang lagi bersuluh, nak tipu apa lagi semua rakyat dah tahu.
BalasPadamBerbohong nak selamatkan diri.Ini betul-betul ahli Parlimen haprak.Dia takut kad Rosmah,takut Rosmah hempit dia hingga mati.Wajar haprak ni dikemukakan keJK Disiplin Parlimen kerana menipu.
BalasPadam