31 Mac 2011

Huh Rahim Beri Amaran Kepada Blogger?

Rahim beri amaran Anwar usah serang peribadi

Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik memberi amaran kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penulis blog supaya tidak melampaui batas dengan mengaitkan hal peribadinya dalam perbincangan mengenai isu pendedahan rakaman video seks didakwa membabitkan pemimpin pembangkang itu.

Bekas Ketua Menteri Melaka yang juga seorang daripada trio 'Datuk T' itu berkata, ia kerana dakwaan membabitkan isu moral berkaitan dirinya yang dibuat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkenaan termasuk penulis laman blog adalah tidak benar dan dipercayai bermotifkan serangan peribadi.

Katanya, beliau akan melihat dan memantau perkembangan laman blog berkenaan sekiranya ia mempunyai unsur serangan peribadi terhadap dirinya.

"Lagipun, saya tidak pernah didakwa oleh mahkamah dan tidak pernah juga melakukan kesalahan baik dari segi moral mahupun bukan moral.

"Sehubungan itu, saya beri amaran kepada beliau (Anwar) supaya jangan sesekali menyerang peribadi saya kerana perbuatan itu tidak sesuai dengan budaya Islam. Jadi, berhati-hati dan jangan melampaui batas dan jika ia berlaku juga, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perjumpaan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal bersama warga Kolej Risda di Ayer Pa'abas dekat sini, semalam.

Pada 24 Mac lalu, Abdul Rahim, ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim mengakui mereka adalah trio Datuk T yang bertanggungjawab menyimpan dan menayangkan video berkenaan kepada sebahagian wakil media di Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu.
Ketika ditanya sama ada beliau ada menerima ugutan daripada pihak tertentu berhubung isu rakaman video seks itu, Abdul Rahim yang juga Pengerusi Risda berkata, tiada ugutan diterimanya setakat ini.

Ulasan GB

Bekas Ketua Menteri Melaka ini masih tidak sedar diri.

Dia masih menganggap dirinya "bersih" sekalipun satu dunia sudah tahu kes beliau merogol remaja bawah umur.

Benar, beliau tidak pernah didakwa oleh mahkamah, kerana peguam negara dan mahkamah yang ada menjaga kepentingan UMNO. Sehingga yang kena penjara ialah Lim Guan Eng pada tahun Ogos 1998 semata-mata kerana membela nasib gadis itu.

Tetapi mahkamah "kebenaran" akhirnya mencampak turun Rahim Tambi Chik dari jawatan Ketua Menteri Melaka dan menaikkan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Mutiara!


10 ulasan:

  1. dia tak serang peribadi anwar, tapi serang jawatan ketua pembangkang .. dlm video tu bukan peribadi anwar tapi jawatan lelaki anwar.. kah kah kah

    BalasPadam
  2. Nampaknya ramai Orang sudah masuk Islam dan bercakap tentang Islam. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  3. namapak kuasa Allah LGE naik dia tertiarap jatuh

    BalasPadam
  4. ingat ALLH = Beriman

    ingat UMNO = sex+rasuah+fitnah+kotor

    BalasPadam
  5. hj lutfi bin hj abu hanifah31 Mac 2011 pada 4:55 PTG

    selagi dia hidup senang selagi itu dia menyangka Allah kasih dirinya dan dia berada dipihak yang betul...dunia, dunia..

    BalasPadam
  6. KAH KAH KAH, BEGINILAH ORANG TAK BERIMAN.CEPAT LUPA DAN MENJADI SASAU. KESIANNNNNNNNNNNNNNNNN

    BalasPadam
  7. rahim wakil UMNO nak edar filem lucah?

    BalasPadam
  8. BAWA MAKAMAH PUN ok JUGA.....BOLEH KES RAHIM TAMBI CITS DI BUKA SEMULA......PANGGIL BUDAK YG KENA ROGOL TU SEMULA...KITA TENGOK APA CITERNYE....CERCITER...CERCITER...

    BalasPadam
  9. aku bagi amaran kat hampa!jagan serang peribadi aku!!!!hampa tau aku sapa?jangan dok buat main2 dengan aku dulu aku dituduh zina dengan budak bawah umur hampa tau sapa kena penjara???kemudian kes rasuah pun aku bebas hampa tengok lani aku jadi pengerusi risda hampa tau sekali aku pi mesyuarat elaun banyak mana??.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.