28 Mac 2011

Eskay Dan Kisah Anjing Sepherd Yang Tersangkut Kepalanya Di Tembok

Shazryl Eskay Abdullah - begitulah namanya.

Sebelum kes video seks yang sedang hangat diperkatakan sekarang, boleh dikatakan lansung tiada orang yang mengenali nama itu, kecuali beberapa tokoh yang memang mempunyai urusan dengannya.

Namanya meletup apabila beliau secara berterus terang mengakui - 'Saya dalam video itu', apabila ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.

Shazryl yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku.

Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis.

Menurut seorang pemberita yang menonton video itu, selain seorang wanita dan lelaki mirip Anwar, terdapat seorang lagi dilihat di permulaan video itu. Bagaimanapun, bahagian mukanya tidak kelihatan.

Persoalan kini, jika beliau mengaku bahawa beliau ada di dalam video berkenaan, dan kini menuduh Anwar Ibrahim adalah pelaku yang mengadakan adegan seks berkenaan, bererti beliau (Eskay) telah jelas melakukan kesalahan iaitu sengaja membiarkan adegan itu berlaku dan dirakamkan dengan kehadirannya, malah penyertaannya sendiri (sepertimana yang diakuinya sendiri) di dalam video seks tersebut.

Pada 21 Mac 2011, beliau yang dikenali sebagai salah seorang daripada trio Datuk T ketika itu, telah menempah sebuah bilik berharga RM1,350 di hotel mewah Carcosa Seri Negara untuk mendedahkan video kepada pihak media. Ia jelas satu kesalahan di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Di dalam keadaan jika pihak polis bebas dan berkecuali, kedua-dua hal di atas sudah memadai untuk mensabitkan Eskay dengan kesalahan di bawah undang-undang, tetapirakyat sudah sedia maklum, bahawa, institusi polis di dalam negara ini adalah mengikut telunjuk pemimpin parti politik pemerintah. Justeru Esaky masih bebas.

Di dalam kenyataan-kenyataannya dan di dalam sidang akhbarnya bersama dengan Rahim Tamby Chik pula, terdapat banyak percanggahan fakta yang timbul, menyebabkan keseluruhan episod video seks lebih banyak menimbulkan keraguan dan lebih ramai yang mempercayai bahawa ia adalah konspirasi jijik Eskay daripada apa yang cuba dilakukan - iaitu untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim.

Eskay sendiri saya rasa tidak menduga bahawa kes ini akan meletup sehingga dirinya sendiri boleh terjerat, apatah lagi jika terbukti bahawa lelaki yang dimaksudkan sebagai Anwar itu bukan Anwar yang sebenarnya. Ini akan meletakkan pula Eskay sebagai konspirator paling jahat yang negara pernah jumpa.

Eskay sebenarnya telah menjerat dirinya sendiri.


Kisah Anjing Sepherd Tersangkut Kepala Di Tembok



Dengan muka sayu sedih, lihatlah betapa lawaknya anjing ini tersangkut kepalanya di tembok



Badannya tak muat menembusi lubang tembok... binatang betul la anjing ni!


Di California, pihak berkuasa terpaksa membantu seekor anjing jenis German Sepherd melepaskan kepalanya yang tersangkut di tembok, sehingga memeningkan kepala semua pihak mencari punca kenapa ia jadi begitu!

Tapi percayalah, tidak mustahil anjing ini terpengaruh dengan lagak ahli silap mata dunia David Cooperfield yang berjaya menembusi badannya melepasi Tembok Besar China. Barangkali anjing ini juga ingin mencuba, tetapi hasilnya beginilah, seperti dirakamkan gambarnya! -singalautmetro


8 ulasan:

  1. Rupa German Shepherd tu dgn SK ada imbas-imbas jugak, bersaudara kot?

    BalasPadam
  2. Jika aku KP...org pertama aku tangkap ialah Nazri yg tahap pemikirannya seperti org Bodoh yg dah kena nasi kangkang....kerana membenarkan org menayang video lucah dengan alasan bukan cari keuntungan???

    Tahap bangang punya menteri mcm nazri pun PM boleh kekalkan lagi dalam kabinetnya....senanglah Nazri ni perbodohkan ahli UMNO yg sedia ada bodohnya???

    BalasPadam
  3. salam...ni da pntun 2 kerat

    ngok muka aku dah seram
    gerenti hati org ni legam

    jambatn bengkok punya angkara
    cian manusia akhirnya gila

    fitnah akibat harta n kuasa
    lenyap hilng maruah bangsa

    hinanya melayu diakhir zaman
    adab susila terbng melayang

    bila iman tolak ketepi
    walaupun hidup serupa mati

    kalau agama tolak belakang
    jdila hidup tanpa pedoman

    bila asyik mengejar dunia
    lupalah maut mengejr tiba

    wahai datuk 3 serangkai
    gagal dah fitnah,datuk2 tak longlai?

    wahai datuk segera lah taubat
    mohon la maaf sebelum terlambat

    halia itu tanam-tanaman
    kebarat jua akan condongnya
    dunia ini pinjam-pinjaman
    akhirat juga akan akhirnya!

    peringatan untuk ku jua!

    datuk3 kalu menyingkun perasaan..maaf ya!

    BalasPadam
  4. apakah tindakan atas si juru kemara? macam ini BN galakkan rakam semua pelangan tidur di bilik hotel. Sikap BN , Beban Negara

    BalasPadam
  5. Hmmm kita ni manusia...kita lawak..lawak lah juga. Tapi sebagai manusia, janganlah sampai menjadikan anjing yang ditimpa kemalangan begitu dijadikan bahan lawak. Makhluk Allah tu! Kasihan kat dia.

    Apa salah dia? Dia taklah sekeji manusia yang memfitnah, hipokrit dan berjiwa Syaitan.

    Sebagai pencinta haiwan saya protes perkara ini!

    BalasPadam
  6. Sdra Zairil,

    Jangan lupa bahawa Allah berfirman:

    "Dan sekiranya Kami menghendaki, tentu Kami menaikkan dia dengannya, tetapi dia cenderung kepada bumi, dan mengikuti keinginannya. Maka persamaannya seperti persamaan seekor anjing: jika kamu menghalaunya, ia menjulurkan lidahnya, atau jika kamu membiarkannya, ia menjulurkan lidahnya juga. Itulah persamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah ceritanya supaya mereka memikirkan. (Al-A'raf: 176)

    Sebagai pencinta binatang, apakah anda akan memprotes Allah kerana mengambil anjing sebagai contoh perlakuan yang buruk dan "menyamakan"nya dengan perangai manusia?

    BalasPadam
  7. Harap semua hotel di Malaysia selalu buat pemeriksaan untuk memastikan tiada hiden camera. Hotel yang baru dibina pula elok pastikan tiada hiden camera di setiap bilik. Nanti pelancong tak tempah pula.

    BalasPadam
  8. Mamat ni pasti dapat untung besar di Padang Mahsyar nanti kerana menjadi tokey firma Fitnah Video.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.