12 Mac 2011

[Bergambar & Video] Korban Gempa Jepun Dijangka Melebihi 1,000 Orang

Tokyo - Korban mangsa akibat gempa di Jepun, diramalkan akan melebihi 1,000 orang. Ini disebabkan keadaan di kota yang parah terkena gempa masih di dalam porak poranda.

Proses menyelamatkan mangsa hingga kini masih terus berlanjutan. Polis sebelumnya menemukan mayat korban di Kota Miyagi hingga mencapai 300 orang. Angka korban tersebut disebabkan terkena sapuan gelombang tsunami, demikian diberitakan pejabat berita Kyodo, Sabtu (12/3/2011).

Tsunami yang dimulai dengan gempa berkekuatan 8.9 skala richter (SR) ini dikabarkan menyapu apapun yang dilaluinya di wilayah timur laut Jepun.

Sementara kira-kira tiga ribu warga dipindahkan dari sebuah pusat penyedia eletrik tenaga nuklir (PLTN) di Prefektur Fukushima. Namun tidak ada kebocoran radiasi selesai PLTN tersebut digoncang oleh gempa terbesar selama 140 tahun yang terjadi di Jepun.

Gempa dahsyat ini mengundang simpati dari negara-negara lain. Mereka bersiap untuk memberikan bantuan kepada negara yang kekuatan ekonominya berada di bawah China ini. Salah satu yang menyatakan kesediaannya untuk membantu Jepun adalah Amerika Syarikat.

Presiden AS Barack Obama mengatakan negaranya bersiap sedia untuk membantu memberikan bantuan kemanusiaan kepada Jepun.






















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.