9 Mac 2011

Bangunan Di Menara Jam Besar Mekah Terbakar

Satu kebakaran besar berlaku di salah satu menara gedung King Abdul Aziz Endowment - rumah menara jam tertinggi di Makkah pada Selasa lepas. Kebakaran itu membuatkan jamaah umrah di Masjidilharam yang sedang melakukan tawaf dan sa'i menjadi panik.

Kebakaran tersebut telah mengakibatkan bekalan elektrik terputus di sekitar Masjidil Haram selama lebih dari satu jam, satu sumber mengatakan kepada Arab News. Tidak ada kematian atau kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.

Petugas pemadam kebakaran bergegas ke lokasi dan orang ramai telah dikeluarkan dari bangunan dengan bantuan anggota masyarakat. Pertahanan Awam juga memotong sambungan elektrik ke menara sebagai sebahagian dari usaha untuk mencegah api dari merebak. Beberapa saksi menyatakan mereka melihat asap tebal mengepul keluar dari bangunan.

Menurut laporan awal, api bermula di ruang generator. Namun elektrik kembali menyala setelah api berjaya dipadamkan.

Leftenan Kolonel Ali Al-Muntashri, jurucakap Pertahanan Awam, menyatakan pihaknya menghantar pasukan penyelamat 15 dan 10 pasukan bantuan pertama ke lokasi kebakaran. Namun tak ditemukan mangsa luka atau cedera serius yang lain.

Penyelidikan telah dilakukan untuk mengenalpasti punca kebakaran berlaku, katanya. Perusahaan Elktrik Saudi juga menghantar lima pasukan untuk mengatasi masalah itu.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.