Ahli Parlimen BN selar tindakan pembangkang samakan pergolakan di Arab
Tindakan pembangkang yang cuba menyamakan pergolakan politik di negara Timur Tengah dan Afrika Utara dengan Malaysia diselar Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).
Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) yang menyifatkan tindakan pembangkang itu sebagai tidak rasional dan tidak waras, berkata pergolakan di negara berkenaan berlaku disebabkan pemimpin yang bersifat autokratik dan kuku besi.
"Kita tak boleh nak samakan keadaan mereka dengan Malaysia kerana kita di sini mempunyai empat negeri yang dikuasai oleh pihak pembangkang melalui pilihan raya iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
"Oleh itu, tindakan cuba menyamakan situasi di negara-negara terbabit dengan Malaysia adalah tidak rasional," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mencelah pada sesi membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong oleh Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) di Dewan Rakyat hari ini.
Bung Mokhtar berkata, hakikatnya, kerajaan sentiasa memantau permasalahan rakyat tanpa mengira ideologi politik masing-masing.
Apa yang dilakukan pembangkang, katanya hanya memikirkan kuasa semata-mata tanpa mengambil kira kepentingan rakyat.
Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran) yang turut menyelar tindakan itu pula berkata, pembangkang hanya tahu menghasut rakyat terutama golongan muda supaya membenci kerajaan walaupun pada masa sama mereka menikmati segala kemudahan disediakan.
"Pembangkang juga pada pilihan raya kecil yang lalu menghasut anak-anak kecil dan pemuda untuk mengutuk kerajaan, memburukkan kerajaan dan menafikan sumbangan kerajaan.
"Mereka cuba mengambil pendekatan seperti mana berlaku di negara-negara luar sedangkan negara kita aman makmur, ini yang menyedihkan," katanya.
Menurutnya, pergolakan di negara Timur Tengah dan Afrika Utara adalah disebabkan faktor politik dan ekonomi.
"Dari segi politik, Malaysia mengamalkan kebebasan bersuara serta mengamalkan pemilihan pemimpin yang telus (menerusi pilihan raya) manakala dari segi ekonomi pencapaian kita jauh lebih tinggi daripada negara-negara terbabit," katanya. - BERNAMA
Ulasan GB
Apa yang nyata dari ucapan ahli-ahli parlimen BN di Parlimen semalam menjelaskan kepada kita beberapa perkara:
Pertama mereka (ahli-ahli parlimen BN) tidak mahu dan mereka takut rakyat akan mengambil iktibar dari apa yang berlaku di Timur Tengah untuk menolak segala kezaliman dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim-rejim pemerintah negara-negara tersebut ke atas rakyatnya.
Kedua: Ahli-ahli parlimen BN tersebut menuduh pembangkang cuba menyemarakkan hasutan ke atas rakyat dan
Ketiga: Ahli-ahli parlimen BN cuba berdalih menyatakan apa yang berlaku di negara luar tidak sama dengan keadaan di negara ini.
GB berhujjah begini:
Kita ingin menyatakan bahawa fenomena "protes" rakyat akan berlaku tidak kira dimana sahaja (tidak terhad di Timur Tengah) apabila rakyat merasakan mereka ditindas dan dizalimi oleh pihak kerajaan.
Malah rakyat Malaysia lebih dahulu pernah menyatakan protes mereka terhadap kerajaan BN daripada rakyat-rakyat Mesir, Tunisia, Libya, Bahrain, Oman dan lain-lain apabila rakyat negara ini pernah bangkit dengan perhimpunan Bersih (Gelombang Kuning), PPSMI, protes SYABAS dan lain-lain. Lansung tiada kena-mengena dengan tunjuk perasaan di Timur Tengah dan Afrika.
Bung Mokhtar menyatakan: Kita tak boleh nak samakan keadaan mereka dengan Malaysia kerana kita di sini mempunyai empat negeri yang dikuasai oleh pihak pembangkang melalui pilihan raya iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
Benar, tetapi jangan lupa kerajaan BN terus-terus menyiksa dan menzalimi kerajaan-kerajaan negeri tersebut bermula dengan merampas secara tidak sebuah kerajaan negeri yang ditegakkan dengan pilihan rakyat di Perak, merampas royalti Kelantan secara haram, kerajaan pusat cuba pula menimbulkan pelbagai karenah dan masalah untuk menekan dan menindas kerajaan Selangor, Pulau Pinang dan Kedah di samping ugutan-ugutan pihak polis, SPRM terhadap kerajaan-kerajaan berkenaan.
Diperburukkan lagi dengan perjalanan Suruhanjaya Pilihanray [SPR] yang tidak bebas dan berkecuali apabila bertindak melampau dengan membiarkan pihak parti kerajaan memperalatkan agensi dan institusi awam diperalatkan oleh BN di dalam pilihanraya disamping mereka sendiri berusaha untuk melakukan kerja-kerja kospirasi secara sistematik untuk memenangkan BN dengan memanipulasi daftar pemilih dan undi pos. SPR akan mencari setiap inci kesalahan walau betapa kecil pun dilakukan oleh parti pembangkang tetapi membiarkan apa jua kesalahan sebesar mana pun yang dilakukan oleh BN.
Kesemuanya itu adalah bom jangka yang tak perlukan sebarang hasutan, tetapi akan meletup sendiri disebabkan oleh tindakan-tindakan kerajaan UMNO BN sendiri yang mencari penyakit itu.
Hukum alam dan catatan sejarah menyatakan bahawa rakyat akan tetap bangun satu hari, menentang segala kezaliman dan tirani pihak berkuasa sekalipun ia cuba ditekan dengan apa cara sekalipun oleh kerajaan.

Terpulang kepada rakyat Malaysia untuk berfikir dan membandingkan samada yang berlaku di Utara Afrika & Timur Tengah itu serupa atau tidak. Rakyat blh selak baca/tengok Al Jazeera, ulasan dlm web dll.
BalasPadamHakikatnya, semua kerajaan ini wujud dibawah satu regim kuasa yang terlalu lama sehingga ia jauh daripada memperjuangkan hak rakyat kepada memperjuangkan hak untuk memperkayakan diri sendiri, sanak saudara dan kekayaan elit terhampir dengan mereka. Kekayaan cuma berlegar di sekelilingnya.
Cuba tengok di Malaysia ? Siapa yg dpt projek/kontrak berbilion dgn rundingan terus. Dpt pelbagai lesen judi, lesen telefon, lesen air, lesen itu dan ini...apakah mereka rakyat marhaen atau elit terhampir dgn pemerintah.
Jika keadaan ini tidak berubah, ia cuma menanti masa apabila ketikanya tuntutan itu mendatang.
Orang yang taksub kepada UmnoBN dah tak tau nak nilaikan benda2 ni? mungkin mereka dah kaya senang lenang tanpa memikirkan rakyat yang masih terkial-kial mencari rezeki siang dan malam. Petrol,barang keperluan semua dah naik.Gaji yang ciput ni pun susah nak naik.keje lebih masa dari pagi buta sampai malam.cukup bulan dapat lebih.dapat lebih sikit dah kena income tax.Tension2.Mana ada nak simpannya.Bayar kereta,bayar rumah,belanja sekolah,bayar jaga anak,duit poket sendiri,beli pakaian lagi,belanja dapur,saman lagi,road tax insuran dah naik pulak,peti ais rosak dah nak kena repair atau beli baru,hutang lagi.bil api air.astro xde nak save konon.Itu barisan kabinet dapur BN mana nak pikir benda2 mcm ni?yang lagi pelik para penyokongnya.macam hidupnya stabil sangat.tak sedar,yang jadi menteri tak pikir kesusahan rakyat.
BalasPadamsemua yang dulunya badan berkanun dikopratkan tujuanya untok mengkayakan kroni sebagai balasan mereka ini akan mengeluarkan modal bagi memancing undi dengan wang ringgit,ahirnya rakyat umumnya tertekan dengan kesusahan yang dicipta untok mengekalkan pemerentahan.
BalasPadamTumbangkan UMNO dan BN....
BalasPadamPemimpin PAS mesti ingat mereka berkhidmat dan berjuang kerana Allah. Tetapi jika pemimpin PAS masih meneruskan amalan nepotisme and kronisme dalam urusan harian mereka maka tunggulah hari kehancurannya... Yang diPertua PAS Kawasan Machang Kelantan sedang giat melobi agar anaknya menggantikan tempat beliau sebagai YDP... Apa komen PAS negeri???? Jangan cakap tak serupa bikin.. Nanti rakyat meluat...
BalasPadam