23 Feb 2011

Wikileaks dedahkan Kehidupan Anak Ghaddafi Yang Gemar Berpoya-poya

Gaya hidup anak-anak pemimpin Libya, Moammar Gaddafi, jauh dari kesederhanaan yang selalu digembar-gemborkan ayahnya. Wikileaks, mengutip dokumen Jabatan Luar Negeri Amerika Syarikat yang bocor, menyatakan mereka saling tak akur satu sama lain dan menghambur-hamburkan wang secara royal.

Saif Gaddafi -- meski dibantahnya -- menghabiskan pergantian tahun 2009 di Karibia bersama Mariah Carey. Saudaranya, Muatassim di tempat yang sama menggelar pesta setahun kemudian dengan mengundang Beyonce dan Usher untuk menghibur para tamu.

Pengamat politik tempatan, yang menjadi sumber diplomat AS, menyatakan hobi Muatassim yang gemar bermabuk-mabukan dan pemborosannya lah yang membangkitkan kemarahan warga. "Kelakuannya dianggap tak beriman dan memalukan bagi bangsa dan negara," tulis Wikileaks mengutip sumber itu.

Anak Gaddafi lainnya, Hannibal, melarikan diri ke London setelah dituduh melakukan penderaan ke atas isterinya, Aline. Sedang anak perempuan Gaddafi, Aisyah, disebut-sebut dalam dokumen itu juga "dilarikan" ke London setelah ketahuan hamil di luar nikah. Aisyah adalah anak Gaddafi dari isteri keduanya, Safiya, yang merupakan ibu dari enam anak Gaddafi.

Saif yang disebut-sebut Ghadaffi bakal menjadi penggantinya tidak lebih baik dari saudara-saudaranya yang lain. Anak kedua Gaddafi ini gemar menghabiskan cuti dengan berburu di New Zealand.

Namun, Saif dianggap yang paling "cantik" bermain wayang. Di luar gaya hidupnya yang mewah, ia juga menunjukkan dirinya seorang dermawan. Gaddafi International Charity and Development Foundation, lembaga amal yang dipimpinnya, segera mengirimkan bahan makanan dan bantuan sesaat setelah gempa hebat melanda Haiti.


Inilah Istana Saif al-Islam Gaddafi di London

Gambar 1 Istana Saif Gaddafi

LONDON - berbeza sungguh dengan ayahnya yang lebih banyak menghabiskan waktu di khemahnya, anaknya, Saif al-Islam Gaddafi lebih dikenal sebagai pemuda glamour. Ia yang baru-baru ini menyerukan perang hingga peluru terakhir terhadap penunjuk perasaan ini sangat mewah dan bergaya hidup modern. Jika bersiar ke Britain, beliau tinggal di istana peribadinya di London.

Berdasar maklumat yang dikumpulkan Telegraph, salah satu istananya ditawarkan untuk disewakan dengan nilai 9,750 paun sterling (lbh krg RM48,0000) seminggu.

Dia membeli rumah dua tahun lalu melalui perusahaan British Virgin Islands-terdaftar berharga 10 juta pound sterling. Sebuah surat kabar mingguan melaporkan bahwa Saif al-Islam Gaddafi, putera Kolonel Muammar Gaddafi, membeli rumah di pinggiran kawasan elit Hampstead di London utara dan menghabiskan beberapa waktu di sana dengan rombongannya.

Rumah itu bergaya kolonial dengan halaman luas.

Di dalamnya dilengkapi dengan kolam renang di dalam ruangan dan sebuah home theater yang mewah. Namun tak disebutkan siapa yang menyewa rumah ini sekarang.


2 ulasan:

  1. Taib Mahmud lebih hebat hartanya berbanding anak Ghadafi ini.

    BalasPadam
  2. Menceritakan tentang kemewahan anak pemerintah, teringat aku tentang Tun Mahathir berang apabila dituduh oleh wartawan kononnya hanya mengkayakan anak sendiri dari mengutamakan rakyat yang miskin.

    Beliau pernah berkata (off record) "Cuba siasat semua anak perdana menteri dalam semua negara didunia ini, adakah mereka miskin, muflis. Apakah saya sebagai perdana menteri Malaysia jadi orang yang pertama akan membiarkan anak saya sendiri jadi miskin tapi mengutamakan orang lain yang tidak tahu hujung pangkalnya jadi kaya.

    Kera dihutan disusukan anak dirumah mati tak makan. Salahkah saya mengutamakan anak saya jadi kaya dari orang lain..?

    Ketika salah seorang anak Tun Mahathir dilanda krisis kewangan syarikat yang boleh mengakibatkan muflis. Beliau berkata (off record)"Kalau bukan ayah yang akan membela anaknya, siapa lagi yang akan menolong, Anuar Ibrahim ka, bagi pelingkup lagi ada la..?"

    "Saya perdana menteri, saya ada kuasa, saya akan gunakan segala kuasa saya untuk menjaga kepentingan anak saya..."

    Begitu juga dengan Datin Seri Rosmah. Salahkah beliau berbelanja lebih kerana dia isteri seorang perdana menteri..?

    Oleh yang demikian, sedarlah kita bahawa setiap orang yang menjadi perdana menteri akan menggunakan segala keistimewaannya untuk kepentingan peribadi, keluarga, kroni dan pencacai bukan kepada rakyat yang telah berkorban masa, tenaga, wangringgit dan airmata untuk mereka dilantik sebagai pemimpin.

    Mungkin sejarah baru akan tercatit seperti yang diramalkan oleh Tun Mahathir bahawa apabila Anuar Ibrahim jadi perdana menteri, beliau adalah orang pertama akan utamakan orang lain jadi kaya terlebih dahulu sebelum dirinya, keluarganya dan kroninya, atau dia pun sama juga 2 x 5....?

    Tunggu dan lihat...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.