24 Feb 2011

Tentera Libya Makin Gelap Mata, Masjid Pun Diserang

Benghazi - Perang besar-besaran yang dikobarkan pimpinan Libya, Moammar Gaddafi, terhadap para penunjuk perasaan langsung diterjemahkan para tentara pendukungnya di lapangan secara membabi buta.

Seorang saksi mata di kota di sebelah barat kota Tripoli menyatakan, satu unit pasukan telah menghancurkan sebuah masjid yang disangka menjadi sarang para demonstran. "Menara masjid diruntuhkan," ujarnya.

Saksi mengatakan kepada Associated Press melalui telefon bahwa beberapa penunjuk perasaan, yang telah berkemah di dalam dan luar masjid telah dibunuh. "Yang masih hidup, mengalami luka parah," ujarnya.

Saksi lain dari Zawiya menyatakan tentera menggunakan roket kalis peluru dan senjata automatik untuk menyerang penunjuk perasaan. Saksi yang enggan menyebut namanya kerana takut pembalasan dan laporan tidak dapat secara bebas disahkan.

Saksi mengatakan serangan itu terjadi sehari setelah seorang pembantu Gaddafi datang ke kota itu dan memperingatkan penunjuk perasaan untuk bersurai atau menghadapi serangan.

Ini bukan kali pertama tentara Libya menggunakan peralatan tempur untuk menghalau penunjuk perasaan. Sebelumnya, pesawat perang Libya membom ibukota Tripoli Isnin lalu.

Fathi al-Warfali, aktivis Libya yang memimpin Komite Libya untuk Kebenaran dan Keadilan yang berpangkalan di Swiss, dan yang turut berdemonstrasi di depan markas besar PBB cawangan Eropah di Jeneva, mengatakan "Pesawat-pesawat tentera menyerang orang awam, penunjuk perasaan di Tripoli. Warga awam menjadi takut. Mana PBB, mana Amnesty International?" kata al-Warfali kepada Reuters.

1 ulasan:

  1. Macam ni punya pemimpin Arab pun ada ka? Agama saja Islam, tapi perangai kalahkan Fir'aun ( amat zalim )- ada kah patut dia sanggup arahkan serang rakyatnya sendiri dengan senjata2 perang - macam tentera haram Amerika serang rakyat Iraq baru2 ni.

    Ada baiknya ditembak mati saja pemimpin barua macam ni, buat menyusahkan rajyat dan rosakkan negara saja - senyap2 dia simpan duit minyak negara keluar, supaya senang dia cabut lari kalau2 dah tidak berjaya halang rakyatnya nanti; sama macam pemimpin Mesir - Hosni Mubarak. Ceh! Betul2 barua!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.