24 Feb 2011

Sikap Pencuri Beras Tak Hiraukan Mangsa Dikesali

Seorang pemandu treler kecewa dengan sikap orang ramai yang ghairah mengutip beras yang bertaburan dalam satu nahas daripada menyelamatkan dia dan rakannya yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 394.4, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim, Kuala Kubu Bharu kelmarin.

Gambar: AHMAD ROZLIN yang dirawat di HRPB, Ipoh semalam menceritakan kekecewaannya dibiarkan selama sejam atas jalan oleh orang ramai.

Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22, mendakwa sikap jelik pengguna jalan raya yang tidak menghiraukan rayuannya supaya menghubungi pihak berkuasa untuk menyelamatkan kelindan lori, Hanafi Mohd. Daud, 19, tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Dalam kejadian itu, Hanafi meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala Ahmad Rozlin cedera parah di tangan dan kaki kiri.

Lebih mengharukan apabila Ahmad Rozlin mendakwa dia dibiarkan terlantar selama lebih sejam di atas bahu jalan tanpa dipedulikan oleh orang ramai yang ghairah mengutip 43 tan beras tempatan pelbagai gred yang tumpah selepas kemalangan. Ketika itu dia dalam perjalanan ke Puchong, Selangor dari Perlis. -hm

10 ulasan:

  1. Beginilah jadinya...sifat kemaruk rakyat yg pentingkan diri akibat terikut-ikut lagak pemimpin yg pentingkan tembolok masing-masing...

    BalasPadam
  2. Kesimpulan:

    - beras lebih bernilai daripada nyawa manusia

    - beras adalah barang berharga yang susah rakyat miliki

    - beras makanan asasi berbanding darah manusia yang mengalir di atas jalan raya

    - kesusahan rakyat jelata (kemiskinan) menyebabkan hati mereka buta

    p/s selain rakyat miskin yang berhati buta, pemandu yang melalui jalan di situ melopong aje ke?
    Individu lain yang tahu@nampak peristiwa malang ini melangok jugak ke?
    Satu jam terdampar terbiar ... rakyat Malaysia memang sah buta hati

    she

    BalasPadam
  3. Rakyat buta hati akibat pemimpin gunakan slogan palsu rakyat didahulukan...

    BalasPadam
  4. BETULLAH KATA-KATA KEFAKIRAN ITU MEMBAWA KEPADA KEKAFIRAN,

    RAKYAT MALAYSIA MASIH RAMAI YANG FAKIR JIWA.

    BalasPadam
  5. Agama entah ke mana, maruah entah ke mana.... ni la generasi ulul albab Malaysia... syiling jatuh, curi. Beras jatuh, curi. Takde perikemanusiaan langsung.

    BalasPadam
  6. mereka harus dipersalahkan..tetapi yang bertanggungjawab adalah kemiskinan yg menghimpit hidup angkara pemimpin yang bersikap rakus dan menekan rakyat...

    BalasPadam
  7. inilah akibatnya hidup bergantung sabsidi yang diberi oleh pemerentah yang takut kehilangan kuasa.

    BalasPadam
  8. ahmad rozlin ...itulah realitinya, welcome to the real world

    BalasPadam
  9. Sedih memikirkan kenapa sampai begitu teruk perangai RAKYAT MALAYSIA nie.

    Rasanya ramai juga orang MELAYU DAN ISLAM yang buat muka selamba mengaut beras atas jalan tu, tanpa rasa bersalah langsung mengaut sesuatu yang terang dan nyata bukan haknya.

    MORAL CERITA??
    Itulah hasil pemerintahan umNGOK selama 53 tahun, TAHNIAH!

    -wakleman

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.