11 Feb 2011

Polis Siasat Klip Video Penari Bogel

Polis Sabah masih meneruskan siasatan ke atas sebuah klip video yang menunjukkan sekumpulan wanita menanggalkan pakaian dan menari dalam keadaan berbogel di tengah-tengah spekulasi menyatakan klip video dua minit itu telah dirakam di satu kawasan di negeri Sabah.

Ketua Polis Sabah Datuk Hamza Taib menyatakan semalam bahaw atiada bukti video yang menunjukkan wanita berbogel yang dilihat menari di hadapan penonton itu, dirakam di Sabah.

“Apa yang dapat dikatakan dari maklumat yang kita kumpulkan dari video tersebut ialah semuanya berlaku di waktu siang hari.

“Ia mungkin di Sabah atau juga di negara jiran,” tambahnya, menyatakan polisjuga sedang cuba untuk mengenalpasti individu-individu di dalam video berkenaan.

Hamza menyatakan pihak polis negeri sudah menghantar sesalinan video ke unit forensik untuk penganalisaan yang lebi terperinci.

Laporan mengenai klip video tersebut telah tersebar di akhbar tempatan di sini beberapa minggu lalu dan menyatakan ia berkemungkinan dirakam di Sabah berberdasarkan muzik latarbelakangnya merupakan sebuah lagu Kadazandusun.

Hamza semalam menerangkan lagu berkenaan mungkin telah dimasukkan semasa proses suntingan video tersebut dilakukan.

Beliau menambah polis sedang menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 294 294 Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti tidak bermoral di khalayak ramai.

2 ulasan:

  1. Beratus-ratus video adegan sex yg dirakam menggunakan handphone oleh Melayu Islam tak pula siasat. Jelas terpapar muka jantan dan betinanya. Berpilih2 pula siasatan, nampak sangat polis Malaysia tak profesional.

    BalasPadam
  2. entahlah..... kalau polis boneka, begini lah.....

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.