25 Feb 2011

Pilihan Untuk SPR: Bersih Atau Mesir?

SPR kabur tentang 'lu tolong gua, gua tolong lu'

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini enggan menyatakan pendiriannya sama ada pemberian 'habuan' dalam kempen pilihan raya, melanggar undang-undang pilihan raya.

Ketika ditemui wartawan ketika beliau melawat Kolej Politeknik Merlimau yang akan digunakan sebagai pusat penamaan calon esok, Abdul Aziz berkata beliau bukan seorang yang ahli mengenai perkara itu.

Ia walaupun suruhanjaya tersebut telahpun mengendalikan 12 pilihan raya umum dan banyak pilihan raya kecil selama ini.

Abdul Aziz berkata demikian ketika ditanya mengenai misteri NGO 1Malaysia yang muncul sewaktu pilihan raya kecil untuk menganjurkan majlis makan dan mengedarkan 'ole-ole' yang termasuk makanan ruji seperti Milo, beras dan susu pekat bersama-sama dengan poster Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Sasaran utama NGO 1Malaysia itu ialah pengundi bukan Melayu yang mengundi menentang BN dalam pilihan raya kecil sebelum ini.

'Lu tolong gua, gua lu tolong'

Abdul Aziz juga memberi jawapan yang sama ketika ditanya tentang ucapan Najib "lu tolong gua, gua tolong lu' dalam satu majlis di SRJK (C) Merlimau pada 19 Februari lalu.

Ia dilaporkan oleh akhbar Sin Chew Daily, bahawa Najib telah memberitahu kira-kira 1,000 hadirin di majlis itu bahawa: "Lu tolong gua, gua lu tolong".

Kata-kata itu pertama kali diucapkan ketika pilihan raya kecil Sibu, di mana Najib telah berjanji untuk melaksanakan kerja mitigasi banjir hanya jika menang. DAP berjaya merampas kerusi tersebut dari BN dengan majoriti tipis.

Ulasan GB

Rakyat melihat: Pengerusi dan Timbalan pengerusi SPR selama ini bekerja untuk UMNO BN.

Terlalu banyak BUKTI yang SPR berjalan senget, tidak bebas, tidak berkecuali dan tidak profesyenal.

Mereka tidak berhak lansung untuk mendapat gaji dari perbendaharan tetapi sebaliknya perlu menuntut gaji dari UMNO BN.

Ada satu cara untuk mengajar mereka, pilih yang mana satu: BERSIH atau MESIR?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.