22 Feb 2011

Pelik, Air Mani Saiful Ditemui Di Duburnya Sendiri

Peguam Anwar dakwa air mani Saiful dikesan di dubur sendiri

Prosiding kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini “dikejutkan” dengan dakwaan peguamnya bahawa salah satu profil DNA dikesan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik pengadu dan saksi utama itu sendiri.

Ramkarpal Singh, salah seorang peguam Anwar berhujah, penemuan laporan kimia menunjukkan air mani yang ditemui pada bahagian rektal sebenarnya adalah milik Saiful (gambar) memandangkan profil DNA “12, 13” adalah lebih dominan berbanding profil DNA “Lelaki Y”.

“Saya mengesyorkan kepada anda profil dalam B8 adalah milik Saiful, oleh itu (ia) boleh ditafsirkan bahawa air mani yang dikesan di bahagian duburnya sendiri,” kata Ramkarpal di mahkamah hari ini.

Bagaimanapun Dr Seah menafikan perkara itu sambil berkata terdapat dua bentuk kesan di bahagian rektal iaitu sperma dan bukan sperma.

Profil DNA Saiful, menurut Dr Seah, tergolong dalam kategori pertama.

“Ya, meskipun profil DNA Saiful ‘12, 13’ dikategorikan di bawah pati bukan sperma, di mana Dr Seah tidak dijawab ialah DNAnya sendiri juga ditemui pada kesan sperma B8.

“DNA Saiful bukannya penyumbang utama dalam kes ini, tetapi ia juga dikesan dalam kedua-dua ekstrak,”
kata seorang lagi penguam Anwar, Sankara Nair kepada The Malaysian Insider kemudian.

Terdahulu pagi tadi, peguam-peguam Anwar meneruskan pemeriksaan balas ke atas Dr Seah dengan meminta beliau mengulas mengenai kesahihan laporan kimia.

“Anda mempunyai situasi di mana pancutan (air mani) ke dalam dubur adalah 56 jam sebelum laporan (dibuat). Adakah anda menduga untuk melihat kemerosotan kualiti sperma dan DNA?” soal Ramkarpal.

Menjawab soalan itu, Dr Seah berkata, tidak perlu mengambil langkah-langkah tambahan untuk menentukan kemerosotan kualiti meskipun air mani berada dalam dubur selama 56 jam. -TMI

Ulasan GB

Apa yang rakyat tertanya-tanya semalam ialah:

Jika benar ada seperma di dubur Saiful, apakah "pakar" berkenaan tersilap di dalam analisa DNAnya atau pencalit sperma tersalah calit sampel atau skrip Pendakwa Raya sendiri yang tersilap?

9 ulasan:

  1. Itulah yang dinamakan tuduhan palsu.

    BalasPadam
  2. Tak lama lagi saksi-saksi pendakwa akan kantoi.

    BalasPadam
  3. salam GB,
    sebut umno tringat lubang jubur saifool sama taraf!
    bodo punyer kes sama bodo dgn najib-tuya bini rosmah mansor.
    jangan la anda memperbodohkan diri sendiri dgn mengundi org2 bodoh!

    BalasPadam
  4. Ada kemungkinan Saiful meliwat dirinya sendiri. Situasi ini boleh berlaku jika panjang anu nya dalam keadaan ereksi sepanjang 9 inci.Boleh dijadikan hujjah?

    BalasPadam
  5. ahli umno bawahan yg sedia ada bodoh terus diperbodohkan oleh pemimpinnya yg bangang!!!

    BalasPadam
  6. asridoc..

    munkin bole berlaku..anunya bole membelok ke belakang kot..

    BalasPadam
  7. mungkin anunya bleh buat tali pinggang kot.....

    BalasPadam
  8. kalu ade butang like kat sini, aku like sume komen korang.. t'gelak guling2 bace.. wakakakaka

    BalasPadam
  9. hrmmm.. kalo betui laa.. mana la nak letak muke dak saiful nii.. adehhh.. duit punya pasal la nii.. habis macam mana dengan sumpah dia tu.. takan keras betul hati dia bersumpah beb..?? apa x2 pun kalo nak duit dak saiful oiii.. silalah ke link - http://myfriends2talk.blogspot.com

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.