23 Feb 2011

Pantang Lepa - Treler Beras Terbalik, Pesta Kaut Beras Di Lebuhraya

Kuala Kubu Baru - Jika bulan lepas ada pesta kutip duit syiling di Seremban, semalam pula ada pesta kaut beras di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim di sini.

Pesta kaut beras pada pukul 9.15 pagi itu berlaku apabila beratus-ratus kilogram beras daripada sebuah treler membawa muatan beras tumpah apabila kenderaan berat itu merempuh sebuah lori membawa muatan pasir.

Akibat perlanggaran itu juga, kelindan treler membawa beras maut manakala pemandunya cedera parah.

Mangsa yang terkorban Hanafi Mohd. Daud, 19, manakala mangsa yang cedera, Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22.

Muatan pasir dalam lori itu juga tumpah. Pemandu dan kelindan lori pasir itu tidak cedera.

Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Ismail Ibrahim berkata, sebelum kejadian itu, dua buah kenderaan itu dalam perjalanan dari utara menuju ke selatan untuk untuk menghantar muatan masing-masing. -kosmo

8 ulasan:

  1. Mana pergi mufti selangor ? sultan selangor ? Jamil khir ? jakim ?

    mengambil beras yang bertaburan atas jalan raya dan bawa balik rumah buat masak bermakna memakan api neraka. beras itu ada pemiliknya. selagi tuan punya beras tak buat pengumumanan menghalalkan beras yang terbalik itu, lu pikirla sendiri.

    BalasPadam
  2. Amanahnya orang Malaysia ni. Bila nak jadi seperti rakyat Jepun atau Arab Saudi ni yang terkenal dengan amanah?

    BalasPadam
  3. duit syiling
    beras
    ais krim
    semua org Malaysia kaut..haha

    BalasPadam
  4. ramainya rakyat msia yang kebulurkan beras, sehinggakan hak orang pun mereka sapu

    BalasPadam
  5. tanda2 pru sudah hampir,yang terbalik tu lori bn kot?

    BalasPadam
  6. NAK TENGOK RUPA PEMIMPIN, MCM TULAH PERANGAI RAKYATNY

    Bukankah rakyat mengikut agama pemimpin? Pemimpin mkn harta haram, rakyat pun tumpang semangkuk! dasar tak tau halal haram, main belasah je..

    BalasPadam
  7. kalau kaut pasir yg tumpah tu macamana pula? halal ke?

    ada ke sesiapa yg berebut nak kaut pasir tu?

    BalasPadam
  8. nama pun orang Malaysia...bukan kata BN ke PAS ke PKR ke DAP ke apa ke....orang Malaysia nie, pantang kalau benda free...air milo cawan kecik free pun nak jugak....lu pikirlah sendiri.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.