Liwat II: Bulu, seluar dalam, cadar dikemukakan
Pakar kimia Dr Seah Lay Hong hari ini memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau menjumpai kesan air mani pada seluar dalam berwarna kelabu dan seluar hitam yang digunakan oleh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Pada perbicaraan liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, Seah berkata kesan air mani itu dijumpai pada kawasan berhampiran zip seluar itu.
Bagi seluar dalam itu pula, Seah yang kini mengetuai Unit Jenayah Berat, Jabatan Kimia berkata tompokan mani dikesan pada bahagian depan dan bawah.
Selain itu, satu lagi seluar dalam berwarna biru dan dua kemeja (berwarna putih dan hijau) juga dikemukakan sebagai bahan bukti.
Permaidani dan sehelai selimut yang dipercayai diambil dari kondominium Desa Damansara, tempat kejadian didakwa berlaku juga dikemukakan.
Seah juga mengakui tiada kesan air mani atau semen yang dijumpai pada barangan lain.
Pihaknya juga menjumpai bulu kemaluan yang tidak dikenali dari lokasi kejadian yang didakwa berlaku dan ia juga ditandakan.
Ulasan GB
Jika di dalam kes dahulu, tilam adalah sinonim dengan Musa Hassan, maka kali ini, di dalam kes Sodomi II, bulu kemaluan, air mani dan spender Saiful yang dibawa oleh pihak pendakwa raya menjadi tumpuan.
Orang akan tetap ingat perkaitan tersebut sampai bila-bila.
Demikian nilai maruah Pendakwa Raya di dalam kes kali ini.
Pakar kimia Dr Seah Lay Hong hari ini memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau menjumpai kesan air mani pada seluar dalam berwarna kelabu dan seluar hitam yang digunakan oleh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Pada perbicaraan liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, Seah berkata kesan air mani itu dijumpai pada kawasan berhampiran zip seluar itu.
Bagi seluar dalam itu pula, Seah yang kini mengetuai Unit Jenayah Berat, Jabatan Kimia berkata tompokan mani dikesan pada bahagian depan dan bawah.
Selain itu, satu lagi seluar dalam berwarna biru dan dua kemeja (berwarna putih dan hijau) juga dikemukakan sebagai bahan bukti.
Permaidani dan sehelai selimut yang dipercayai diambil dari kondominium Desa Damansara, tempat kejadian didakwa berlaku juga dikemukakan.
Seah juga mengakui tiada kesan air mani atau semen yang dijumpai pada barangan lain.
Pihaknya juga menjumpai bulu kemaluan yang tidak dikenali dari lokasi kejadian yang didakwa berlaku dan ia juga ditandakan.
LAPORAN LANGSUNG
4.10pm: Mahkamah ditangguhkan sehingga pagi esok apabila mendapati carta DNA yang dibekalkan kepada pihak pembelaan tidak mencukupi.
3.35pm: Mahkamah rehat seketika bagi membolehkan pihak pembelaan membandingkan carta DNA.
3.16pm: Seah berkata B7 mempunyai DNA dua lelaki yang satu daripadanya sama dengan Saiful manakala satu lagi milik Lelaki Y. B7 diambil daripada kawasan atas dubur.
"Ada juga ekstrak sperma yang dominan iaitu “Lelaki Y”.
3.11pm: Seah berkata B5 bukan ekstrak sperma.
"Oleh kerana ia adalah calitan pada peri-anal, ia terdedah di kawasan sekitar dubur,” katanya.
Menurut Seah, campuran DNA yang ditemui itu mungkin akibat penggunaan atau perkongsian mangkuk tandas yang sama.
3.00pm: Dr Seah berkata ujian DNA pada calitan kapas B5 pula (dari kawasan peri annal) menunjukkan ia milik Saiful dan campuran DNA termasuk Saiful, lelaki Y dan seorang lelaki penyumbang lelaki.
2.50pm: “Tiada profil DNA pada calitan B, B1, B2, B3, B4 dan B6,” kata Dr Seah.
Menurutnya, tompokan pertama air mani daripada seluar dalam tersebut menunjukkan ia mengandungi DNA Saiful. Tompokan kedua air mani itu mempunyai dua DNA. Satu miliki Saiful manakala satu lagi miliki seorang lelaki yang tidaak dikenali dan dilabelnya sebagai “lelaki Y”.
2.45pm: Seah berkata berdasarkan ujian yang dijalankannya, kesan tompokan mani di seluar hitam itu adalah milik Saiful sendiri.
2.40pm: Mahakamah bersambung semula dengan Dr Seah mengambil tempatnya di kandang saksi.
1.04pm: Laporan kimia itu juga ditandakan sebagai bahan bukti.
Hakim Zabidin kemudiannya menangguhkan perbicaraan dan berkata ia akan disambung pada jam 2.30 petang.
12.43pm: Dr Seah berkata dua ujian dijalankan ke atas tompokan spesimen B - iaitu ujian PSA dan ujian menentukan kehadiran sperma.
Tiga ujian dilakukan pada kesan tompokan mani - iaitu ujian asid phosphosate, PSA dan ujian kehadiran sperma.
12.38pm: Dr Seah berkata beliau berjaya mengesan dua tompokan mani di bahagian depan dan juga di bahagian bawah seluar dalam Saiful.
12.34pm: Doktor itu juga menjumpai dua kesan tompokan mani pada seluar hitam yang digunakan oleh Saiful. Tompokan itu dikesan berhampiran kawasan zip depan.
12.29pm: Dr Seah berkata beliau hanya mengetahui lokasi calitan kapas diambil berdasarkan tanda-tanda yang dibuat. Antaranya:
Calitan B5 yang ditanda P36 ialah kawasan sekitar peri-anal atau dubur.
Calitan kapas B7 dan B 39 yang ditanda P38 dan P 39, masing-masing adalah sekitar dubur atas manakala calitan B9 yang dilabel sebagai P40 adalah di kawasan sekitar dubur bawah.
12.23pm: Dr Seah menyambung keterangan dan berkata ujian DNA dimulakannya pada 1 Julai 2008. Ujian kedua pula dilakukan pada hari keesokannya.
Katanya, analisis DNA itu selesai pada 5 Julai 2008 dan hasilnya beliau mendapati kesan air mani pada calitan kapas bertanda B5, B7, B8 dan B9.
12.20pm: Mahkamah diberitahu semua barangan termasuk permaidani dan selimut disimpan di bilik sejuk Jabatan Kimia.
12.17pm: Dr Seah berkata ujian toksilogi dilakukan oleh seorang ahli kimia toksilogi, AP Mohan.
12.12pm: Mahkamah bersambung semula. Turut hadir hari ini adalah bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali dan ahli parlimen Balik Pulau MP Yusmadi Yusoff.
11.37am: DPP Noorin memohon mahkamah untuk rehat seketika. Hakim Zabidin bersetuju dan meminta semua pihak masuk semula pada tengahari.
11.32am: Kain cadar berwarna kelabu pula ditunjukkan dan ia juga ditandakan sebagai bahan bukti.
Anwar dari tempatnya memerhatikan sampul surat yang berisi cadar itu dibuka. Menurut Dr Seah bungkusan itu dihantar ke jabatannya dengan tanda keselamatan polis.
Setelah memeriksanya, ia dibungkus semula dan ditandakan dengan mohor Jabatan Kimia.
11.28am: Selain pakaian Saiful yang lain seperti, baju hijau jenama G2000, turut ditawarkan sebagai bahan bukti adalaghpermaidani pelbagai warna yang disita oleh Jabatan Kimia.
11.17am: Satu lagi seluar dalam yang juga dipercayai kepunyaan Saiful turut dikenal pasti. Semua bahan berkenaan kemudiannya dimasukkan ke dalam sebuah sampul.
11.14am: Seluar dalam Saiful yang berjenama Levi's pula dikenal-pasti. Seluar dalam ini telah dikemukakan sebagai bahan bukti.
Ketika ini, Wan Azizah dilihat menundukkan kepalanya, manakala Anwar sedang membaca sesuatu di kandang tertuduh.
11.10am: Kemeja biru dan kolar putih jenama Ralph Lauren yang digunakan oleh Saiful pula dikemukakan.
11.04am: Sepasang seluar hitam (tanpa jenama) yang dipercayai yang digunakan oleh Saiful juga dikemukakan sebagai bahan bukti.
Sebelum ini, beberapa saksi mendakwa air mani Saiful dijumpai pada seluar hitam ini.
11.02am: Peguam, Sankara Nair bagaimanapun membantah cadangan pihak pendakwaan ia adalah bulu kemaluan.
"Macam mana Dr Seah tahu perkara tersebut?" soalnya.
DPP Noorin berkata ia berdasarkan laporan doktor itu.
Sankara berkata ia sepatutnya ditanda sebagai segumpalan rambut.
10.59am: Bahan-bahan bukti, termasuk bulu kemaluan kini sedang ditandakan. Ketika proses itu, DPP Noorin, peguam Ram Karpal dan Sankara Nair semuanya memakai sarung tangan getah.
Dr Brian Mc Donald yang duduk di antara Sankara dan Ram memerhatikan perkembangan itu.
10.27am: Semua sampul yang bertanda B1 hingga B11 yang dipercayai mengandungi calitan kapas, di mana spesimen diambil ditandakan sebagai bahan bukti.
10.15am: Menurut Seah beliau menerima bungkusan berkenaan daripada DSP Jude Blacious Pereira. Seah kemudian mengena-pasti pegawai polis itu dan juga bungkusan tersebut.
10.08am: Hakim Zabidin membuat keputusan yang memihak pihak pembelaan bahawa dokumen (borang kedua Pol 21) yang disenaraikan sebagai bahan bukti yang dikemukakan tidak boleh ditandakan sebagai eksibit.
10.06am: Mahkamah bersidang semula.
9.39am: Hakim memohon tempoh rehat untuk memutuskan perkara itu, namun Mohd Yusof bertegas supaya perbicaraan diteruskan tanpa menanda dokumen yang dipertikaikan itu.
9.33am: Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden (kiri) dalam hujah balasnya berkata, apa yang penting bukanlah dokumen itu sendiri tetapi perkara yang diperiksa.
Hujahnya lagi, sebelum ini terdapat keputusan mahkamah yang membenarkan pendakwaan mengemukakan dokumen sebagai bahan bukti tanpa memberikannya terlebih dahulu kepada pembelaan.
Ram dalam jawapannya berkata, dokumen itu penting kerana ia menunjukkan urutan bukti dan perkara yang diperolehi pendakwaan itu berbeza dengan apa yang diberikan kepada pembelaan.
9.20am: Seah berkata beliau menerima satu bungkusan bertanda B12 daripada polis.
Bagaimanapun, terdapat kesilapan tarikh pada bungkusan itu yang ditandakan 28 Ogos, 2008 sedangkan dokumen Seah bertanda 28 Jun. Tandaan pada B12 juga terdapat perubahan.
Peguam Ram Karpal membantah permohonan supaya borang yang diubah itu ditanda sebagai bukti.
Ram memberi alasan, borang berkenaan berbeza daripada borang yang diberikan kepada pembelaan di pada awal perbicaraan. Ram membuat bantahan itu mengikut Seksyen 51 Kanun Acara Jenayah.
9.13am: Seah (kanan) mengakui telah menerima Borang POL 21 yang menyatakan tempat-tempat sampel DNA diambil di badan Saiful.
Borang berkenaan didapati daripada Hospital Kuala Lumpur pada 30 Jun, 2008 – dua hari selepas pemeriksaan dilakukan ke atas pengadu itu.
8.55am: Saksi Dr Seah Lay Hong memberitahu mahkamah mengenai latar belakang akademiknya. Beliau merupakan pakar dalam bidang kesan biologi, DNA dan kesan biologi pada tisu.
Beliau mempunyai kelulusan peringkat kedoktoran dalam DNA Forensik dan sarjana dalam Sains Perubatan.
Dr Seah telah menghadiri pelbagai persidangan dan seminar di dalam dan luar negara.
8.53am: Perbicaraan disambung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.
Galeri awam di mahkamah masih banyak ruang kosong. Turut berada di mahkamah ialah Anwar Ibrahim, isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail dan juga bapa Saiful, Azlan Md Lazim.
Azlan tidak hadir mengikuti perbicaraan semalam. -mk
Ulasan GB
Jika di dalam kes dahulu, tilam adalah sinonim dengan Musa Hassan, maka kali ini, di dalam kes Sodomi II, bulu kemaluan, air mani dan spender Saiful yang dibawa oleh pihak pendakwa raya menjadi tumpuan.
Orang akan tetap ingat perkaitan tersebut sampai bila-bila.
Demikian nilai maruah Pendakwa Raya di dalam kes kali ini.
siapa yang kena liwat ni??? kalau saiful dikatakan dipaksa mengapa air mani saifool pulak..kan tak logik tu?? berfikirlah secarfa rasional.
BalasPadamBILA BEKERJA UNTUK PARTI SEKUTU APCO INLAH AKIBATNYA ! MARUAH DAN IMAN DILEMPAR TOLAK TEPI,NANTI JAWABLAH DI MAHSYAR BILA DISOAL DPP DISANA !
BalasPadamLani sapa tutuh sapa ni? Kalau dizip dan seluar dalam sepol, ini bermakna sepol yang creet, sebabkan sepol cakap dia pakai tuala. Ini mesti diinzal di waktu dan aktiviti yang lain.
BalasPadamperghh.. berani betul dak zaman sekarang nii.. mana nak letak muko lepas nii ekk.. kaco beb.. maruah jadi no 18 dalam hidup.. hairan bin ajaib.. hebat betul kuasa RM nii.. !
BalasPadamYeaaayyyy.....tilam...tilam...tilam lama tukar baru....
BalasPadamMana tilam? seluar dalam, karpet, selimut...mana tilam?
Semua evidence BOGUS!
Seluar dalam - diperolehi dari rumah tunang untuk dibasuh. Bulu boleh letak kemudian. Kalau ada kesan DNA orang lain mesti ada kat belakang bukannya depan.
Seluar - dah lebih dua hari.DNA sperma mesti dah rosak.
Sepatutnya cari tuala yang dipakai...mana tuala?
Buang masa...buang duit.....
demi mencari kebenaran..
BalasPadamJika ni dilihat sebagai jijik..bagaimana perbuatan liwat trsebut!!
Ya betul...mana nak letak muka selepas ni, tapi Anwar selamba je tunjuk muka dia sana sini.
Mana kah maruah..seorg pempin yg berkelibar dan disanjung tak dapat mengekang hawa nafsunya sendiri.
Dapatkah dia mengekang nafsu2nya yg lain.
memanglah tak tau nak letak muka kat mana sebab memang kerja hampa suka meaibkan orang,tak ada bukti ujudkan bukti apa nak bimbang semua yang terlibat dengan pendakwaan dok dibawah kuasa peminpin hampa.islam meletakan maruah ditempat pertama oleh itu dalam kes pezinaan islam meletakan empat orag saksi yang adil yang nampak terang bagaimana zina itu berlaku,dalam kes ini sepol boleh bawa lebih 4 orang saksi kalau dia mahu sebab perkara itu berlaku berulang kali,ingat menuduh orang berzina/liwat tampa saksi maka orang yang menuduh boleh disabitkan kesalaan 80 sebatan dan mungkin didunia boleh terlepas sebab pemerentah tidak mahu kepada undang2 islam tetapi tak akan terlepas diahirat nanti.
BalasPadamsemalam 3, hari ni 10, minggu depan brapa plak ye, hehehehehe, betui ke ni?
BalasPadamsaya percaya memang ahli kimia buat benda yang betul, tak boleh dinafikan, tapi semua bahan bukti seperti sperma/DNA bolen diimplan oleh pasukan yang nak mengenakan DSAI.banyak benda yang mengelirukan, kalau saiful tu kena paksa dan melawan, kenapa air mani dia boleh terpancut pula? ini semua tanda dunia akhir zaman, yang palsu nampak benar dan yang benar nampak palsu.
BalasPadamBarang kes sengaja diadakan kot.
BalasPadamsecara lojik, sangat jelas tak betul dan tak masuk akal.
BalasPadam1. sepol kata dia diliwat secara tak rela tapi bagai mana tak rela nya sepol boleh kluar air mani dari but**nya??
2. sepol kata dia diliwat tak rela di dubur ,bagaimana boleh dubur si sepol keluar air mani??
3. sepol kata dia diliwat di dubur tapi mengapa pula bulu but** sepol yang tanggal.
4.sepol kata dia diliwat di dubur tapai mengapa air mani sepol boleh ada pada depan seluar/bhgn.berzip yang membungkkus bhgn. but** sepol??
5. sepol kata dia diliwat tanpa kerelaan tapi bagaimana pula boleh dilaporkan dia telah diliwat beberapa kali??
dan banyak lagi hal2 yang sangat tidak masuk akal.