Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan laporan akhbar yang memetik Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa beliau agar membenarkan orang Melayu untuk berniaga di negeri itu.
Lim berkata untuk berlaku adil kepada Timbalan Perdana Menteri, beliau tidak menamakan mana-mana kaum dalam ucapannya ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka BN di Pulau Pinang seperti yang dilaporkan oleh Bernama.
Lim berkata ia menunjukkan seolah-olah ada pihak yang cuba menghasut dan memainkan sentimen perkauman sedangkan Muhyiddin tidak meminggir mana-mana kaum pada ucapannya.
"Beliau tidak namakan mana-mana satu kau... malah kenyataan timbalan perdana menteri juga boleh diputar belit... ini amat bahaya,” kata Lim pada sidang akhbar hari ini.
"Saya di sana... kita tidak boleh tangkis apa yang tiada di sana... jangan letak kata-kata ke mulutnya (Muhyiddin)," katanya memberi amaran.
Lim kemudiannya meminta beberapa wartawan yang menghadiri sidang akhbar semalam untuk mengesahkan sama ada apa yang dikatakan oleh Muhyiddin adalah seperti yang dilaporkan dan semua yang hadir setuju Muhyiddin tidak berkata demikian.
Main politik
Bernama memetik Muhyiddin sebagai berkata: “(Jika) Melayu berniaga, dia susah, bagilah dia peluang berniaga termasuk sesiapa juga yang mahu mencari nafkah sendiri dan mencari makan".
Sehubungan itu, menurut Lim jika pihak-pihak tertentu ingin main politik mereka harus berpegang kepada prinsip dan bukannya dengan cara yang tidak bermaruah. -mk
BERITA BERNAMA SEMALAM

TPM Mahu Lim Guan Eng Berlaku Adil Kepada Rakyat Pulau Pinang
GEORGE TOWN, 6 Feb (Bernama) -- Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya berlaku adil kepada rakyat negeri ini, tanpa mengira kaum, dengan memberi peluang kepada mereka menjalankan perniagaan, demi pembangunan ekonomi penduduk negeri ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata ini kerana rakyat semua kaum di negeri ini berhak mendapat peluang untuk menjalankan perniagaan di negeri ini.
"Layanlah rakyat Pulau Pinang, Melayu atau Cina atau India. (Jika) Melayu berniaga, dia susah, bagilah dia peluang berniaga termasuk sesiapa juga yang mahu mencari nafkah sendiri dan mencari makan," katanya ketika berucap pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, di sini, Ahad.
Katanya kerajaan negeri sepatutnya memberi peluang dan galakan kepada peniaga untuk mencari nafkah dan bukannya menghalang mereka.
"Saya tahu Pulau Pinang di bawah pakatan pembangkang, tapi tidak apa. Yang penting pakatan pembangkang ada komitmen untuk membantu (rakyat) sama seperti BN yang ada komitmen untuk bangunkan rakyat tanpa sebarang perbezaan," katanya.
Muhyiddin berkata sikap adil itu akan membuatkan rakyat berasa lebih selesa dan berpuas hati dan ia akan membantu usaha untuk memajukan negara.
Beliau juga menafikan dakwaan Lim bahawa Pulau Pinang tidak mendapat faedah daripada program pembangunan yang dirancang oleh kerajaan pusat.
"Pulau Pinang dapat faedah dari dulu lagi. Kerajaan pusat buat untuk semua negeri dan tidak terkecuali juga negeri Pulau Pinang.
"BN membangunkan Pulau Pinang bukan kerana Lim jadi Ketua Menteri tetapi untuk rakyat negeri ini," katanya.
Muhyiddin berkata kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat penting untuk pembangunan ekonomi negeri.
"Saya tahu Ketua Menteri juga tahu tenteng perkara ini (kerjasama)," katanya.
Muhyiddin berkata rakyat Pulau Pinang tidak mahu mendengar janji kosong kerajaan negeri sebaliknya mahu melihat kesan daripada apa yang dilaksanakan.
Turut hadir pada majlis yang dihadiri kira-kira 5,000 orang itu ialah Pengerusi BN Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon serta pemimpin BN negeri.
Lim dan beberapa exco kerajaan negeri juga hadir pada majlis itu.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.