Kajang: Hancur luluh hati seorang bapa melihat dua anak perempuannya, termasuk seorang bayi berusia setahun mati di sebuah bilik di rumahnya, dipercayai akibat diracun ibu mereka di Seksyen 16 Bandar Baru Bangi dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.15 malam itu, ibu yang dipercayai ada masalah mental dilaporkan kritikal kerana turut minum racun selepas memberikannya kepada dua anaknya.
Mayat Neeharika Laxmi, setahun dan kakaknya, Rashmekar, empat, ditemui terbaring atas lantai dengan mulut berbuih bersama ibu mereka, M Viyhasini, 30, yang tidak sedarkan diri oleh Sivarajah, 33.
Sivarajah yang bekerja sebagai tukang gunting rambut keluar rumah ketika kejadian, manakala anaknya tinggal bersama ibu, datuk dan nenek mereka.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Azman Ayob, berkata tiga beranak itu ditemui dalam sebuah bilik yang dikunci dari dalam.
Beliau berkata, nenek mangsa yang curiga selepas pintu bilik itu yang diketuk beberapa kali tidak dijawab dan menghubungi Sivarajah.
Sivarajah yang segera pulang, membuka pintu bilik itu menggunakan kuncinya dan terkejut melihat kedua-dua anak serta isterinya terbaring di lantai.
Beliau membawa mereka ke klinik pakar di Bandar Baru Bangi untuk rawatan kecemasan, bagaimanapun kedua-dua anaknya disahkan meninggal dunia ketika itu, manakala ibu mereka dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Serdang berikutan keadaannya kritikal.
“Siasatan awal mendapati ibu mangsa ada sejarah masalah mental selain rekod pernah cuba bunuh diri pada 2006. Wanita itu dipercayai memberi kedua-dua anaknya minum racun sebelum dia meminumnya.” katanya.
Difahamkan, polis turut menemui satu botol susu dalam bilik itu yang dipercayai digunakan wanita terbabit untuk memasukkan racun sebelum diberi kepada kedua-dua anaknya.
Azman berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sementara itu, Sivarajah ketika ditemui di rumahnya tidak mahu memberi sebarang kenyataan kerana terlalu sedih. -BH

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.