22 Feb 2011

Guna Kekerasan - Kedudukan Ghaddafi Di Ujung Tanduk

Penggunaan Kekerasan Jasikan Kedudukan Gaddafi Kian Di Ujung Tanduk

42 tahun kekuasaannya tergoncang hebat, dan di tengah kerusuhan yang melanda negaranya pemimpin Libya Muammar Gaddafi menggunakan kekerasan sehingga membuat kedudukannya bertambah lemah dan kian terjepit.

Keretakan makin terkuak di dalam kabinet Gaddafi, semalam, para pejabat pemerintah di dalam dan luar negeri meletakkan jawatan, dua juruterbang pesawat tempurnya belot sementara para pemrotes, yang ditindas, semakin membuak di ibu kota negerinya, Tripoli. Kutukan juga menerjang pemimpin yang paling lama berkuasa di negara Arab tersebut.

Pihak keselamatan pro-Gaddafi diberitakan oleh pejabat-pejabat berita transnasional berkeliling di Tripoli dan menggunakan pembesar suara untuk memberi tahu warga agar tidak keluar rumah. Pasukan keselamatan juga dilaporkan meredam kerusuhan yang telah bergolak di beberapa bahagian timur negeri itu. Tapi kota terbesar kedua, Benghazi, menurut laporan, tak dapat dipertahankan dan jatuh ke dalam kekuasaan para pemrotes.

Stesyen TV negara, yang dipantau media internasional, menyatakan pihak tentera telah menyerbu tempat persembunyian para pengkhianat dan mendesak masyarakat agar mendukung pasukan keselamatan.

Sementara itu, pemrotes menyerukan demonstrasi di Lapangan Hijau di pusat kota Tripoli dan di luar kediaman Gaddafi, tetapi beredar khabar terjadi penindasan di berbagai tempat.

Anak muda yang berusaha berkumpul di jalan diberitakan dibubarkan secara paksa dan berlarian untuk mencari tempat berlindung dari tembakan peluru.

Gaddafi sendiri, yang keadaannya tak diketahui -ada desas-desus ia telah pergi ke Venezuela, tampil sebentar di stesyen televisyen negaranya, malam semalam.

Pemimpin yang berusia 68 tahun tersebut tampaknya telah kehilangan dukungan dari sebahagian masyarakat, beberapa satuan tentera dan diplomatnya sendiri, termasuk delegasi ke PBB. Wakil Duta Besar Libya di PBB Ibrahim Dabbashi dilaporkan menuduh pemimpin yang paling lama berkuasa di negara Arab itu melakukan pembunuhan terhadap rakyatnya sendiri dalam krisis ketika ini.

Saluran komunikasi di ibu kota Libya kelihatannya telah diputuskan. Beredar juga berita penduduk tak dapat dihubungi melalui telefon dari luar negara. Pendukung Gaddafi ditayangkan oleh TV negara berkumpul di Lapangan Hijau.



Libya akan mandi darah: Saif

TRIPOLI: Anak pemimpin Libya, Saif al-Islam Gaddafi, memberi amaran negara itu berdepan dengan perang saudara dan ‘sungai darah’ ketika keganasan pihak berkuasa masih gagal mengekang kebangkitan rakyat, semalam.

Ketika Saif al-Islam menjanjikan pelaksanaan reformasi di Libya dan menuduh kebangkitan rakyat didalangi kuasa asing, bunyi tembakan berterusan di jalan raya Tripoli.

Pertubuhan hak asasi manusia, Human Rights Watch (HRW), menyatakan jumlah korban protes antikerajaan meningkat kepada 233 orang.

Kata Saif al-Islam, 38, Libya kini berada di persimpangan.

“Jika kita tidak bersetuju mengenai reformasi hari ini, sungai darah akan mengalir di seluruh Libya,” katanya melalui ucapan disiarkan stesen televisyen.

Tindakan itu dilihat usaha terdesak rejim Gaddafi meredakan kemarahan rakyat yang bosan dengan pentadbirannya sejak 41 tahun lalu.

Kata Saif al-Islam, kerajaan tidak akan berdiam diri dan akan berjuang ‘sehingga peluru yang terakhir.’ “Kita akan menghancurkan elemen penghasut. Jika semua orang bersenjata, perang saudara akan tercetus dan kita saling berbunuhan.

“Libya bukan Mesir atau Tunisia,” katanya.

Tanpa diberikan peranan dalam politik Libya, dia dianggap mempunyai pengaruh besar dalam pentadbiran negara.

Sementara itu, Kementerian Luar Korea Selatan berkata, kira-kira 500 rakyat Libya menyerbu dan menjarah sebuah pusat pembinaan negara itu berhampiran Tripoli, menyebabkan 15 pekerja Bangladesh cedera.

Turut menjadi mangsa, tiga pekerja warga Korea Selatan.

Di London pula, syarikat petroleum gergasi Britain, BP, berkata pihaknya mengadakan persiapan mengeluarkan sesetengah pekerjanya dari Libya.

Negara kesatuan Eropah dilaporkan bekerjasama menyelaraskan kemungkinan membawa rakyat masing-masing meninggalkan Libya, terutama yang ada di Benghazi. - AFP


1 ulasan:

  1. Tak guna punya pemimpin Arab sekor ni! Sanggup berperang membunuh rakyat nya sendiri yang miskin akibat pemerintahannya yang rakus!
    Nama saja sedap tapi zalim macam raja Mesir yang kejam - Fir'aun.

    Rakyat Libya harus berani bangkit berkorban nyawa - inilah masanya yang sesuai dengan semangat - anjakan paradigma perubahan untuk menjatuhkan pemimpin kejam dan pencuri wang negara, tiada peluang kedua lagi....Jangan terlepas!
    Mati lah untuk pulihkan demokrasi negara wahai rakyat Libya, matimu akan membahagiakan anak-cucu nanti.
    Jangan biarkan Gadafi mencuri lagi.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.